SO SWEET..~


So Sweet..?
Apa yang terbayang di benak pemikiran kalian semua ya?

a) Saya tengah makan lolipop sambil menaip
b) Saya sedang menonton movie 
c) Saya sedang melihat pasangan ber'couple'
d) Semua yang diatas
e) Any different answer?

______________

Kemanisan yang manis yang cuba saya kongsikan ialah kemanisan bersama kawan-kawan dalam meneraju satu cita. Cita-cita untuk menjadi Doktor yang berjaya. Yang sweetnya pastilah aktiviti tarbiyah yang saya lalui, saya namakan sebagai 'Sweet Circle'. Nama famousnya di sini ialah Smart Circle, SC. Namun di Mansurah, agak special kerana mengenekan nama 'Halaqah Ilmuwan Muda', HIM. Nampak grand sangat di situ.

Dalam usrah terbaru ini, kami dikongsikan tip-tip untuk menghadapi peperiksaan dek kerana peperiksaan pertengahan semester around the corner pada masa itu. Antara tajuk yang dibentangkan ialah ciri-ciri mereka yang ditarbiyah ke arah penjanaan mahasiswa yang berkualiti, dan seterusnya slot perkongsian sesama kawan-kawan.

Kali ini, saya tidak mahu mengusik soal 10 muwassafat tarbiyah yang dibincangkan, tetapi slot perkongsian sesama sahabat telah menarik perhatian saya untuk cakna dalam belajar.
Tiga point yang saya dapat ialah:

1) Prime time
2) Determination
3) Jail

''Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.'' -Imam Al-Ghazali
Prime Time

Apa yang dimaksudkan oleh prime time ialah waktu yang sesuai untuk seseorang itu fokus. Ada yang waktu fokusnya lepas subuh, ada yang pada pukul 6 petang sehingga 12 malam, namun menurut fakta perubatan, kesemua manusia akan ada waktu-waktu yang tahap kefokusannya lebih tinggi.
Jadi konklusinya, perkara pertama yang perlu disediakan untuk belajar dan ulangkaji dengan berkesan ialah cari waktu sesuai anda!
Selamat mencuba.

Determination

Seorang lagi ahli perbincangan bersuara, terasa seperti parlimen sedang bersidang "aku ni takde lah baik sangat, cuma aku nak kongsi.. Aku pernah cuba nak tidur awal dan bangun awal, aku bangun tapi study tersengguk-sengguk..Aku pun tweet! Then ada member aku best student response, "kalau engkau kuat determnatin ko, mesti ko takkan tersengguk2 macamtu.." Maksudnya, aku kurang determination waktu tu" Bagi saya, ia perkongsian yang menarik, dan ahli-ahli yang lain sokong dengan hujah tersebut. Saya mengangguk tanda setuju. Penjelasan selesai!

Jail a.k.a Penjara

Naqib saya mengambil alih perbincangan, katanya suasana yang kondusif membuatkan kita terleka dan susah untuk study. Mungkin ada kebenarannya di situ. Cerita yang dibawakan kepada kami ialah Sheikh Yusof Al-Qardawi, seorang ulama agung yang hebat, masih ada sehingga hari ini, juga salah seorang pendorong Ikhawa al-Muslimun. Katanya, ketika hari esok Sheikh mempunyai peperiksaan, beliau dipenjarakan kerajaan. Nak atau tak nak, dia perlu juga untuk belajar dan mengulang kaji. Apa yang mengejutkan kami ialah keputusan peperiksaannya ialah 'Jayyid Jiddan'. Subhanallah, bukan mudah untuk dapat result yang sedemikian, inikan pula, beliau antara pelajar yang cemerlang ketika itu. Hebatkan mujahadah beliau. Ini membuktikan, sekali sekala kita perlu keluar dari zon selesa!

Moga kita ikhwah dan akhowat semua mampu mencontohi azam beliau menuntut ilmau dan melaksanakan tanggung jawabnya sebagai pelajar dengan jayanya, InsyaAllah. 

p/s : ''Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.'' -Imam Al-Ghazali

0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment