Salam Maal hijrah buat semua sahabat-sahabat dan rakan-rakan di Mansurah, Mesir khususnya.
Moga-moga amalan kita di tahun yang lalu diterima Allah dan diganjari dengan pahala dan Jannah yang Allah janjikan.
Hidup ini tidak pernah terlepas dari perjuangan. Baik dari saat kita dilahirkan, saat-saat kita membesar dan saat-saat kita melonjak dewasa. Namun, menjadi sunnah bagi orang berjuang itu, ia memerlukan pengorbanan dan keikhlasan. Cuba kita ambil ibrah dari pentarbiyahan yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad. Ketika mana satu persatu pergantungan RasulAllah SAW kepada manusia Allah cabut sepanjang usia mudanya. Bermula daripada kehilangan seorang ayah, diikuti dengan ibu yang mengandungkannya, Datuk yang kemudian mengambil alih untuk menjaganya. Kemudian tidak berapa lama kemudian, datuknya juga pergi meninggalkannya dan di serah kepada bapa saudaranya pula. Pasti yang bernyawa pasti akan mati, bapa saudaranya juga pergi ke rahmatullah. Isteri baginda yang disayangi, Saidatina Khadijah juga meninggal dan ramai lagi watak-watak yang memainkan peranan penting dalam hidup RasulAllah.
Yang paling mengasyikkan ialah ketika peristiwa Hijrahnya umat Islam ke Madinah, satu persatu pergi berhijrah. Tinggal Saidina Umar yang sememangnya dikenali dan tidak ada seorang pun yang berani untuk menghalang penghijrahannya walaupun dijaharkan pengetahuan penghijrahannya, namun RasulAllah tidak mendapat arahan untuk berhijrah sama. Ulama mengatakan, inilah hikmah Allah menetapkan sedemikian, untuk mentarbiyah RasulAllah yang Allah muliakan. Akhirnya RasulAllah berhijrah bersama Saidina Abu Bakar. Ini membuktikan bahawa penggantungan manusia kepada Allah ialah penggantungan yang terbaik.
Apa yang dapat saya simpulkan ialah bergantung kepada manusia, manusia akan pergi meninggalkan kita, akan tetapi bergantung kepada Allah pasti akan Allah akan ada.
Sama-sama contohi baginda dan timbulkan ras cinta kita kepadanya.
InsyaAllah.
0 pandangan sahabat-sahabat:
Post a Comment