Menurut kepada saidina Ali KarramAllahu Wajhah, beliau menyifatkan taqwa itu kepada lima perkara. Antaranya ialah mensyukuri dan reda dengan pemberian yang dikurniakan kepada tidak kiralah kita ini berpangkat sebesar gunung uhud mahupun hanya sekecil butiran pasir di pantai. Alik mana sekalipun posisi kita ini dalam kehidupan, kita masih tetap kene bersyukur. Allah pernah berfirman dalam Al-quran; sekiranya kamu ingin mengira nikmat yang aku limpahkan kepada kamu, nescaya kamu takkan mampu untuk menghitungnya(La Tuhsuha). Saya kira sebenarnya kita ini sentiasa menerima nikmat daripada Allah yang bersifat Ar-rahman kepada seluruh makhluk ciptaannya.
Saya terfikir, betapa bersyukurnya saya atas kehidupan saya ini, meskipun selama 17 tahun saya tidak pernah pulang kekampung sebenar kerana seab-ebab tertentu, tetapi saya masih ada rumah untu menjadi tempat berteduh di waktu hujan dan panas, ribut dan sebagai. Adakalanya kita kene bersangka baik iaitu husnudzan, mungkin ada hikmahnya sesuatukekurangan yang ada pada dirikita ini. Andaikata saya ini seorang yang kaya, walaupun baru berumur 17 tahun tetapi dipenuhi dengan berbagai kemewahan tetapi mungkin juga Allah telah set sesuatu kekurangan kepada kita daripada sudut yang lain sama ada berbentuk sakit, kurangnya kasih sayang dan bermacam hal lagi yang sememangnya kita harapkan tidak berlaku.
Apa yang boleh saya kongsi pada kali ini ialah besarnya nikmat beradik-beradik. Saya mempunyai 4 orang adik-beradik. Walaupun saiz keluarga tidaklah berapa besar jika dibandingkan dengan saiz sahabat-sahabat yang lain, tetapi saya bersyukur dengan adanya adik-beradik itu membuatkan saya banyak berfikir mengenai stail berkeluarga ataupun halawah dalam berusrah iaitu kemanisan dalam berkeluarga.
Pentingnya institusi keluarga ini dapat dibuktikan dengan kadar peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja yang antara faktor penryebabnya ialah institusi kekeluargaan. Kerana apa? kerana institusi kekeluargaan ini menjadi pusat pentarbiyahan anak-anak sebelum melonjak dewasa. Sebab itulah RasulAllah begitu menekankan pembinaan institusi kekeluargaan yang cemerlang dari sudut rumah tangga hinggalah anak-anak.
Nikmat beradik-beradik ini dapat saya rasai apabila kami ini mamapu untuk mewujudkan biah solehah yang mantap sepanjang kami bersama. Nikmat ini turut dapat dirasai apabila adanya kesatuan fikrah berlandaskan syariah yang yang diajarkan RasulAllah iaitu wehdatul fikrah yang membawa kepada wehdatul amal iaitu kesatuan dalam pekerjaan. Jadi tak hairanlahkan kalau ada diantara perwatakkan kami yang mungkin sama atau minat dan kecenderungan kami ini sama. Tanzim yang ada dalam kekeluargaan ini secara tidak lansung melati saya dalam menyelesaikan masalah-masalah diluar dan dalam memimpin diri mahupun sekolah.
Demikianlah saya kira betapa besarnya nikmat mempunyai adik-beradik. Saya bersyukur kerana dianugerahkan dua orang abang dan seorang adik perempuan yang menjadi sebahagian tanggungjawab dan jemaah dalam menjadi waqafan di muka bumi Allah ini..Allhamdulilah..
0 pandangan sahabat-sahabat:
Post a Comment