10 Amalan MUKMIN SUPER


1. Menentukan gol atau tujuan.

2. Berusaha untuk sentiasa menjadi unggul.
Rasullulah bersabda, maksudnya : 

"Sesungguhnya Allah menyukai seorang hamba yang apabila melakukan
satu pekerjaan, dia akan lakukannya dengan itqan (teliti dan sempurna)." 

(Riwayat Al-Baihaqi)

3. Menentukan prioriti dalam kehidupan.

Wasiat Abu Bakar kepada Umar ibnu Khattab :

"Ketahuilah, sesungguhnya Allah memiliki haq di siang hari yang tidak akan diterima-Nya 
jika dilakukan di malam hari. Begitu juga haq di malam hari yang tidak akan diterimanya jika
dilakukan di siang hari."

4. Membuat perancangan yang rapi dan tersusun.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Persiapkanlah untuk menghadapi musuh dengan segala kekuatan yang engkau sanggupi."
(Al-Anfal : 60)

5. Fokus
Allah menyeru kita untuk khusyuk seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
iaitu mereka yang khusyuk di dalam solatnya."
(Al-Mu'minun : 1-2)

6. Menyusun waktu dengan rapi.

7. Bergaul baik dengan orang ramai.

8. Berjihad melawan hawa nafsu.

"Orang yang berjaya adalah orang yang menunggangi keinginannya,
buka orang yang menjadi anjing kepada keinginannya."
(kata-kata hikmah)

9. Berfikiran positif. Tidak ada masalah yang tidak ada jalan keluarnya.

10. Seimbang. Penuhi hak keatas dirimu, keluargamu dan orang yang berada di sekelilingmu.
Sabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud, 

"Sesungguhnya tubuhmu memiliki hak keatas dirimu."
(HR Bukhari dan Muslim)

0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment