Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, mungkin kerna ibu itu merasa bangga dengan pencapaian anaknya, atau mungkin juga ibu itu terkilan dengan sikap seorang anak..
Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, mempamerkan rasa kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, atau mungkin juga menunjukkan rasa benci yang tinggi kerna anaknya itu..
Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, jauh di sudut orang disekelilingnya dalam sanubari mereka merasa sebak atau mungkin juga merasa geram..
Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, mungkin anaknya akan berasa sedih lantas sujud tanda kesyukuran kepada illahi atau mungkin juga si anak itu tidak terkesan sedikit pun pada sanubarinya..
Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, pasti akan menimbulkan seribu persoalan dan pertanyaan di benak pemikiran sesiapa yang dapat merasai auranya atau mungkin bakal menjawab beberapa persoalan yang sukar untuk mendapat jawapannya dimana-mana..
Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, hakikatnya air mata seorang ibu itu kepada anaknya seolah-oleh batu permata yang berkilauan sama ada seorang anak itu dapat menilai sama ada permata itu hanya kaca..
Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, berubahlah si anak kerna betapa besarnya kesilapan dan kesalahan kita tidak akan terkesan dengan bermadah mahupun kata-kata berbunga apatah lagi harta setinggi gunung uhud..
Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, pasti setiap perbuatan kita meninggalkan kesan ibarat satu paku yang diketuk di dinding, bila dicabut pasti meninggalkan petanda dinding itu pernah disakiti..
apatah lagi jika dinding ialah sebuah hati yang penampalnya adalah kasih sayang dan satu anjakkan paradigma yang baik yang dapat merubah segala-galanya..
Apatah lagi hati itu milik seeorang insan yang bergelar itu yang ssanggup berdiri untuk solat hajat untuk kita, mendoakan kita, menyediakan keperluan kepada kita..
Ingatlah, peristiwa pada tarikh 1 Syawal ini bakal menjadi bukti dan saksi di akhirat nanti sama ada anda seorang yang berjaya atau tidak dan mungkin penentu keberkatan dalam perjalanan si anak pada masa hadapan..
Ketahuilah, hidup di dunia ini ibarat perjalanan seorang pemusafir di tengah-tengah padang pasir yang kering dan terik kemudiannya si pemusafir berteduh seketika di bawah sepohon pokok yang renda untuk bereehat seketika dan bakal menyanbung semula perjalanannya setelah berehat..Hidup di dunia ini ibarat persinggahan si pemusafir di bawah pohon itu dan kitalah si pemusafir itu yang mungkin akan hanyut dengan nikmat yang sementara dibawah pohon itu atau mungkin dapat mencapai nikmatr yang hakiki disana bersama-sama orang yang berjaya..
Coretan ini dan peristiwa malam ini akan disematkan dan memjadi memoir untuk merperbaiki kehidupan penulis dan mungkin orang lain pada masa hadapan..Yang pasti penulis akan cuba, paling tidak cuba sehingga berjaya untuk berubah dengan menegakkan dasar-dasar islam yang diajarkan oleh Baginda Muhammad S.A.W RasulAllah yang diutuskan untuk membawa rahmat keseekelian alam dalam membina biah solehah dalam keluarga agar mencapai thaqafah "usrati a'ilatii"..INSAF DAN BERUBAHLAH SEBELUM TERLAMBAT...
0 pandangan sahabat-sahabat:
Post a Comment