Assalamu'alaikum semua..
Bismillahirrahmanirrahim..
DAI'E MAT REMPIT
Rentetan timbulnya isu 'Bersama mu', satu sandiwara yang dilakonkan untuk menagih simpati dari saya dan kawan saya, menyebabkan masa saya untuk balik ke rumah selepas 'Isya berjemaah di Madrasah Nurul Muttaqin 'drag' sehingga ke pukul 12.10 malam. Bunyi enjin motosikal Ex5 Honda Dream memecahkan kesunyian malam di Highway yang lurus dan panjang. Throttle motosikal itu dipulas sehingga ke akhirnya. Jarang mengambil keputusan untuk melanggar lampu isyarat yang ada di jalan, tetapi kali ini lain.
"Rasa macam mat rempit pulak dah.." bicara hati, kebetulan masa nak balik, sekumpulan penunggang motosikal yang jelas memaparkan skill-skil merempit berhenti di satu traffic light yang sama. Sedih melihatkan remaja-remaja sebaya yang tidak memanfaatkan masa muha mereka dengan perkara yang bermanfaat, malah sanggup meletakkan diri mereka di zon yang tidak selamat ibarat telur di hujung tanduk. Atas dasar niat yang murni untuk membimbing mereka 'geng bermotor' yang tersasar ini, Pemuda bersama DPPM mengadakan alternatif untuk mengadakan aktiviti untuk 'masuk' bersama mereka untuk dibimbing!
INGAT LIMA SEBELUM LIMA
Perasaan sedih tersebut bukan untuk terus dipendam dan terus melihat kehancuran mereka. Tetapi, timbul azam untuk terus mengajak mereka ke landasan yang pasti lurusnya. Famous saya kira, satu hadis yang disebut oleh Ibnu 'Abbas, RasuluLlah telah bersabda,
"Rebutlah lima sebelum lima perkara, mudamu sebelum tuamu, sihatmu sbelum sakitmu, kayamu sebelum matimu, masa lapangmu sebelum kamu sibuk" (Hadis Riwayat al-Hakim)
Dalam konteks kita sebagai pelajar dan mahasiswa, perkara inilah yang perlu kita sedar dan menjadikan pegangan hidup kita, bukan semata-mata untuk mendapatkan hidup yang lebih baik, tetapi agar kita tidak sesal di kemudian hari.
Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya "Kewajipan Pemuda Islam Hari Ini" ada menjelaskan antara ciri-ciri pemuda ialah:
1. Hidupnya sentiasa segar
2. Jiwa dan fikiranya sentiasa membara
3. Penuh dengan idealisme
4. Sarat dengan cita-cita
5. Memiliki kekuatan yang tinggi untuk memikul apa sahaja tanggungjawab
SAMAN OH SAMAN
Yang ni pengalaman baru saya, saat menghampiri 'EXIT' lebuhraya, tiba-tiba kereta beratur panjang, menimbulkan tanda tanya dan ragu-ragu, "termasuk lebuhraya DUKE ke?, rasa tak masuk Hulu Kelang tadi". Perjalanan di teruskan dengan menyelit di celah-celah kenderaan. Sampai ke satu kawasan, hanya satu jalan dibuka. "Alamak, road block". Masa tu, ligat berfikir dan rasa tak melakukan salah apa-apa pun. Setibanya menghampiri kawasan mereka lakukan 'pemeriksaan', kita yang rasa tak buat salah ni memberanikanlah diri memberi salam,"Assalamu'alaikum, nak check ya".
Mereka membalas dengan nada yang baik, lesen pun ditunjukkan, "oh, ok ni, adik road tax mana?". Motosikal tu di double standkan. "Ada kat bawah seat ni". Lepas bukak, tetiba.."Adik, da expired ni".."Huh?". Kantoi disitu, tak direnewed lagi rupanya. Patutla abang kedua saya meminjam Kriss 120 saya, then tukar dengan EX5 nya, tak renewed Insurans lagi rupanya."Saya saman lah ya adik".-pasrah-"ok". Sempat berborak dengannya tentang kerjaya seorang polis, kuota saman setiap anggota, dan ada jugak dia tanyakan tentang sambung 'degree' di mana.
MACAM-MACAM
Nilah pengalaman yang dapat, mungkin boleh ditimbang tara mana yang baik, mana yang boleh diambil iktibar dan pengajaran. Pengalamanlah yang mematangkan kita. Kalau kita tak turut sama merasai penderitaan sesetengah saudara kita di Palestin contohnya, mana mungkin kita tahu keperitan penderitaan mereka. Sentiasa belajar dan memberi tunjuk ajar. Mereka yang tidak punya apa-apa tidak boleh menyumbang apa-apa. Tarbiyah seorang Da'ie ada dimana-mana.
WAllahua'alam
Ar-Rijalul Islah ©
0 pandangan sahabat-sahabat:
Post a Comment