AKADEMI RAMADHAN KINI BERAKHIR

Saban tahun, kita didatangkan satu bulan yang di dalamnya dipenuhi keberkatan, nikmat dan pengampunan.
Ibarat satu akademi seperti pencarian Imam Muda atau Ustazah Pilihan mungkin. Allahu Akbar, "Tahniah buat semua peserta yang berjaya ke Final dalam Akademi Ramadhan episod 1433 H". Atau mungkin juga kita boleh ibaratkan sebuah Universiti terkemuka dunia yang terdapat di dalamnya jutaan mahasiswa dan mahasiswi yang inginkan kejayaan, "Selamat bergraduasi buat kesemua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Tarbiyah Ramadhan sesi 1433 H"..Sekali lagi program ini sampai ke penghujungnya kepada kita semua.

Kesedihan sedikit sebanyak terasa, takut-takut kita tidak menemuinya lagi. Perbagai persoalan boleh dilontarkan dek masak dengan lumrah kehidupan, pasti setiap yang bermula pasti ad akhirnya. Mungkinkah ini Ramadhan yang terakhir buat kita?
Saya teringat satu perkongsian yang dibuat oleh Saudara Hilal ketika memberikan ucapan soal 'Ke arah Doktor Bertaqwa' di UPM bulan lepas, disentuh pada permulaanya soal Ramadhan. Satu idea yang beliau keluarkan ialah soal kita janganlah menjadi Hamba Ramadhan dek kerana Ramadhan ini bulan yang hebat, tetapi jadilah seorang hamba yang konsisten yang tahu erti ramdhan, dan terus beribadah di bulan-bulan lain juga seperti di bulan Ramadhan ini.

"Jika kamu berpuasa kerana Ramadhan, 
maka ketahuilah bahawa Ramadhan itu bakal berakhir, 
tetapi jika kamu berpuasa kerana Allah, 
maka ketahuilah bahawa Allah itu kekal selama-lamanya" 

Inilah kata-kata yang masyhur yang diketengahkan oleh beberapa ulama' mengenai Ramadhan. Menurut kata-kata dari sahabt-sahabat saya, ia diambil daripada kata-kata Saidina Abu Bakar ketika mana ramai sahabat menangisi pemergian baginda Rasulallah SAW. Moga konsep yang sahih yang dipegang oleh golongan As-sabiqun al-Awwalun ini menjadi pegangan kita semua bersama.

Ramai golongan Cendekiawan Islam yang menggambarkan bulan ini sebagai 'BONUS'. Ini kerana kita dijanjikan dengan ganjaran pahala yang digandakan. Ya! Digandakan. Ibaratnya bayaran gaji kita di'double'kan atau pun lebih dari itu. Wow, siapa yang tak nak mungkin boleh dikategorikan sebagai RUGI.
Oleh yang demikian, suka untuk saya mengingakan diri yang hina ini, dan semua untuk sama-sama kita mengadakan koreksi diri, memuhasabah dan menghasilkan satu anjakkan paradigma bersama, InsyaAllah.

Antara Amalan yang perlu kita fikir-fikirkan..

Solat fardhu 5 waktu berjemaah cukup??

Baca Al-Quran ikhlas tak, dah Khatam??

Bicara sama orang sekeliling molek tak??

Tahajjud macam mana ea??

p/s: Moga-moga iman yang kita suburkan di bulan Ramadan ini tidak dibiarkan gersang begitu sahaja di bulan-bulan yang lain ini. Moga-moga kita terus beristiqamah dalam amal soleh dan berada dibawah naungan Allah pada hari yang mana tiada naungan yang lain selain dari naungan yang Alah sediakan.

0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment