"Eh, jam dah pukul 6.04 minit ptang.." satu masa sahabat dan teman bersama-sama bermain bola sepak di padang, beriadah dengan cara berlari, melompat, jongging dan juga ada yang tak mahu melepaskan buku di tangan. Aku, huhu...Aku cuma mengambil masa ini dengan meng'update' blog yang telah berkurun lama berhibenasi kerana kesuntukan waktu untuk mengadaptasikan diri dan bi'ah di matrikulasi. Matrikulasi satu program yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk satu tahun dengan pengajian yang lebih kepada mata pelajaran Sains.
Hanya 10 peratus daripada masa petang hari ini yang digunakan untuk 0n-line. Selebihnya, digunakan untuk bersama-sama sahabat-sahabat, beriadah bersama mereka, berjalan mengelilingi kolej dan mentadabbur alam ciptaan tuhan yang indah. Hari ini, satu penemuaan dijumpai dalam masa aku berjalan-alan dengan kawan-kawan iaitu taburan biji getah. Bila disebut dengan gaya yang tak pernah di dengar, mereka pelik."eh, ko tak pernah tengok erk" satu persoalan yang sudah lazim di dengar bagi seorang yang majoriti hidupnya dibandar, kemudian hendak membiasakan dengan suasana yang 'nature'. Tapi, itulah adaptasi yang perlu dilakukan.
Samalah juga seperti uslub kita dalam berdakwah, dalam menyampaikan sesuatu yang bukannya baru, cuma idak dilazami dan tidak diambil peduli, kita perlu menyampaikan nya dengan cara ya BIJAK! ya bijak, suatu kepentingan dalam berdakwah. SEbenrnya, ia suatu kunci sama ada penyampaian kita berjaya diterima ataupun ditolak terus tanpa kompromi. Sebab itulah, Islam dalam alQuran ada menyebut yang membawa maksud; "Sampaikanlah diatas jalan tuhanmu dengan hikmah(bijaksana)". Oleh yang demikian, suatu kepasian bagi seorang Dai'e, mengadaptasi dengan waqi' ataupun suasana itu, suatu keperluan dalam kita membawa risalah kebenaran kepada kawan-kawan hatta masyarakat umum sekalipun.Renungkan.W
0 pandangan sahabat-sahabat:
Post a Comment