KEARAH MENCONTOHI KEPIMPINAN


Malam mula berasa sejuk, pagi dan petang juga tidak terkecuali. Fatrah musim sejuk baru sahaja bermula selepas syita' (hujan) baru-baru ini. Dalam dunia perubatan terdapat ramai tokoh-tokoh hebat samaada dari ruang lingkup barat mahupun timur. Antara yang terkenal ialah Ibnu sina ataupun dikenali sebagai Avicenna di barat, Ibn Maskawaih, Ibn Razi dan ramai lagi. Tokoh-tokoh gerakan dan kepimpinan Islam juga mempunya tokoh-tokoh yang tersendiri. Bagi saya, mereka merupakan tokoh-tokoh yang sanggup bersusah payah dalam menegakkan kebenaran dan kalimah Haq. Bagi saya, itu yang bernilai. Antara salah seorang yang saya kagumi ialah Imam syahid Hasan Al-Banna.

Imam syahid Hasan Al-Banna

Baik, Ustaz Umar Al-Tilmisani berbicara berkenaan diri Imam syahid Hasan Al-Banna katanya: "Beliau seorang alim, seorang tokoh, genius dengan perasaan yang hidup lagi bertenaga, kerohanian yang suci lagi bersih, memahami sepenuhnya penyakit umat dan beliau telah menggariskan rawatan untuk penyakit tersebut. Kami telah biasa dengan beliau, yang menulis sebagaimana apa yang dibicarakan tanpa memberat-beratkan atau mengambil perhatian dengan membuat bab atau pembahagian".

Dalam ruang lingkup risalah yang ditetapkan Al-Imam, Us Umar berkata, "Jadi apakah yang menyebabkan beliau dalam risalah ini mengambil cara lain yang tidak pernah dilakukan
sebelum ini?"

Kemudian Al-ustaz 'Umar (Rahimahullah) menjelaskan sebabnya seraya berkata: "Ini adalah kerana Risalah ini mempunyai kedudukan yang tinggi dan peranan penting yang beliau mahu lihat di dalam saf mukmin yang sejahtera". Hasan Al-Banna membataskankan di dalam pembicaraan ini di sekitar fikrah
dan amal bagi Jemaah. Beliau telah mendapat taufik yang besar yang hanya diperolehi oleh orang-orang yang seumpama dengannya yang tergolong dari para duat yang benar lagi ikhlas. Maka Risalah Taalim ini terbit sebagai contoh yang unik dihadkan dengan mendalam dan ditulis dengan penuh teliti tentang kefahaman, asas-asas tarbiyah dan prinsip-prinsip Harakah bagi Jamaah Ikhwan Muslimin di dalam tempoh dakwah dan perkembangan takwin seluruhnya. Kesemuanya itu di dalam penjelasan yang ringkas, padat dan teliti, tidak melebihi 20 halaman kertas.

Al-Ustaz Al-Mursyid Umar Al-Tilmisani membuat komentar tentang risalah ini dan selainnya:- "Setiap orang yang membaca Risalah Al-Imam Asy-syahid nescaya dia akan merasa amat takjub. Bagaimana Allah swt mengilhamkan kepada da'ie yang ikhlas bergerak ini, bagaimana Allah swt mengilhamkannya dapat meletakkan makna-makna yang luas di dalam kalimah yang ringkas dan dalam gambaran yang amat jelas tanpa kekaburan dan kesamaran. Risalah ini bermanfaat untuk menggerakkan cita-cita dan pendorong kepada kerja yang bersifat produktiviti lagi bersungguh-sungguh. "
Kami telah membuat komentar terhadap Risalah ini dan mengemukakannya agar dapat membantu dalam amal Islami kepada setiap orang yang diberi petunjuk oleh Allah swt untuk berjihad demi memenagkan kebenaran ini. 

Sekilas pandangan mengenai pemuda hari ini, kita sebagai pelajar dan mahasiswa yang mampu berfikir dan berada di posisi yang benar perlulah bangkit dan sama-sama kita ajak sahabat-sahabat lain untuk mencontohi dan beramal dengan Islam yang sebenar dimana sahaja kita berada. Moga kebaikan Allah akan dilimpahi ke atas kita semua.

Firman Allah,

قَا َ ل يَاَقوْمِ َأرََأيْتُمْ إِ ْ ن كُنتُ عََلى بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي وَرَزََقنِي مِنْهُ رِزًْقا حَسَنًا وَمَا ُأرِيدُ َأ ْ ن ُأخَالَِفكُمْ إَِلى
مَا َأنْهَا ُ كمْ عَنْهُ إِ ْ ن ُأرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَ َ طعْتُ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ عََليْهِ تَوَكَّلْتُ وَإَِليْهِ
( ُأنِيبُ ( 88

Maksudnya:
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) kebaikan sekadar yang terdaya, dan tidak
ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku
bertawakkal dan hanya kepadaNyalah aku kembali".

(Huud: 88)

Sesungguhnya bai'ah merupakan perjanjian antara hamba dan Tuhannya. Seorang hamba menjual jiwa-raganya kepada Allah kerana memenuhi perjanjian itu, dan Allah membelinya dengan membayar syurga yang luasnya langit dan bumi, yang disediakan kepada setiap orang yang mengikat janji setia dengan Allah untuk berdakwah dan bersabar menghadapi setiap cabaran. Kepada setiap muslim yang mengetahui usaha yang mulia ini, jalan ke syurga di kelilingi dengan penuh dugaan, ketahuilah bahawa syurga Allah itu tinggi nilainya. Moga kita dapat Thabat atas jalan ini.

0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment