SERIOUSLY: "USRAH BUKAN UNTUK BUDAK MEDIC !!! "

SAYA TERKEJUT.. Dan saya mula berfikir panjang. Adakah idea yang disampaikan kepada saya ini idea yang perlu dipertimbangkan? atau idea yang perlu kepada penapisan? atau mungkin sedikit layanan untuk menyedapkan hati dan tanda meraikan..Saya masih berfikir, Benarkah aktiviti 'usrah' sedikit sebanyak merencatkan pembangunan mahasiswa dan mahasiswi khususnya bagi mereka yang bakal bergelar doktor?

Saya mengklasifikasikan idea yang ditujukan kepada saya ini menjadi dua isu utama atau pun persoalan:

Persoalan pertama ialah PELAJAR PERUBATAN
Persoalan kedua ialah MENGIKUTI USRAH.

Saya ajukan kedua-dua isu yang timbul ini kepada diri saya dan rakan-rakan mungkin.
Kita dan masyrakat amnya seringkali digembar-gemburkan dengan kesibukan rutin harian seorang doktor dan juga pelajar perubatan yang memerlukan daya konsentrasi yang tinggi.
Persoalan yang timbul pada benak fikiran saya ketika itu ialah adakah masyarakat kita khususnya digembar-gemburkan soal usrah, memahami secara holistik apa itu usrah, berfikiran terbuka dan rasional terhadap tujuan usrah dan ahdaf iaitu matlamatnya??

Justeru, kita andaikan mereka dan kita semua memahami dan sangat arif dgn usrah dengan alasan itu bukan bidang utama dan dengan alasan "kalau hendak mencari agama, bila-bila boleh, lepas tamat 6 tahun nak duduk bumi anbiya', nak tinggal mesir lama-lama pun boleh"..Saya terdiam. Mulut terkunci sekejap. Bukan disebabkan ramai yang menyokong hujah tersebut, tetapi saya berfikir. Muncul perasaan 'Tak sangka' di situ. 
Saya terkesima.

"Saya percaya, ada hujah-hujah yang kukuh yang bersama-sama saya, namun hujah yang ada untuk mencari kebenaran, bukan kemenangan.."

Kedua-dua persoalan yang saya lontarkan ke luar ini untuk saya berfikir, anda berfikir dan kita semua untuk cakna dalam berfikir.
Jawapannya pasti ada dan inilah 'assingment' sampingan yang perlu saya lunaskan apabila sampai disana kelak.
Mungkin ada pembaharuan yang perlu dijana.
Yang pasti, ia bukanlah faktor untuk futur dalam perjuangan.
Tidak ada yang mudah, semoga Allah Redha.

p/s: Idea ini baru sahaja terkeluar dan sampai kepada saya. Satu pandangan daripada masyarakat. Mungkin ada benarnya dan mungkin juga ada silapnya. Sama-sama kita analisis.

0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment