Sahabat2 sekelian, dalam masa kita melakukan ibadat dalam seharian, lebih-lebih lagi bila kita bersemangat untuk melakukan aktiviti dan rutin harian dalam kehidupan seharian yang padat, dengan assignment lagi,tutorial dan lab report, hendak membahagikan masa sebagai pelajar, sebagai ketua dan tidak kiralah apa-apa taklifan yang dipertanggungjawabkan kepada kita, maka semestinya kesihatan dan kebajikan diri perlu dijaga dan diselia dengan cemerlang. Hal ini kerana dengan tubuh badan yang sihat, sudah pasti kualiti kehidupan kita akan meningkat dan seterusnya ibadah kita juga dapat diselia atur sebaik mungkin.
Justeru kerana itulah, sebagai seorang dai'e yang cemerlang, dan juga dalam masa kita berada dalam kepompong tarbiyah, kita perlulah mampu untuk mencukupkan diri kita ini dengan sifat-sifat ataupun ciri-ciri mereka yang ditarbiyah...ataupun dikenali sebagai 'Muwassafat Tarbiyah'..dalam 10 perkara y digariskan oleh 'Muwassafat Tarbiyah', salah satunya ialah 'Qawiyyul Jism' iaitu kuat atau pun sihat tubuh badan. Oleh itu sahabat-sahabat, kali ini saya bawakan perkongsian Ilmu yang digariskan oleh Al Imam As-Syafi'ie dalam kehidupan seharian. Moga bermanfaat :
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
Empat cara tidur
1. TIDUR PARA NABI
-Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' AHLI IBADAH
-Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
-Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
-Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka..
Selamat beramal..
WAllahua'alam
Ar-Rijalul Islah ©
0 pandangan sahabat-sahabat:
Post a Comment