MENCAPAI KESATUAN JEMAAH, MENGAPA PERLU BERBALAH??

Baru-baru ini, timbul satu isu yang menjadi tanda soal mengapa perkara ini boleh berlaku. "Eh, betul ke apa yang aku dengar ni, ada risalah yang di'publish' umum mengatakan sekumpulan jemaah ni sesat?" seorang sahabat bertanya. Diri ini hanya mampu mengingatkan, "apa-apa kabar angin perlu kita selidik dahulu lebih-lebih lagi apa yang jadi bualan orang ramai" membalas jawapan seorang sahabat yang bertanya. Diri ini memikirkan sejauh mana kesahihan kabar angin yang dibawa tentang sekumpulan jemaah yang dicopkan dengan perkataan 'sesat'!. Untuk mengambil langkah yang bijak, perkara ini diselidik sejauh mana kebenarannya. Sepertimana yang telah difirmankan dalam Al-Quran di dalam surah al-Hujurat ayat yang keenam yang berbunyi:
"Wahai orang-orang yang beriman! jika seorang yang fasik datang kepadamu membawa sebuah kabar berita, maka telitilah kebenarannya,agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan, yang akhirnya kamu menyesali perbuatan kamu itu"
Daripada apa yang pernah digariskan oleh Imam Hassan Albanna, dalam bab Kesatuan Jemaah; beberapa prinsip telah digariskan yang perlu di ikuti para dua't dalam menghadapi suasana dakwah apabila terdapat bnyak kumpulan-kumpulan Islam ialah:
1-perpaduan ummah mesti di pelihara
2-semua kumpulan mestilah bersetuju terhadap dasar-dasar Islam
3-husnu dzan hendaklah diberikan kepada kumpulan lain sekiranya mereka tersilap
4-menghormati gerakan lain walaupun ada perbezaan pendapat
5-mengelak sebarang penggeseran daripada berlaku
6-perlu diingat bahawa jln untuk mencapai kebaikkan itu berbeza-beza
7-bekerjasama dalam perkara yang dipersetujui dan tidak menganggap perbezaan dlm hal-hal tertentu adalah perkara yang langsung tidak boleh di terima
8-bersatu dalam menentang musuh-musuh Islam
9-merasa sedih terhadap sesiapa yang terkeluar dari batas2 kebenaran tetapi tidak menjadikan mereka bahan cemuhan

Diatas merupakan pengalaman Daripada gerakan Ikhwanul Muslimin..
Berdasarkan pengalaman kedua daripada Jama'at Islami, Apabila Abu A'la Al-Maududi ditanya bagaimanakh kesatuan di antara gerakan-gerakan Islam dapat dicapai, Beliau menjawab:
"Kesatuan itu dapat dicapai dengan persetujuan bersama, tetapi syarat yang paling utama ialah keikhlasan tujuan setiap gerakan. Tujuannya mesilah semata-mata demi untuk memuliakan Islam, tidak kerana kepentingan peribadi atau mana-mana pihak tertentu".
Apa yang telah dijelaskan oleh dua orang tokoh gerakan Islam diatas adalah merupakan asas-asas penting di dalam usaha kesatuan jemaah Islam. Dapatlah disini dikemukakan bahawa daripada saranan-saranan diatas terdapat beberapa perkara pokok ke arah kesatuan iaitu, antaranya:
1. Keihklasan niat semata-mata memuliakan islam
2. Mengelakkan sebarang perselisihan yang boleh membawa kepada perpecahan 
3. Pentingnya unsur-unsur yang jelas bagi tercapainya kesatuan.W

0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment