BASAHKAN HATI DENGAN IKHLAS

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." ( Surah Az-Zumar 39: Ayat 2)

TAK PERLU TAKUT

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]

MENJADI RENDAH ?

Dalam dunia ini, ada yang tingg dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya. Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia.

DUNIA HANYA SEBENTAR

Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia daripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunia ini benar-benar merupakan godaan dan penghalang paling besar yang akhirnya mnyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga.

SEKADAR MANUSIA BIASAKAH KITA?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'" [Surah Fussilat, 41:33]

"YEAY..HOLIDAY"...^,^


A sentence of words yang pernah digunakan di dalam sebuah filem orang putih "TOMORROW NEVER DIE". Mungkinlah ada kebenarannya untuk cerita tu sebab hero cerita tu memang tak mati walaupun diburu dengan teruk..Tapi, adakah sentence tersebut available untuk kita upload kan dalam minda pemikiran kita hari ini. Satu perkara yang terjah secara tiba-tiba dalam kotak pemikiran saya, iaitu satu istilah lazim yang akan semestinya disukai pelajar termasuk saya iaitu 'CUTI'.

Cuti memang best, tapi bergantung kepada cara kita menilai, menggunakan dan meletakkan cuti itu di tempatnya. Semuanya bergantung atas niat kita, sebagaimana sabdanya rasul kita, Muhammad S.A.W:

"Setiap perkara itu dimulai dengan niat, Dan setiap apa yang diperlakukan adalah mengikut niat kita itu.."

SAHABAT YANG DIGERUNI..UMAR IBNIL KHATTAB


Hari ini, ramai daripada kalangan kita mahupun kelumpuk masyarakat sekalipun yang gagal menguasai sifat marah mereka, malahan membajai nafsu amarah itu dengan perkara-perkara yang sememangnya ditegah seperti mengumpat, mengadu domba dan lain-lain lagi. Kadang-kadang, sifat kita yang terlalu mengikut emosi turut kita bawa sekali ketika kita berbincang menyebabkan kita GAGAL bertindak secara rasional. Ingatlah, Rasul Allah pernah berpesan dengan sabdanya:


"Orang yang bijak ialah orang yang dapat menguasai sifat marahnya"

Justeru, cuba sahabat-sahabat semua cuba hayati kisah daripada sahabat-sahabat sezaman dengan RasulAllah yang sememangnya terkenal dengan sifatnya yang garang..selamat menghayati..

MENCAPAI KESATUAN JEMAAH, MENGAPA PERLU BERBALAH??

Baru-baru ini, timbul satu isu yang menjadi tanda soal mengapa perkara ini boleh berlaku. "Eh, betul ke apa yang aku dengar ni, ada risalah yang di'publish' umum mengatakan sekumpulan jemaah ni sesat?" seorang sahabat bertanya. Diri ini hanya mampu mengingatkan, "apa-apa kabar angin perlu kita selidik dahulu lebih-lebih lagi apa yang jadi bualan orang ramai" membalas jawapan seorang sahabat yang bertanya. Diri ini memikirkan sejauh mana kesahihan kabar angin yang dibawa tentang sekumpulan jemaah yang dicopkan dengan perkataan 'sesat'!. Untuk mengambil langkah yang bijak, perkara ini diselidik sejauh mana kebenarannya. Sepertimana yang telah difirmankan dalam Al-Quran di dalam surah al-Hujurat ayat yang keenam yang berbunyi:
"Wahai orang-orang yang beriman! jika seorang yang fasik datang kepadamu membawa sebuah kabar berita, maka telitilah kebenarannya,agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan, yang akhirnya kamu menyesali perbuatan kamu itu"

SELAMAT BERJUANG SEHINGGA DAKWAT PENA KERING!!

~GUDLUCK DALAM PEPERIKSAAN..BITTAUFIQ WAN NAJAH~
..SEMOGA DAPAT BUAT YANG TERBAIK..BUKTIKAN ANDA BOLEH..

EXAM FINAL: ANTARA DUNIA DAN AKHIRAT

Pada suatu petang, dalam waktu menuggu satu satu nasi goreng kampong siap! Yang baru di’order’ kepada pak cik tukang masak, “pak cik, nasi goreng kampong satu, pedas macam biasa ya”, tiba-tiba seorang kawan menyapa dari belakang “Cap, ko da abis study ke”..loghat remaja hari ini yang mudah dikenali..Dengan reaksi spontan hanya membalas “mana abis lagi”. Tapi itulah hakikatnya bila mana suatu silibus yang diajarkan selama satu semester nak di ‘compress’ untuk di ‘cover’ semula kepada 2 minggu study week yang diperuntukkan. Mana cukup bang!! Tapi, itulah kenyataannya, justeru ramai pelajar hari ini termasuklah student di matrikulasi atau pun universiti yang hanya melihat membaca buku itu lebih prioritinya tanpa menghiraukan syariat yang lebih aula’.

Satu analogi yang dapat kita ambil daripada situasi diatas ialah bila mana dalam kehidupan kita, kita ditarbiah oleh islam itu sepanjang masa dan juga secara menyeluruh. Kita disuruh melaksanakan solat lima waktu sehari semalam, diajarkan berpuasa sunat isnin khamis, membaca alQuran dan sebagainya. Ini jelas membuktikan bahawa Islam itu sendiri sebenarnya satu ‘way of life’, yakni satu cara hidup yang menyeluruh dan cukup holistik. Akan tetapi, banyak pemikiran pada hari ini yang mengambil ideologi sekularisme itu sebagai satu jalan yang baik dalam kehidupan kita. Jika kita teliti, adakah cukup hanya dengan mengambil masa-masa tertentu untuk diamalkan Islam,sudah tentunya tidak jika kita katakana silibus pelajaran yang kita gunakan selama satu sem itu mampu untuk ditatap secara menyeluruh pada minggu study week. Dalam al-Quran, Allah berfirman:


“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam (agama) itu secara kaffah

Perkataan kaffah itu membawa makna menyeluruh, sepenuhnya. Justeru perlu sebenarnya ditekankan kepada rakan-rakan seperjuangan kita, exam yang kita duduki di sini satu peperiksaan yang besar untuk mendapakan segulung ijazah, tetapi kita tidak boleh lalai, leka dan alpa dalam membuat persiapan untuk peperiksaan yang mana semestinya tidak boleh meniru kawan-kawan, tiada talian hayat yang dapat membantu untuk menjawab soalan-soalan yang bakal diajukan kepada kita iaitu alam setelah meninggal kelak.

p/s: kepada sahabat-sahabt yang bakal menduduki exam final, pspm 1 dan sebagainya, gudluck ye, dan bertawakkallah setelah antum berusaha..InsyaAllah, kejayaan milik anda!!