Hari ini, ramai daripada kalangan kita mahupun kelumpuk masyarakat sekalipun yang gagal menguasai sifat marah mereka, malahan membajai nafsu amarah itu dengan perkara-perkara yang sememangnya ditegah seperti mengumpat, mengadu domba dan lain-lain lagi. Kadang-kadang, sifat kita yang terlalu mengikut emosi turut kita bawa sekali ketika kita berbincang menyebabkan kita GAGAL bertindak secara rasional. Ingatlah, Rasul Allah pernah berpesan dengan sabdanya:
"Orang yang bijak ialah orang yang dapat menguasai sifat marahnya"
Justeru, cuba sahabat-sahabat semua cuba hayati kisah daripada sahabat-sahabat sezaman dengan RasulAllah yang sememangnya terkenal dengan sifatnya yang garang..selamat menghayati..
Sirah: UMAR UBAH SIKAP BENGIS MEMBESARKAN HAFSAH
HAFSAH, salah seorang isteri Nabi Muhammad saw, diriwayatkan sebagai wanita yang tabah dan bijaksana walaupun kelahirannya pernah menimbulkan kemarahan bapanya sendiri, Umar bin Khattab.
Umar bin Khattab ketika itu termasuk di kalangan masyarakat Quraisy yang masih kuat berpegang kepada adat istiadat jahiliah yang begitu terhina sekiranya dikurniakan anak perempuan.Malah, anak perempuan dianggap hanya akan mendatangkan aib dan merosakkan kemuliaan golongan itu. Ahli sejarah menyatakan bahawa Umar sendiri pernah menguburkan hidup-hidup anak perempuannya di suatu kawasan padang pasir yang panas membara.Biarpun Umar marah dan sakit hati, Hafsah diasuh dan dididik oleh ibunya, Zainab bin Maz'un dengan penuh kasih sayang. Beliau membesar dalam lingkungan keluarga yang mulia dan disegani di kalangan masyarakat Quraisy.Hafsah dilahirkan lima tahun sebelum Rasulullah dilantik menjadi Rasul, iaitu ketika masyarakat Quraisy sibuk memperbaiki Kaabah yang rosak akibat banjir.
Selepas Muhammad dilantik menjadi Rasul, baginda menerima tentangan hebat daripada masyarakat Quraisy, termasuk Umar yang begitu kuat memusuhi dan menghalang usaha dakwah Rasulullah. Umar bukan saja memperkatakan dakwah yang dibawa Rasulullah, malah mencabar dengan kekuasaan dan keberaniannya hingga sanggup membunuh sesiapa saja yang diketahui menjadi pengikut Rasulullah.Hafsah yang ketika itu masih kecil, berasa takut melihat gelagat ayahnya yang meradang dengan dakwah Rasulullah walaupun Hafsah sendiri pernah mendengar mengenai kebaikan Baginda yang sangat dimusuhi ayahnya itu.Bagaimanapun, Allah akhirnya menurunkan hidayah-Nya kepada Umar hingga beliau mengisytiharkan dirinya memeluk Islam, sekali gus mengucap dua kalimah syahadah di depan Rasulullah.Orang yang paling senang dengan pengakuan itu adalah anak Umar sendiri, iaitu Hafsah yang ketika itu meningkat remaja. Sejak keluarganya memeluk Islam, pendidikan Hafsah menjadi perhatian keluarganya, malah Umar sendiri memberinya pendidikan mengikut ajaran Islam. Dengan tarbiah itu, Hafsah memasuki alam remaja dengan sifat terpuji lagi mulia, selain memiliki paras yang cantik serta sikap ramah dan keibuan.Hafsah bertemu jodohnya dengan pemuda Quraisy, Khunnais bin Huzafah tetapi jodoh mereka tidak lama kerana Khunnais gugur sebagai syuhada di medan perang. Sebagai ayah yang sentiasa mengambil berat penderitaan anaknya, Umar sering mengunjungi Hafsah untuk menghibur dan mententeramkan hati anaknya itu.Pada suatu ketika, Umar pernah menawarkan puterinya itu kepada sahabatnya, Usman bin Affan untuk dikahwini, tetapi Usman yang baru kematian isteri belum bersedia untuk berkahwin lagi.Kemudian, Umar bertanyakan sahabatnya Abu Bakar Siddiq dengan harapan Abu Bakar bersedia mengambil Hafsah sebagai isterinya. Abu Bakar terdiam seketika sebelum menjawab: “Wahai Umar...! Sesungguhnya Rasulullah ada menyebut-nyebut perihal puterimu kepadaku, tetapi ini adalah rahsia.
Saya tidak mahu membocor rahsia Rasulullah!"Kata-kata Abu Bakar membuatkan Umar tertanya-tanya. Dengan perasaan bercampur-campur, Umar segera menuju ke masjid lantas bertemu Rasulullah di sana lalu menceritakan kedua-dua peristiwa yang dialaminya. Baginda pun mententeramkan hati sahabatnya dengan berkata: “Sesungguhnya Allah akan mengahwinkan puterimu (Hafsah) dengan lelaki yang lebih baik daripada Usman dan Abu Bakar. Dan akan mengahwinkan Usman dengan wanita lebih baik daripada puterimu.”Mendengar jawapan Rasulullah, Umar begitu gembira dan meninggalkan Rasulullah dengan perasaan yang begitu tenang dan tenteram.
SubhanaAllah..Hebat dan bestkan kalau kita study pasal sirah.. Nak ambil kesempatan kat sini, kalau ada masa lebih, tambahlah ilmu kita dengan pembacaan buku-buku sirah seperti kitab Fiqh Alharakah karangan Us Said Ramadhan Albuti dan lain-lain dan cuba sampaikan kepada kawan-kaw2an kita..Mereka juga perlu tau!! "BALLIGHU ANNI WALAU AYAAH"~Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat..I'Allah..
WAllahua'alam
Ar-Rijalul Islah ©
0 pandangan sahabat-sahabat:
Post a Comment