belajar antara alternatif yang baik untuk menghayati agama |
Dalam menjadi seorang 'Muslim' yang baik, seharusnya kita bukan sahaja membaca ilmu-ilmu dan maklumat berkaitan Islam. Tetapi, kita juga menghayati dengan sebaiknya dan cuba untuk menyampaikannya kepada orang di sekeliling juga. Biar kebaikan ini boleh dikongsi bersama, saya pasti tidak akan luak ilmu yang disampaikan, bahkan akan lebih berkat dalam kehidupan seharian.
Antara kepentingan kita menghayati pengajaran Islam itu sendiri ialah supaya kita tidak menjadi golongan yang beragama secara 'ikutan' atau 'warisan'. Bahaya menganut agama ini tanpa menghayatinya oleh sebab pegangan ini tidak mempunyai asas yang solid dan bakal runtuh bila-bila masa sahaja. Dalam beragama, hanya ada dua pilihan kepada penganutnya, sama ada;
"I have to choose" - saya perlu pilih.
atau
"I want to choose" - saya nak pilih.
Beza antara keduanya yang ketara ialah, statement yang pertama hanya melihat agama ini sebagai "chance"(peluang). Ia seolah-olah, kalau ia memilih agama Kristian, maka ke nerakalah ia. Sekiranya dia memilih agama Islam, maka dapatlah ia merasa syurga. Dia tidak maha menghayati dan mencari kebenaran agama, malahan tidak kisah sekiranya peluang ini tidak hadir dalam dirinya. Maka, inilah golongan yang rugi.
Statement yang kedua merupakan ayat dari kalangan mereka yang yakin akan adanya tuhan dan mereka yang inginkan kebenaran dan hakikat agama. Mereka tidak semudah itu menerima agama mereka hanya sebagai status, tetapi mereka akan cuba merealisasikan impian untuk menjadi penganut agama yang cemerlang.
Jadilah orang yang celik. Moga Hidayah Allah hadir bersama orang yang mencari kebenaran.
Wallahua'lam.
0 pandangan sahabat-sahabat:
Post a Comment