EXAM FINAL: ANTARA DUNIA DAN AKHIRAT

Pada suatu petang, dalam waktu menuggu satu satu nasi goreng kampong siap! Yang baru di’order’ kepada pak cik tukang masak, “pak cik, nasi goreng kampong satu, pedas macam biasa ya”, tiba-tiba seorang kawan menyapa dari belakang “Cap, ko da abis study ke”..loghat remaja hari ini yang mudah dikenali..Dengan reaksi spontan hanya membalas “mana abis lagi”. Tapi itulah hakikatnya bila mana suatu silibus yang diajarkan selama satu semester nak di ‘compress’ untuk di ‘cover’ semula kepada 2 minggu study week yang diperuntukkan. Mana cukup bang!! Tapi, itulah kenyataannya, justeru ramai pelajar hari ini termasuklah student di matrikulasi atau pun universiti yang hanya melihat membaca buku itu lebih prioritinya tanpa menghiraukan syariat yang lebih aula’.

Satu analogi yang dapat kita ambil daripada situasi diatas ialah bila mana dalam kehidupan kita, kita ditarbiah oleh islam itu sepanjang masa dan juga secara menyeluruh. Kita disuruh melaksanakan solat lima waktu sehari semalam, diajarkan berpuasa sunat isnin khamis, membaca alQuran dan sebagainya. Ini jelas membuktikan bahawa Islam itu sendiri sebenarnya satu ‘way of life’, yakni satu cara hidup yang menyeluruh dan cukup holistik. Akan tetapi, banyak pemikiran pada hari ini yang mengambil ideologi sekularisme itu sebagai satu jalan yang baik dalam kehidupan kita. Jika kita teliti, adakah cukup hanya dengan mengambil masa-masa tertentu untuk diamalkan Islam,sudah tentunya tidak jika kita katakana silibus pelajaran yang kita gunakan selama satu sem itu mampu untuk ditatap secara menyeluruh pada minggu study week. Dalam al-Quran, Allah berfirman:


“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam (agama) itu secara kaffah

Perkataan kaffah itu membawa makna menyeluruh, sepenuhnya. Justeru perlu sebenarnya ditekankan kepada rakan-rakan seperjuangan kita, exam yang kita duduki di sini satu peperiksaan yang besar untuk mendapakan segulung ijazah, tetapi kita tidak boleh lalai, leka dan alpa dalam membuat persiapan untuk peperiksaan yang mana semestinya tidak boleh meniru kawan-kawan, tiada talian hayat yang dapat membantu untuk menjawab soalan-soalan yang bakal diajukan kepada kita iaitu alam setelah meninggal kelak.

p/s: kepada sahabat-sahabt yang bakal menduduki exam final, pspm 1 dan sebagainya, gudluck ye, dan bertawakkallah setelah antum berusaha..InsyaAllah, kejayaan milik anda!!

0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment