WHAT IS THE MEANING OF MY LIFE..


Bismillahirrahmanirrahim..

KENAPA HIDUP DAN DICIPTAKAN?

Indah hari ini,cuaca tidak terlalu mendung dan tidak pula terlalu cerah. Dalam bahasa arabnya disebut sebagai 'yaumul jumua'h' iaitu hari Jumaat, suatu hari yang sememangnya terdapat banyak limpahan rahmat dan berkat dan turut dikenali sebagai penghulu hari. Malahan, dalam Al-Quran juga turut terdapat satu surah yang menyebut tentang adanya hari jumaat ini. Hebat bukan. Akan tetapi, buat post yang pembukaan dalam satu blog yang saya namakan sebagai "Memoir Kehidupan Seorang Jejaka" bukanlah untuk semata-mata menyatakan hasrat dan isi hati tentang kebesaran hari Jumaat yang cukup indah, tetapi untuk pertama kalinya, lebih cenderung isi hati kali ini untuk berbicara soal 'matlamat hidup kita'.

"Duhai hati, mana mungkin Allah itu menciptakan engkau tanpa tujuan", "mana mungkin bumi dan seisinya ini Allah ciptakan dek kerana melihat indahnya Alam fauna yang Allah hadirkan bersama-samanya", "Bukankah Allah juga yang menciptakan tumbuh-tumbuhan itu, yang sebahagianya menjadi sumber makanan kepada golongan manusia", dan yakinlah "wahai pemilik hati, mustahil Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan itu menciptakan sesuatu dengan sia-sia"

Acap kali kita malafazkan ahdaf yakni tujuan dan matlamat kita hidup atas muka bumi yang Allah sediakan ini dalam solat kita semasa membaca doa iftitah, persoalannya, berapa ramai dikalangan kita dan juga sahabat-sahabat kita yang faham, cakna, menghayati dan seterusnya menjiwai apa yang kita lafazkan??

"Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, kehidupan dan kematianku, hanyalah untuk Allah tuhan sekelian alam"

Saat menghadiri kuliah baru-baru ni, seorang penceramah ini mengajar soal asma' Allah alhusna, lalu dalam pada pengajarannya, ustaz menimbulkan persoalan, "berapa ramai dikalangan kita hari ini, yang ingin mencari  redha Allah, tetapi adakah anda semua redha bila mana Allah mencabut nyawa pada ketika ini?"..pasti akan terdapat hati-hati yang akan menimbulkan rasa keraguan terhadap redha mereka kepada pencipta, kerana ramai manusia hari ini hidup tanpa tujuan, dan matlamat yang jelas, malahan hampir majoriti daripada mereka seperti lalang yang apabila ditiup angin kekanan, mereka ikut kekanan tanpa mengira Halal dan Haram, Haq atau pun Batil, kononnya setia dengan beberapa dasar perjuangan yang bersifat Nasionalis dan seumpamanya. Untuk mendapatkan redhanya, mestilah dengan syarat kita terlebih dahulu kena redha dengan setiap yang datang darinya.

Peringatan tentang matlamat hidup ini sewajarnya sentiasa dekat dengan kita lebih-lebih lagi kita yang sering melafazkan dalam solat harian kita. Apa yang saya rencanakan hari ini secara jelasnya adalah untuk memberikan peringatan kepada diri saya sendiri khususnya dan untuk manfaat kita semua bersama. 
Sesungguhnya kita kena yakin bahawa setiap apa yang kita lakukan atas muka bumi Alah ini akan dipersoalkan dan mungkin rakaman perbuatan kita akan diulang tayang kelak dihadapan keseluruhan umat manusia.
Hatta, saya yang menulis ini juga akan disoal, apakah matlamat utama dan manfaatnya pada ummat dan sahabat-sahabat saya tentang apa yang saya lakukan ketika ini?mungkin antum akan mejadi saksi terhadap apa yang saya rencanakan hari ini.

KENAPA BER'BLOGGING'?

Mungkin timbul persoalan, "kenapa ini post yang pertama? dan ke mana menghilangnya post-post lama yang saya tulis semenjak di bangku sekolah?"..Jawapannya teman-teman, ada beberapa faktor saya bertindak sedemikian. Pertamanya, masa di matrikulasi bagi saya tidak banyak jika dibandingkan dengan sistem pendidikan sebelumnya, mungkin waktu di 'U' kelak akan lebih padat dan pack, tapi takpe, kita cuba cari masa sama-sama, me'manage' masa kita dengan study, leadership, derdakwah dan kelak, mungkin untuk mengurus atur keluarga kita sendiri.

Yang keduanya, penting saya rasa bagi saya untuk 'tajdid niat' yakni memperbahurui niat saya, tentang kenapa saya mengarang dan mencurahkankan idea dan pendapat saya dengan menggunakan media elektronik.. Bagi saya sendiri, ini salah satu cara dakwah yang interaktif, uslub yang dinamik dan 'bil hikmah' iaitu ada kebijaksanaan pada jalannya yang perlu ramai di kalangan kita ceburi dan juga kelak, saya sangat-sangat mengharap ada alasan yang cukup kukuh tentang apa yang saya perlakukan dengan menggunakan nikmat yang dikurniaanya, bukan mem'blogging' kerana trend mungkin, adat ataupun apa-apa sahaja.



Ketiganya, hati manusia ini sifatnya berbolak balik. Allah yang menciptakannya sedemikian. Dari satu blog, saya berpindah dan membuka blog baru, bukan hanya blog yang baru, tetapi dengan azam dan semangat yang baru. Begitulah kita dalam kehidupan ini, Islam tidak mengajar untuk lari dari masalah, tetapi Islam sentiasa mempunyai jalan penyelesaian dalam mengajar penganutnya untuk terus bermotivasi and never 'give up' waimma never 'stop' dari mempunyai harapan kerana mereka sentiasa ada tempat untuk berharap iaitu Allah subhanahu wata'ala..terus berharap teman-teman, sementara masa masih ada.

Moga setiap apa yang saya titipkan kali ini dapat sama-sama kita mengambil ibrah dan pengajaran, dan membuatkan kita berfikir dan menimba ilmu dan seterusnya, kita sama-sama dapat mengetuk hati sahabat-sahabat kita yang mungkin tertidur seketika dek terlena dengan arus kemodenan hari ini.."Sesungguhnya Allah berasa kagum dengan pemuda yang tidak dilalaikan dengan arus zamannya". Sama-sama kita semua mengislah diri dan jiwa untuk mendapatkan keredhaannya. Sesungguhnya, penyusunan Allahlah yang terbaik.
WAllahua'alam

Ar-Rijalul Islah ©

0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment