Seperti biasa, hari berlalu satu persatu. Sedar tak sedar, saya dah berada di negeri orang hampir dua bulan lebih. Berada di 'seberang lauti' ini sebenarnya banyak mengajar sya untuk menjadi seorang yang tabah dan matang. Tidak semestinya seseorang itu hanya mampu dimatangkan apabila beliau menyetai SRC, badan-badan kepimpinan atau ikut serta dalam bidang dan kursus-kursus kepimpinan bertaraf five star bak kate orang puteh. Meskipun saya tidak berhasrat untuk meneruskan legasi kepimpinan di sini, namun kondisi dan situasi sebagai seorang mahasiswa yang ditarbiyah sudah cukup untuk menjadikan saya seorang yang benar-benar matang dari aspek pemikiran dan tindakan.
Baik, kali ini saya tertarik untuk berbincang soal ciri-ciri yang perlu ada ataupun dikatakan sebagai Asas dalam membawa idea mahupun satu gagasan.
Allah swt berfirman:
Maksudnya:
"Mereka yang menyampaikah risalah Allah, mereka takut kepadaNya dan tidak merasa
takut kepada seorangpun yang lain dari Allah, dan cukuplah Allah sebagai Pembuat
Perhitungan".
(Surah Al-Ahzab: ayat: 39 )
Antara Ciri-Ciri Asasi yang perlu ada dalam pembentukan ummah, pendidikan bangsa, pencapaian cita-cita dan pendokongan prinsip pertamanya memerlukan keseluruhan umat kita ini atau paling kurang satu
kelompok yang mempunyai kekuatan jiwa yang besar yang dijelmakan di dalam keinginan yang kuat dan tidak pula diresapi oleh sebarang kelemahan. Tidak cukup setakat itu kawan-kawan, ia memerlukan kesetiaan yang tetap berkekalan, tidak dijangkiti oleh sebarang warna atau tipudaya. Pengorbanan suci ini pula tidak dapat dihalang oleh sifat tamak dan bakhil. Kitaperlulah mengetahui prinsip, beriman dengannya dan dapat menilai kedudukannya sehingga dapat mengawal dari sebarang kesalahan, penyelewengan atau tertipu oleh perkara lain.
Ciri-ini asasi ini saya rujuk dari Majmu'ah Rasaail - Ke arah mana kita menyeru manusia - m/s 45.
Dalam hidup kita perlu ada matmat. Pergilah kemana-mana program motivasi sekalipun pasti berkisar soal ini pada awalnya. Alik mana sekalipun sahabat-sahabat, sama seperti matlamat, andai kata kita sasarkan untuk mendapatkan markah 90 % dalam peperikasaan akhir kita, pasti kita akan buat yang terbaik dalam setiap anak tangga kejayaan itu, mempunyai keinginan yang tinggi dan semua yang saya tekankan diatas.
Usul 20
Mungkin ada daripada kalian yang pernah mendengar kalimah usul 20 ini, atau mungkin juga tidak. Tak mengapa, tahu dan tidak itu FITRAH. Disebabkan itulah ummat Islam digesa menuntut ilmu di mana peringkat sekalipun, malah sehingga ke negara China dek kemajuannya suatu masa dulu. Tapi saya ke Mesir. Mana-manapun, moga Allah redha dgn usaha kita menuntut Ilmu-Nya ini.
Sesungguhnya amal Islam sentiasa berhajat kepada titik permulaan yang selamat. Sekalipun jalannya panjang tetapi, percayalah ia akan sentiasa berkembang subur. Al-Iman Hassan Al-Banna telah memilih asas pembinaan yang bermula dari pembinaan individu, keluarga dan masyarakat muslim yang tidak syak lagi akan membuahkan Daulah Islamiah. Di antara tanda permulaan yang baik ialah kita tidak mengalpakan pengambilan sepenuhnya terhadap sebab. Kemudian bertawakkal kepada pencipta sebab yakni Allah pada setiap perkara, sebelum dan selepasnya.
Firman Allah swt:
َأَفمَنْ َأسَّسَ بُنْيَانَهُ عََلى تَ ْ قوَى مِنْ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ َأمْ مَنْ َأسَّسَ بُنْيَانَهُ عََلى شََفا جُرُفٍ هَارٍ
( َفانْهَارَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ وَاللَّهُ َلا يَهْدِي الَْقوْمَ الظَّالِمِينَ ( 109
Maksudnya:
"Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada
Allah dan keredhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan
bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke
dalam neraka Jahannam".
(At-Taubah: 109)
Permulaan yang baik mestilah dapat menggariskan objektif dan menentukan ciri-ciri keperibadian Islam yang diperlukan oleh amal Islami pada hari ini. Sama seperti konsep pembelajaran kita di universiti tempatan mahupun antarabangsa hari ini, kita diajar berdasarkan objektif agar ianya lebih tersusun. Untuk tujuan itu Risalah Taalim yang ada akan memaparkan kepada kita pembicaraan sekitar Rukun
Baiah dan kewajipan yang diperlukan oleh sebuah jamaah untuk merealisasikan sasaran di atas marhalah tersebut. Kesemuanya itu telah dilingkungi oleh asas-asas kefahaman yang mendisiplinkan akhlak dan membatas hubungan tanpa sebarang kecuaian, melampau, keserabutan dan kebekuan terhadap sunnah-sunnah alam.
Pembicaraan tentang Risalah Taalim dan kandungannya yang menjelaskan jalan dakwah dan menerangkan petunjuk-petunjuk di masa akan datang telah meletakkan tapak kaki muslim dipermulaan jalan untuk menuju ke matlamatnya, iaitu menegakkan kalimah Allah yang paling tinggi di alam ini.
Perkara yang menarik perhatian sesiapa yang meneliti Risalah ini ialah ibaratnya yang halus, ringkas dan terfokus. Juga kejelasan Imam Al-Banna di dalam pembicaraannya yang mengetuk fikiran, menembusi pintu hati, menyentuh perasaan serta bersemadi di dalam jiwa, hati dan akal.
0 pandangan sahabat-sahabat:
Post a Comment