Bismillahirrahmanirrahim..
Kali ini, lain pulak kisahnya. "Huh, sememangnya hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan". Sebab itulah hidup manusia ini mempunyai pelbagai warna kehidupan, ada yang ceria, ada yang pudar, ada yang terang benderang warnanya. Kesemua warna-warna tersebut memaparkan manis pahitnya yang tersendiri. Ada suka, malah turut ada yang berduka. Bak kata orang-orang lama, "Asam garam kehidupan". Urm, kita YA kan jela kata mereka. Pendekkan ceritanya, macam-macam pengalaman yang akan kita tempuh, tak kiralah dilema, pasrah, tersepit dan apa sekalipun, pasti ia akan kekal menjadi kenangan dan sejarah dalam hidup kita.
"Life is written in PEN, What you have already written can't be erased. So, keep writting"
Nilah satu analogi yang rakan sekelas saya kongsikan suatu masa dahulu. Saya masih ingat kerana pertama kalinya saya membaca statement ini, agak berpusing memikirkan apa yang cuba disampaikan. "Oh, rupanya satu analogi". Menariknya, idea ini disampaikan bersama beberapa tajuk lagu yang kena dengan apa yang cuba dimaksudkan. Seingat saya, salah satu dari tiga lagu yang di'attach' bersama pesanan ringkas tersebut ialah 'Today my life begins' by Bruno Mars. Boleh tahan intipati dan maksud yang cuba disampaikan daripada lagu tu..
DULU KATA BOSAN
Berhubung post sebelum ini, pendirian saya yang mengatakan 'cuti ini membosankan', saya mengambil langkah pencegahan awal sebelum melarat ke tahap yang lebih parah dengan menanam tekad merantau mencari Majlis Ilmu dan pengisian bagi mengisi kekosongan waktu antara Maghrib dan Isya' sama ada di masjid mahu pun surau berdekatan. Namun, sememangnya Sabtu hari cuti kuliah, bagi Masjid Qaryah yang berhampiran dengan rumah. Namun masih banyak surau-surau dan madrasah yang mengadakan pengajian. Dengan harapan dapat menziarahi seorang sahabat, student USIM yang balik bercuti hujung minggu. Pada pandangan saya, inilah yang dikatakan 'sambil menyelam, minum air'.
*Andaikan sahabat saya ini (H).
*Andaikan sahabat saya ini (H).
Hadis RasulAllah yang menyentuh tentang ukhwah dan ziarah sahabat sentiasa bermain di fikiran sepanjang perjalanan. Dengan harapan, apa yang RasulAllah katakan dapat diamalkan dan mendapat kebaikkan bersama sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam satu hadis:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:
عن النبي صلى اللهم عليه وسلم يرفعه إلى الرب عز وجل قال حقت محبتي للمتحابين في وحقت محبتي للمتزاورين في وحقت محبتي للمتباذلين في وحقت محبتي للمتواصلين في
“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)
Begitulah janji Allah kepada hambanya yang saling berkasih-sayang atas dasar keimanan dan ketaqwaan. Moga kita semua tergolong dalam golongan mereka yang berhak mendapat kasih sayang Allah yang mutlak. Terubatlah sedikit sebanyak kebosanan yang melanda semasa cuti ini. AlhamdulilLah. Setibanya di Madrasah Nurul Muttaqin, seorang tuan guru mengajarkan tentang Bab Akhlak yang murni dalam Islam, dan diajar soal hadis berjabat tangan. Sesungguhnya perkara yang nampak kecil seperti 'Berjabat Tangan' ini pada pandangan kita, sebenarnya membawa erti dan nilai yang besar. Sebagai contoh, dengan berjabat tangan lah nabi menerima Bai'ah Kaum Ansar yang ingin melakukan taat setia kepada RasulAllah. Begitu juga dalam sejarah-sejarah Islam menjelaskan, berjabat tangan ini simboliknya kita bebas dari permusuhan dan pergaduhan. Malahan disebut RasulAllah, sunat kita mencium tangan orang yang lebih mulia seperti Ibubapa kita, ulama' dan guru.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن البراء قال قال رسول الله صلى اللهم عليه وسلم ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يفترقا
“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah”
(Riwayat Abu Daud)
TERKENA
Saat bersoal jawab tentang beberapa kemusykilan yang timbul daripada pengajaran tuan guru selepas selesai Isya' berjemaah, terdapat seorang pemuda yang duduk di satu penjuru dalam madrasah tersebut. Gayanya meminta derma ikhlas dari para jamaah yang hadir. Kelihatannya seperti 'Obesity'. "Ya, ternyata tekaan hati ini tidak meleset sama sekali". Si sahabat mendekatinya, dengan niat untuk memberikan derma seikhlas yang mampu. Satu not wang kertas bewarna merah dikeluarkan. "Abang, saya Ikhlas ni nak derma ni, ni je yang saya ada", dengan harapan tidak ditolak atas sebab muka kami sememangnya jelas menggambarkan students yang masih tidak bekerja. "Adik, terima kasih ya, duduk la sekejap sembang-sembang", buku ditangan sahabat saya diambil olehnya. "Dengarlah cerita abang ni, abang ada masalah, kena buat operation, kena pakai duit, abang nak pinjam kat adik RM 350.00 boleh?, lepas 4 minggu abang janji abang pulangkan balik" Satu ekspressi muka memujuk yang meyakinkan terpancar dari mukanya.
.............................................................................
"Akhi, enta betul ke nak guna duit PTPTN tu bagi dia pinjam?" Bukan niat saya pada masa itu untuk meragui tindakan sahabat saya tadi, tapi perkara tersebut berlaku secara mengejut, saya sangat yakin sahabat saya, (H) tadi tidak dapat menafsir rasional yang ada, mana awlawiyyatnya dek kerana ayat yang digunakan abang tadi agak mendesak dan seolah-olah desperate. Sangat mengenali sifat (H) yang mempunyai sifat yang mudah memberi dan percaya kefahaman marhalah ukhwah yang ada pada sahabat ini sewajarnya dikagumi."Enta fikir betul-betul, cuba tanya ayah enta, betul ke ayah enta kenal dia sebagaimana yang dia kata?" Bukannya apa, hidup di Kuala Lumpur, khuatir hanya sandiwara berbanding hakikat. "Ana pun ragu-ragu ni, rasa macam tersepit, Allah..ujian untuk ana ni".."takpa Akhi, kita hadapi apa yang mampu"..Wang seratus dah diberikan pada mulanya, kerana memang ada di dalam walet, saat pergi mencari ATM, baru terdetik keraguan dan seribu satu persoalan, keputusannya, RM 100.00 tadi di'burn'kan saja untuk di'derma'kan kepada abang tersebut.
MENCARI KEPASTIAN
Pentingnya menyelidiki 'sumber' berita.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat49:6)
Apa yang berlaku saya, ceritakan semula kepada kedua ibubapa tercinta. Pulang lewat ke rumah, pasti disoal siasat seperti baru melakukan 'jenayah' besar. Bersyukur, mendapat Ibubapa yang particular meskipun kadang kala hati turut menentang secara diam, tetapi sentiasa memilih untuk akur kerana percaya, "REDHA ALLAH PADA REDHA KEDUA IBUBAPA".
Sesudah tamat bercerita, kedua-duanya memberikan respon yang hampir sama. "Macam orang yang selalu nampak kat masjid duduk tepi tangga masjid kita ni je, mcm tu jugak" Yang menariknya, Ummi dan Abi boleh memberikan gambaran dan ciri-ciri fizikal yang sama dengan 'mamat' yang dibantu masa itu. "Dia ada kes kat kawasan ni, pengerusi masjid pun pernah tegur dia, pernah pak cik jaga tu marah abang tu sebab naik teksi tak bayar"..Gulp!..air liur ditelan, "larr, ea ke macam tu", "means ramai da taula pasal dia kat area ni". -n0 comment-
Terkesima, esoknya berbual dengan kawan-kawan sepermainan di masjid, mencari kepastian tentang si dia, "Betul ke dia duduk kampung Pandan, kanapa jumpa semalam kat Gombak?", "Betulke takda duit, kenapa tak mintak Baitulmal untuk bantu?" Macam-macam soalan timbul di benak fikiran masa tu. Sama ada baik mahu pun buruk niatnya, doa tetap di utuskan agar golangan seperti mereka yang ramai lagi sebenarnya dia KL ni sentiasa mendapat hidayah dan tak melakukan perkara yang bakal membawa mereka ke pintu neraka di kerana ujian hidup yang Allah berikan kepada mereka. Ketika berbual dengan Imam masjid, satu lagi kisah tentang lelaki ini dibongkarkan, "Ada yang bagi terus RM 450.00 kat dia baru-baru ni sebab percaya"..tertiba teringat percakapanya, "Cantik hanset adik ni, X6 ya?, ni kalau jual berapa ya?".."Eeerkk.."
Masing-masing dengan ujian yang tersendiri. Satu pengalaman, satu pengajaran, dan satu lagi kisah hidup yang bakal dicoretkan di dalam lembaran sejarah hidup untuk dijadikan memoir . Teruskan mencoret, keep writing dalam perjalanan hidup kita yang penuh liku, mehnah dan tribulasi ini, mudah-mudahan kita sentiasa belajar untuk menjadi dikalangan mereka yang terbaik amalannya.
WAllahua'alam
Ar-Rijalul Islah ©
0 pandangan sahabat-sahabat:
Post a Comment