BASAHKAN HATI DENGAN IKHLAS

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." ( Surah Az-Zumar 39: Ayat 2)

TAK PERLU TAKUT

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]

MENJADI RENDAH ?

Dalam dunia ini, ada yang tingg dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya. Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia.

DUNIA HANYA SEBENTAR

Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia daripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunia ini benar-benar merupakan godaan dan penghalang paling besar yang akhirnya mnyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga.

SEKADAR MANUSIA BIASAKAH KITA?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'" [Surah Fussilat, 41:33]

IKHTILAT ALAM MAYA

Alhamdulillah, teknologi semakin tinggi dan membangun. Dunia daie tidak lagi hanya di ruang sempit di kampung dan surau. Bukan hanya berceramah di podium dan sebagainya. Dunia tanpa sempadan banyak membantu daie untuk terus memberi buah yang bermanfaat buat mad'u di serata pelusuk alam.

Namun sahabat-sahabat sekalian, banyak perkara yang harus di titik beratkan dalam mengambil wasilah ini. Satu perkara yang sering kita abaikan ialah soal ikhtilat. Benar.

Saya menerima emel dari seorang sahabat berkaitan hal ini. Maka eloklah saya kongsikan bersama sahabat semua dalam erti mencari mardhatillah. InsyaAllah.


Ikhtilat Alam Maya

Puji dan syukur dihadiahkan buat Al-Khaliq ALLAH SWT yang masih sudi meminjamkan diri ini dengan nikmat iman dan islam, masih dalam keadaan sihat jasad dan rohani.

Sudah lama rasanya tidak menulis di blog ni, dengan kekangan2 yang di hadapi, akhirnya hari ini dapat saya ufukkan masa biiznillah. Sebenarnya agak lama ingin dibicarakan isu ini, IKHTILAT DI ALAM MAYA. Secara majority, rata-rata di antara kita yang berbaiah utk sebuah perjuangan Islam dalam sebuah gerakan Islam, tidak pernah terlepas dari perkara ini, ALAM MAYA yang merupakan antara medium utama yang digunakan oleh golongan Abnaul Harakah ini.

Sesungguhnya garapan artikel ini saya nukilkan khusus utk mengetuk diri sendiri yang sering lalai dan lemah ini, smg mnjadi peringatn yang berguna juga buat semua.

"Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan" (QS Al Ghaasyiyah : 88)

Dengan perkembangan zaman yang kian moden lagi canggh,plbagai medium mnjadi tapak kepada sebaran dakwah, Alhamdulillah apabila digunakan ke jalan yang betul. Namun, bgitu sedar atau tidak, brapa bnyak laman2 sosial yang ada di internet ini kita gunakan dengan sbenar-benar hakikat berdakwah?..

Namun, marilah kita renung sejenak..

SIKAP yang saya nak tekankan di sini ialah sifat MALU dengan bukan mahram.
Contohnya melalui shoutbox, sistem pesanan ringkas(sms), facebook, Yahoo Messenger (YM) dan lain-lain.

Peringatan buat dri ini, dalam 10 penggunaan, sedar atau tidak boleh dikatakan 8 daripadanya membawa kita kpada kelalaian. Sebagai seorang pndokong kpada gerakan islam, kita sering meletakkan ‘mnjaga ikhtilat’ dalam dri namun apabila berada di alam maya, kita mnjadi LUPA DIRI. Baik muslimn mahupun muslimat, astaghfirullahalzim , sedar kah kita?


KEMPEN: "MARUAH TERJAGA, AURAT TERPELIHARA"


MAAF..BLOG NI UNDER CONSTRUCTION..!

Bertukar angin ke page blog , http://akunakislah.blogspot.com/..asif wa syukran..!

SUDAHLAH TERHANTUK, DITIMPA TANGGA

Assalamu'alaikum semua..
Bismillahirrahmanirrahim..




DAI'E MAT REMPIT


Rentetan timbulnya isu 'Bersama mu', satu sandiwara yang dilakonkan untuk menagih simpati dari saya dan kawan saya, menyebabkan masa saya untuk balik ke rumah selepas 'Isya berjemaah di Madrasah Nurul Muttaqin 'drag' sehingga ke pukul 12.10 malam. Bunyi enjin motosikal Ex5 Honda Dream memecahkan kesunyian malam di Highway yang lurus dan panjang. Throttle motosikal itu dipulas sehingga ke akhirnya. Jarang mengambil keputusan untuk melanggar lampu isyarat yang ada di jalan, tetapi kali ini lain.


"Rasa macam mat rempit pulak dah.." bicara hati, kebetulan masa nak balik, sekumpulan penunggang motosikal yang jelas memaparkan skill-skil merempit berhenti di satu traffic light yang sama. Sedih melihatkan remaja-remaja sebaya yang tidak memanfaatkan masa muha mereka dengan perkara yang bermanfaat, malah sanggup meletakkan diri mereka di zon yang tidak selamat ibarat telur di hujung tanduk. Atas dasar niat yang murni untuk membimbing mereka 'geng bermotor' yang tersasar ini, Pemuda bersama DPPM mengadakan alternatif untuk mengadakan aktiviti untuk 'masuk' bersama mereka untuk dibimbing!


INGAT LIMA SEBELUM LIMA


Perasaan sedih tersebut bukan untuk terus dipendam dan terus melihat kehancuran mereka. Tetapi, timbul azam untuk terus mengajak mereka ke landasan yang pasti lurusnya. Famous saya kira, satu hadis yang disebut oleh Ibnu 'Abbas, RasuluLlah telah bersabda,


"Rebutlah lima sebelum lima perkara, mudamu sebelum tuamu, sihatmu sbelum sakitmu, kayamu sebelum matimu, masa lapangmu sebelum kamu sibuk" (Hadis Riwayat al-Hakim)

Dalam konteks kita sebagai pelajar dan mahasiswa, perkara inilah yang perlu kita sedar dan menjadikan pegangan hidup kita, bukan semata-mata untuk mendapatkan hidup yang lebih baik, tetapi agar kita tidak sesal di kemudian hari.

Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya "Kewajipan Pemuda Islam Hari Ini" ada menjelaskan antara ciri-ciri pemuda ialah:


1. Hidupnya sentiasa segar
2. Jiwa dan fikiranya sentiasa membara
3. Penuh dengan idealisme
4. Sarat dengan cita-cita
5. Memiliki kekuatan yang tinggi untuk memikul apa sahaja tanggungjawab

SAMAN OH SAMAN

Yang ni pengalaman baru saya, saat menghampiri 'EXIT' lebuhraya, tiba-tiba kereta beratur panjang, menimbulkan tanda tanya dan ragu-ragu, "termasuk lebuhraya DUKE ke?, rasa tak masuk Hulu Kelang tadi". Perjalanan di teruskan dengan menyelit di celah-celah kenderaan. Sampai ke satu kawasan, hanya satu jalan dibuka. "Alamak, road block". Masa tu, ligat berfikir dan rasa tak melakukan salah apa-apa pun. Setibanya menghampiri kawasan mereka lakukan 'pemeriksaan', kita yang rasa tak buat salah ni memberanikanlah diri memberi salam,"Assalamu'alaikum, nak check ya". 

Mereka membalas dengan nada yang baik, lesen pun ditunjukkan, "oh, ok ni, adik road tax mana?". Motosikal tu di double standkan. "Ada kat bawah seat ni". Lepas bukak, tetiba.."Adik, da expired ni".."Huh?". Kantoi disitu, tak direnewed lagi rupanya. Patutla abang kedua saya meminjam Kriss 120 saya, then tukar dengan EX5 nya, tak renewed Insurans lagi rupanya."Saya saman lah ya adik".-pasrah-"ok". Sempat berborak dengannya tentang kerjaya seorang polis, kuota saman setiap anggota, dan ada jugak dia tanyakan tentang sambung 'degree' di mana.

MACAM-MACAM

Nilah pengalaman yang dapat, mungkin boleh ditimbang tara mana yang baik, mana yang boleh diambil iktibar dan pengajaran. Pengalamanlah yang mematangkan kita. Kalau kita tak turut sama merasai penderitaan sesetengah saudara kita di Palestin contohnya, mana mungkin kita tahu keperitan penderitaan mereka. Sentiasa belajar dan memberi tunjuk ajar. Mereka yang tidak punya apa-apa tidak boleh menyumbang apa-apa. Tarbiyah seorang Da'ie ada dimana-mana.
WAllahua'alam

Ar-Rijalul Islah ©

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PSPM PST & PDT SEMESTER II SESI 2011/2012


PENGUMUMAN KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) DAN
PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT) SEMESTER II, SESI 2011/2012

1. Pengarah/Timbalan Pengarah BMKPM akan menyerahkan keputusan kepada Pengarah kolej pada 29 Mei 2012(Selasa).


2. Calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Semester II Sesi 2011/2012 boleh menyemak keputusan peperiksaan tersebut pada 29 Mei 2012(Selasa) mulai  jam 10:00 pagi melalui saluran-saluran di bawah :


1. LAMAN WEB.
Layari   http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/keputusan_exam/
Masukkan :  Login name
Masukkan  : Kata Laluan (ikut arahan)


2. SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)
Taipkan 
MOE MAK <no kad pengenalan>  hantar ke 15888
Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888


3. TELEFON:
A. Kolej masing-masing.
B. Sektor Hal Ehwal Akademik BMKPM  di talian 03 88844022      


3. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST):
Pelajar yang memperoleh 1.5 ≤ PNGK <  2.0 akan diberi status gagal dan 
ditawarkan untuk mengulang Program Matrikulasi Satu Tahun (PST).


4. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT):
i. Pelajar yang memperoleh 1.5 ≤ PNGK < 2.0 gagal kali pertama 
dibenarkan meneruskan pengajian ke Semester III dan diberi 
AMARAN.


ii. Pelajar yang memperoleh 1.5 ≤ PNGK < 2.0 gagal kali kedua atau 
PNGK < 1.5 akan diberi status gagal dan diberhentikan daripada 
pengajian.


5. Calon-calon yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan boleh 
merujuk syarat/ peraturan semak semula keputusan peperiksaan.


Sumber:
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia.

AKU TERKENA

Bismillahirrahmanirrahim.. 



Kali ini, lain pulak kisahnya. "Huh, sememangnya hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan". Sebab itulah hidup manusia ini mempunyai pelbagai warna kehidupan, ada yang ceria, ada yang pudar, ada yang terang benderang warnanya. Kesemua warna-warna tersebut memaparkan manis pahitnya yang tersendiri. Ada suka, malah turut ada yang berduka. Bak kata orang-orang lama, "Asam garam kehidupan". Urm, kita YA kan jela kata mereka. Pendekkan ceritanya, macam-macam pengalaman yang akan kita tempuh, tak kiralah dilema, pasrah, tersepit dan apa sekalipun, pasti ia akan kekal menjadi kenangan dan sejarah dalam hidup kita.

"Life is written in PEN, What you have already written can't be erased. So, keep writting"

Nilah satu analogi yang rakan sekelas saya kongsikan suatu masa dahulu. Saya masih ingat kerana pertama kalinya saya membaca statement ini, agak berpusing memikirkan apa yang cuba disampaikan. "Oh, rupanya satu analogi". Menariknya, idea ini disampaikan bersama beberapa tajuk lagu yang kena dengan apa yang cuba dimaksudkan. Seingat saya, salah satu dari tiga lagu yang di'attach' bersama pesanan ringkas tersebut ialah 'Today my life begins' by Bruno Mars. Boleh tahan intipati dan maksud yang cuba disampaikan daripada lagu tu..

DULU KATA BOSAN

Berhubung post sebelum ini, pendirian saya yang mengatakan 'cuti ini membosankan', saya mengambil langkah pencegahan awal sebelum melarat ke tahap yang lebih parah dengan  menanam tekad merantau mencari Majlis Ilmu dan pengisian bagi mengisi kekosongan waktu antara Maghrib dan Isya' sama ada di masjid mahu pun surau berdekatan. Namun, sememangnya Sabtu hari cuti kuliah, bagi Masjid Qaryah yang berhampiran dengan rumah. Namun masih banyak surau-surau dan madrasah yang mengadakan pengajian. Dengan harapan dapat menziarahi seorang sahabat, student USIM yang balik bercuti hujung minggu. Pada pandangan saya, inilah yang dikatakan 'sambil menyelam, minum air'.
*Andaikan sahabat saya ini (H).

Hadis RasulAllah yang menyentuh tentang ukhwah dan ziarah sahabat sentiasa bermain di fikiran sepanjang perjalanan. Dengan harapan, apa yang RasulAllah katakan dapat diamalkan dan mendapat kebaikkan bersama sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam satu hadis:

Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:


عن النبي صلى اللهم عليه وسلم يرفعه إلى الرب عز وجل قال حقت محبتي للمتحابين في وحقت محبتي للمتزاورين في وحقت محبتي للمتباذلين في وحقت محبتي للمتواصلين في



“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)

Begitulah janji Allah kepada hambanya yang saling berkasih-sayang atas dasar keimanan dan ketaqwaan. Moga kita semua tergolong dalam golongan mereka yang berhak mendapat kasih sayang Allah yang mutlak. Terubatlah sedikit sebanyak kebosanan yang melanda semasa cuti ini. AlhamdulilLah. Setibanya di Madrasah Nurul Muttaqin, seorang tuan guru mengajarkan tentang Bab Akhlak yang murni dalam Islam, dan diajar soal hadis berjabat tangan. Sesungguhnya perkara yang nampak kecil seperti 'Berjabat Tangan' ini pada pandangan kita, sebenarnya membawa erti dan nilai yang besar. Sebagai contoh, dengan berjabat tangan lah nabi menerima Bai'ah Kaum Ansar yang ingin melakukan taat setia kepada RasulAllah. Begitu juga dalam sejarah-sejarah Islam menjelaskan, berjabat tangan ini simboliknya kita bebas dari permusuhan dan pergaduhan. Malahan disebut RasulAllah, sunat kita mencium tangan orang yang lebih mulia seperti Ibubapa kita, ulama' dan guru. 

Rasulullah s.a.w. bersabda:


عن البراء قال قال رسول الله صلى اللهم عليه وسلم ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يفترقا



“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” 



(Riwayat Abu Daud)


TERKENA

Saat bersoal jawab tentang beberapa kemusykilan yang timbul daripada pengajaran tuan guru selepas selesai Isya' berjemaah, terdapat seorang pemuda yang duduk di satu penjuru dalam madrasah tersebut. Gayanya meminta derma ikhlas dari para jamaah yang hadir. Kelihatannya seperti 'Obesity'. "Ya, ternyata tekaan hati ini tidak meleset sama sekali". Si sahabat mendekatinya, dengan niat untuk memberikan derma seikhlas yang mampu. Satu not wang kertas bewarna merah dikeluarkan. "Abang, saya Ikhlas ni nak derma ni, ni je yang saya ada", dengan harapan tidak ditolak atas sebab muka kami sememangnya jelas menggambarkan students yang masih tidak bekerja. "Adik, terima kasih ya, duduk la sekejap sembang-sembang", buku ditangan sahabat saya diambil olehnya. "Dengarlah cerita abang ni, abang ada masalah, kena buat operation, kena pakai duit, abang nak pinjam kat adik RM 350.00 boleh?, lepas 4 minggu abang janji abang pulangkan balik" Satu ekspressi muka memujuk yang meyakinkan terpancar dari mukanya.
.............................................................................

"Akhi, enta betul ke nak guna duit PTPTN tu bagi dia pinjam?" Bukan niat saya pada masa itu untuk meragui tindakan sahabat saya tadi, tapi perkara tersebut berlaku secara mengejut, saya sangat yakin sahabat saya, (H) tadi tidak dapat menafsir rasional yang ada, mana awlawiyyatnya dek kerana ayat yang digunakan abang tadi agak mendesak dan seolah-olah desperate. Sangat mengenali sifat (H) yang mempunyai sifat yang mudah memberi dan percaya kefahaman marhalah ukhwah yang ada pada sahabat ini sewajarnya dikagumi."Enta fikir betul-betul, cuba tanya ayah enta, betul ke ayah enta kenal dia sebagaimana yang dia kata?" Bukannya apa, hidup di Kuala Lumpur, khuatir hanya sandiwara berbanding hakikat. "Ana pun ragu-ragu ni, rasa macam tersepit, Allah..ujian untuk ana ni".."takpa Akhi, kita hadapi apa yang mampu"..Wang seratus dah diberikan pada mulanya, kerana memang ada di dalam walet, saat pergi mencari ATM, baru terdetik keraguan dan seribu satu persoalan, keputusannya, RM 100.00 tadi di'burn'kan saja untuk di'derma'kan kepada abang tersebut. 

MENCARI KEPASTIAN

Pentingnya menyelidiki 'sumber' berita.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat49:6)

Apa yang berlaku saya, ceritakan semula kepada kedua ibubapa tercinta. Pulang lewat ke rumah, pasti disoal siasat seperti baru melakukan 'jenayah' besar. Bersyukur, mendapat Ibubapa yang particular meskipun kadang kala hati turut menentang secara diam, tetapi  sentiasa memilih untuk akur kerana percaya, "REDHA ALLAH PADA REDHA KEDUA IBUBAPA".
Sesudah tamat bercerita, kedua-duanya memberikan respon yang hampir sama. "Macam orang yang selalu nampak kat masjid duduk tepi tangga masjid kita ni je, mcm tu jugak" Yang menariknya, Ummi dan Abi boleh memberikan gambaran dan ciri-ciri fizikal yang sama dengan 'mamat' yang dibantu masa itu. "Dia ada kes kat kawasan ni, pengerusi masjid pun pernah  tegur dia, pernah pak cik jaga tu marah abang tu sebab naik teksi tak bayar"..Gulp!..air liur ditelan, "larr, ea ke macam tu", "means ramai da taula pasal dia kat area ni". -n0 comment-


MOGA HIDAYAH ALLAH BERSAMANYA

Terkesima, esoknya berbual dengan kawan-kawan sepermainan di masjid, mencari kepastian tentang si dia, "Betul ke dia duduk kampung Pandan, kanapa jumpa semalam kat Gombak?", "Betulke takda duit, kenapa tak mintak Baitulmal untuk bantu?" Macam-macam soalan timbul di benak fikiran masa tu. Sama ada baik mahu pun buruk niatnya, doa tetap di utuskan agar golangan seperti mereka yang ramai lagi sebenarnya dia KL ni sentiasa mendapat hidayah dan tak melakukan perkara yang bakal membawa mereka ke pintu neraka di kerana ujian hidup yang Allah berikan kepada mereka. Ketika berbual dengan Imam masjid, satu lagi kisah tentang lelaki ini dibongkarkan, "Ada yang bagi terus RM 450.00 kat dia baru-baru ni sebab percaya"..tertiba teringat percakapanya, "Cantik hanset adik ni, X6 ya?, ni kalau jual berapa ya?".."Eeerkk.."

Masing-masing dengan ujian yang tersendiri. Satu pengalaman, satu pengajaran, dan satu lagi kisah hidup yang bakal dicoretkan di dalam lembaran sejarah hidup untuk dijadikan memoir . Teruskan mencoret, keep writing dalam perjalanan hidup kita yang penuh liku, mehnah dan tribulasi ini, mudah-mudahan kita sentiasa belajar untuk menjadi dikalangan mereka yang terbaik amalannya. 
WAllahua'alam

Ar-Rijalul Islah ©

CUTI YANG MEMBOSANKAN..HELP, HELP! I'M DYING..

Bismillahirrahmanirrahim.. 



KOSONG

Hari berlalu satu persatu, bermula dari Isnin bertukar ke Selasa, dari hari Selasa melompat pula ke hari rabu dan seterusnya hari sentiasa bersilih ganti. Masa yang kebiasaanya rasa sangat pantas berlalu bertukar menjadi slow dan panjang, terbayang mode 'bullet time' yang biasa digunakan sewaktu zaman kanak-kanak ketika bermain satu permainan komputer bernama 'Max Payne'. Rutin harian bergerak kerja dalam sistem pendidikan yang compactdengan hanya selama 10 bulan untuk dikhatamkan mata pelajaran sains (math, bio, fizik, kimia) rasanya sangat padat bila dicampur dengan meeting, study group, smart circle, counseling session bersama rakan di masjid, interaksi dinamik dan segala.


Nah! Sekarang, masa yang sebelum ini diisi dan dimuatkan dengan program-program tarbiyah menjadi lengang dan tak terurus. Kosong. Tiada pengisian yang memberikan penekan berbentuk 'fikrah', tiada kefahaman mengenai 'fiqh' dan terus tiada. Tiada siapa yang nak spoon feed kita dengan makanan-makanan rohani. Ya, tentu sahaja kita tidak mati dek kerana makanan keperluan kita sentiasa di'supply' dan mungkin yang diberikan kepada kita ialah yang 'terbaik dari ladang', namun kita bimbang saat kita hidup dalam 'zon selesa' begini, hati kita MATI. "Tidak, I'm dying..Help, help" rintih hati yang kosong.

WHAT IS THE MEANING OF MY LIFE..


Bismillahirrahmanirrahim..

KENAPA HIDUP DAN DICIPTAKAN?

Indah hari ini,cuaca tidak terlalu mendung dan tidak pula terlalu cerah. Dalam bahasa arabnya disebut sebagai 'yaumul jumua'h' iaitu hari Jumaat, suatu hari yang sememangnya terdapat banyak limpahan rahmat dan berkat dan turut dikenali sebagai penghulu hari. Malahan, dalam Al-Quran juga turut terdapat satu surah yang menyebut tentang adanya hari jumaat ini. Hebat bukan. Akan tetapi, buat post yang pembukaan dalam satu blog yang saya namakan sebagai "Memoir Kehidupan Seorang Jejaka" bukanlah untuk semata-mata menyatakan hasrat dan isi hati tentang kebesaran hari Jumaat yang cukup indah, tetapi untuk pertama kalinya, lebih cenderung isi hati kali ini untuk berbicara soal 'matlamat hidup kita'.

"Duhai hati, mana mungkin Allah itu menciptakan engkau tanpa tujuan", "mana mungkin bumi dan seisinya ini Allah ciptakan dek kerana melihat indahnya Alam fauna yang Allah hadirkan bersama-samanya", "Bukankah Allah juga yang menciptakan tumbuh-tumbuhan itu, yang sebahagianya menjadi sumber makanan kepada golongan manusia", dan yakinlah "wahai pemilik hati, mustahil Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan itu menciptakan sesuatu dengan sia-sia"

CUTI YANG MEMBOSANKAN..HELP, HELP! I'M DYING..

Bismillahirrahmanirrahim..




KOSONG

Hari berlalu satu persatu, bermula dari Isnin bertukar ke Selasa, dari hari Selasa melompat pula ke hari rabu dan seterusnya hari sentiasa bersilih ganti. Masa yang kebiasaanya rasa sangat pantas berlalu bertukar menjadi slow dan panjang, terbayang mode 'bullet time' yang biasa digunakan sewaktu zaman kanak-kanak ketika bermain satu permainan komputer bernama 'Max Payne'. Rutin harian bergerak kerja dalam sistem pendidikan yang compact dengan hanya selama 10 bulan untuk dikhatamkan mata pelajaran sains (math, bio, fizik, kimia) rasanya sangat padat bila dicampur dengan meeting, study group, smart circle, counseling session bersama rakan di masjid, interaksi dinamik dan segala.


Nah! Sekarang, masa yang sebelum ini diisi dan dimuatkan dengan program-program tarbiyah menjadi lengang dan tak terurus. Kosong. Tiada pengisian yang memberikan penekan berbentuk 'fikrah', tiada kefahaman mengenai 'fiqh' dan terus tiada. Tiada siapa yang nak spoon feed kita dengan makanan-makanan rohani. Ya, tentu sahaja kita tidak mati dek kerana makanan keperluan kita sentiasa di'supply' dan mungkin yang diberikan kepada kita ialah yang 'terbaik dari ladang', namun kita bimbang saat kita hidup dalam 'zon selesa' begini, hati kita MATI. "Tidak, I'm dying..Help, help" rintih hati yang kosong.

LUBUK ILMU SENTIASA ADA

Seketika di bilik, menghalakan pandangan kesegenap ruang bilik, merenung buku-buku dan artikel-artikel yang bersepah di atas meja menyajikan pelbagai jenis ilmu. Ada yang mengisahkan tentang  sejarah-sejarah perjuangan, ada yang menyentuh berkenaan ilmu-ilmu tasauf, ada novel-novel yang memaparkan epilog seorang pendakwah dan tak ketinggalan ada yang memaparkan ilmu-ilmu perubatan secara umum. Pointnya, kesemua bahan-bahan ilmiah tersebut memberi nilai yang tersendiri untuk dibaca, dihayati dan dirangkul kesemuanya untuk menjadi bekalan kehidupan. Akan tetapi, muncul lah barrier dan resistance buat saya dengan timbulnya perasaan malas sementara, berat untuk mengusiknya dan pelbagai lagi perasaan-perasaan yang menidakkan untuk mengambil tindakkan yang murni terhadap bahan-bahan pembacaan itu tadi.

"Shuh..shuh..pergi main jauh-jauh.."..tertarik dengan khayalan imaginasi, mengumpamakan sifat malas itu sebagai sifat yang cuba menggoda diri ini, so saya mengharap dengan mengatakan sedemikian, perasaan tersebut taat dan patu pada saya. Satu anologi baru yang saya dapat kelmarin, kata-kata seorang ulama, daripada perkongsian seorang guru juga ketika mengajar kitab 'Riyadhus Solihin' di masjid, katanya, "nafsu itu ibarat anak kecil, sekiranya kamu membiarkan dia untuk terus menyusu, nescya pasti dia sentiasa mahu menyusu darimu walaupun sesudah 2 tahun, justeru perlu untuk dipaksa agar si anak kecil itu biasa untuk tidak menyusu lagi" . Jadi, cuba kita paksa nafsu kita, malas dan sebagainya dengan cara dan kretiviti kita masing-masing. Selamat nencuba!


KUNCI BAGI DIRI SAYA

Suka saya untuk memetik kata-kata seorang mujahid, yang mempunyai tadhiyyah dan semangat juang yang tinggi dalam menegakkan dan membela agama Islam, mungkin ada diantara kita yang cukup mengenali mujahid ini, malahan saya sendiri turut mengagumi semangat dan perjuangan yang beliau bawa dan tonjolkan.

"Aku merasa seperti baru berusia sembilan tahun, tujuh setengah tahun berjihad di Afghan, satu setengah tahun berjihad di Palestin, dan selebihnya tidak bernilai apa-apa"

-As Syahid Dr Abdullah Azzam-

Saya merasakan perlu untuk kita semua melihat dan memahami konsep 'Jihad' ini dari skop yang jelas dan nyata. Jihad dalam islam bukan hanya digesa untuk berjihad dengan cara mengangkat senjata semata-mata, walaupun itulah jihad yang utama. Akan tetapi, konsep jihad yang boleh kita pamerkan hari ini ialah berjihad dalam kita melawan hawa nafsu, berjihad dalam menjadi anak yang soleh, berjihad dalam aspek cemerlang akademik, berjihad untuk mendapatkan keluaga Islam yang cemerlang kelak dan pelbagai lagi unsur-unsur jihad yang perlu kita terapkan dalam aspek hidup kita.

Jihad di mata masyarakat hari ini dilihat ekstrime di mata masyarakat oleh kerana mereka memandangnya dari angle yang salah dan serong. Lantaran itu, ramai remaja kita dan kawan-kawan kita sendiri hari ini yang kecundang dan leka, sibuk bercouple, sana sini berdating  dan segala. Pengalaman 'ops couple' yang sama-sama rakan masjid gerakkan di matrik dah cukup memberi pengalaman bersama mereka yang hanyut. Dah!, stop..Cukuplah tu kawan-kawan. Biarkan sejarah hitam yang berlaku di matrik berlalu. Kita berubah di Universiti dan buktikan anda mahasiswa terbaik. Contohi kawan-kawan Chinese kita yang ber'jihad' dalam mereka study. JIhad=Bersungguh-sungguh, jangan jumud   dalam penggunaan bahasa ni kay. Peranan siapa jika bukan kita yang  memberikan pencerahan kepada masyarakat. Cuba dengar lagu ni, menarik saya rasa untuk dikongsikan bersama.."Ku Berlari" oleh Firdaus.

APA PERLU AKU BUAT?

"Pada siapa lagi umat ini akan bergantung harap? Jika penggerak agama Allah, Da'ie ini imannya sentiasa lemah, tadabbur Al-Quran terkadang tidak ada, bangun tahajjud terkadang berbulan-bulan tak dilaksana, bacaan Al-Mathurat bila ingat baru nak dibaca, masa banyak terbuang dengan video-video yang melalaikan dan dengan main games yang entah apa-apa, pergaulan muslimin muslimat selalu tak terjaga"

"Huuu...mengeluh panjang bila memikirkan apa yang diperkatakan"..Meskipun tidak main game dan tak berapa gemar menonton video-video apatah lagi movie untuk di download dan ditonton, namun peringatan yang naqib merangkap ustaz ana ini sangat menusuk kalbu, habis semua functinal unit of liver dan dan lain-lain bagai terkesima dengan apa yang dihujahkan. Bimbang sebenarnya dengan kondisi hari ini. So, apa yang kena buat, kita step further untuk kebaikan. Apa kata kita bersungguh-sungguh dan sentiasa tanam perasaan nak buat kebaikan dalam diri kita, even kita as manusia banyak kelemahan, tak nak pandang jauh, pandang kita sendiri pun cukup.kan?

Bila tiap-tiap malam, pasanglah niat, "aku nak bangun awal malam niat, paling tidak dapat tahajjud 2 rakaat pun jadilah", sebelum kita main bola atau berjogging, atau pun tolong mak masak, "aku nak baca Al-Mathurat kejapla lepas asar ni"..malam pulak, "malam ni ada kuliah kat masjid, baik pergi dari duk kat umah, xde kawan pn tak kesahla, janji bermanfaat! "..
Cuba kita tanamkan kata-kata macam ni, saya amalkan..Hopefully dengan cara macam ni,walaupun usaha ini kecil, moga dapat selamatkan kita dari terlalu terdedah dengan kelalaian dan terleka dibuai angan-angan dunia. Sayangi diri kita..ni, serangkap lirik lagi ku berlari untuk anda..jangan lupa dengar kay!! 
WAllahua'alam

Special thanks to:

ALBUM: DUNIA YANG LEBIH INDAH
MUNSYID: FIRDAUS

Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi 
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu memulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
...


Ar-Rijalul Islah ©

WHAT IS THE MEANING OF MY LIFE..

Bismillahirrahmanirrahim..





KENAPA HIDUP DAN DICIPTAKAN?

Indah hari ini,cuaca tidak terlalu mendung dan tidak pula terlalu cerah. Dalam bahasa arabnya disebut sebagai 'yaumul jumua'h' iaitu hari Jumaat, suatu hari yang sememangnya terdapat banyak limpahan rahmat dan berkat dan turut dikenali sebagai penghulu hari. Malahan, dalam Al-Quran juga turut terdapat satu surah yang menyebut tentang adanya hari jumaat ini. Hebat bukan. Akan tetapi, buat post yang pembukaan dalam satu blog yang saya namakan sebagai "Nothing Is Impossible" ini, bukanlah untuk semata-mata menyatakan hasrat dan isi hati tentang kebesaran hari Jumaat yang cukup indah, tetapi untuk pertama kalinya, lebih cenderung isi hati kali ini untuk berbicara soal 'matlamat hidup kita'.

"Duhai hati, mana mungkin Allah itu menciptakan engkau tanpa tujuan", "mana mungkin bumi dan seisinya ini Allah ciptakan dek kerana melihat indahnya Alam fauna yang Allah hadirkan bersama-samanya", "Bukankah Allah juga yang menciptakan tumbuh-tumbuhan itu, yang sebahagianya menjadi sumber makanan kepada golongan manusia", dan yakinlah "wahai pemilik hati, mustahil Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan itu menciptakan sesuatu dengan sia-sia"

Acap kali kita malafazkan ahdaf yakni tujuan dan matlamat kita hidup atas muka bumi yang Allah sediakan ini dalam solat kita semasa membaca doa iftitah, persoalannya, berapa ramai dikalangan kita dan juga sahabat-sahabat kita yang faham, cakna, menghayati dan seterusnya menjiwai apa yang kita lafazkan??

"Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, kehidupan dan kematianku, hanyalah untuk Allah tuhan sekelian alam"

Saat menghadiri kuliah baru-baru ni, seorang penceramah ini mengajar soal asma' Allah alhusna, lalu dalam pada pengajarannya, ustaz menimbulkan persoalan, "berapa ramai dikalangan kita hari ini, yang ingin mencari  redha Allah, tetapi adakah anda semua redha bila mana Allah mencabut nyawa pada ketika ini?"..pasti akan terdapat hati-hati yang akan menimbulkan rasa keraguan terhadap redha mereka kepada pencipta, kerana ramai manusia hari ini hidup tanpa tujuan, dan matlamat yang jelas, malahan hampir majoriti daripada mereka seperti lalang yang apabila ditiup angin kekanan, mereka ikut kekanan tanpa mengira Halal dan Haram, Haq atau pun Batil, kononnya setia dengan beberapa dasar perjuangan yang bersifat Nasionalis dan seumpamanya. Untuk mendapatkan redhanya, mestilah dengan syarat kita terlebih dahulu kena redha dengan setiap yang datang darinya.

Peringatan tentang matlamat hidup ini sewajarnya sentiasa dekat dengan kita lebih-lebih lagi kita yang sering melafazkan dalam solat harian kita. Apa yang saya rencanakan hari ini secara jelasnya adalah untuk memberikan peringatan kepada diri saya sendiri khususnya dan untuk manfaat kita semua bersama. 
Sesungguhnya kita kena yakin bahawa setiap apa yang kita lakukan atas muka bumi Alah ini akan dipersoalkan dan mungkin rakaman perbuatan kita akan diulang tayang kelak dihadapan keseluruhan umat manusia.
Hatta, saya yang menulis ini juga akan disoal, apakah matlamat utama dan manfaatnya pada ummat dan sahabat-sahabat saya tentang apa yang saya lakukan ketika ini?mungkin antum akan mejadi saksi terhadap apa yang saya rencanakan hari ini.

KENAPA BER'BLOGGING'?

Mungkin timbul persoalan, "kenapa ini post yang pertama? dan ke mana menghilangnya post-post lama yang saya tulis semenjak di bangku sekolah?"..Jawapannya teman-teman, ada beberapa faktor saya bertindak sedemikian. Pertamanya, masa di matrikulasi bagi saya tidak banyak jika dibandingkan dengan sistem pendidikan sebelumnya, mungkin waktu di 'U' kelak akan lebih padat dan pack, tapi takpe, kita cuba cari masa sama-sama, me'manage' masa kita dengan study, leadership, derdakwah dan kelak, mungkin untuk mengurus atur keluarga kita sendiri.

Yang keduanya, penting saya rasa bagi saya untuk 'tajdid niat' yakni memperbahurui niat saya, tentang kenapa saya mengarang dan mencurahkankan idea dan pendapat saya dengan menggunakan media elektronik.. Bagi saya sendiri, ini salah satu cara dakwah yang interaktif, uslub yang dinamik dan 'bil hikmah' iaitu ada kebijaksanaan pada jalannya yang perlu ramai di kalangan kita ceburi dan juga kelak, saya sangat-sangat mengharap ada alasan yang cukup kukuh tentang apa yang saya perlakukan dengan menggunakan nikmat yang dikurniaanya, bukan mem'blogging' kerana trend mungkin, adat ataupun apa-apa sahaja.



Ketiganya, hati manusia ini sifatnya berbolak balik. Allah yang menciptakannya sedemikian. Dari satu blog, saya berpindah dan membuka blog baru, bukan hanya blog yang baru, tetapi dengan azam dan semangat yang baru. Begitulah kita dalam kehidupan ini, Islam tidak mengajar untuk lari dari masalah, tetapi Islam sentiasa mempunyai jalan penyelesaian dalam mengajar penganutnya untuk terus bermotivasi and never 'give up' waimma never 'stop' dari mempunyai harapan kerana mereka sentiasa ada tempat untuk berharap iaitu Allah subhanahu wata'ala..terus berharap teman-teman, sementara masa masih ada.

Moga setiap apa yang saya titipkan kali ini dapat sama-sama kita mengambil ibrah dan pengajaran, dan membuatkan kita berfikir dan menimba ilmu dan seterusnya, kita sama-sama dapat mengetuk hati sahabat-sahabat kita yang mungkin tertidur seketika dek terlena dengan arus kemodenan hari ini.."Sesungguhnya Allah berasa kagum dengan pemuda yang tidak dilalaikan dengan arus zamannya". Sama-sama kita semua mengislah diri dan jiwa untuk mendapatkan keredhaannya. Sesungguhnya, penyusunan Allahlah yang terbaik.
WAllahua'alam

Ar-Rijalul Islah ©