PENGAKHIRAN ITU PERMULAAN

'talk by Dr Amalludin'

Saya belajar, hidup sebagai seorang yang bergelar manusia ini juga mempunyai kitaran kehidupan yang tersendiri. Bukan hanya proses pemecahan glucose daripada satu yang complex kepada yang teringkas itu sahaja yang mempunyai sistem kitaran yang tertentu iaitu yang lebih dikenali srbagai kreb cycle ataupun citric acid cycle, tetapi kita semua pun ada kitaran kehidupan yang dilalui. (hee, recall sekejap apa yang dipelajari di matrikulasi-bab 5 cellular respiration). Jadi, apa yang perlu kita aware ialah sistem kitaran ini pasti ada permulaan dan confirm-confirm akan ada penamatnya. Bolehlah kiranya kita menjustifikasikan bahawa kita hanya mempunyai satu peluang untuk melalui kitaran tersebut dan andai kita tersilap langkah, maka..TIADA SIARAN ULANGAN untuk kita.

Sama-sama kita laungkan Alhamdulillah, untuk mengidzharkan kesyukuran kita yang tidak terhingga atas segala nikmat yang tersangat lah banyak dan pasti kita tidak akan dapat menghitungnya. Ramai daripada kita hari ini mudah untuk memberikan respon dan pandangan tersendiri apabila disebutkan isu pembaziran, kebuluran dan isu-isu yang sewaktu dengannya. Namun, suka saya untuk tinggalkan soal bersyukur ini kepada kita semua bahawa sejauh mana kita bersyukur? dan sedalam mana kita menghayati falsafah bersyukur ini..lebih-lebih lagi dalam bulan semulia ini..Ramadhan (Selamat mencari lailatul qadr ya)

PROGRAM 7 MINGGU

Ya, rasa sangat lama tidak menaip dan melawat ke blog-blog sahabat. Cuma sempat mencambahkan idea-idea di dalam bulatan gembira bersama sahabat-sahabat. Mungkin ini satu latihan dan cabaran bagi saya untuk menguruskan masa dengan lebih efektif dan efisyen. Saya percaya, kelak apabila telah berkerjaya dan berkeluarga, pasti lebih banyak pembahagian masa yang perlu saya lakukan. Ini baru sedikit. Mungkin dengan hal yang sedikit ini dapat mematangkan saya. Moga-moga hendaknya.

Baik, Casenya cuma satu, saya ada program sepanjang percutian selepas matrikulasi ini ataupun dalam kata yang lain, kelas saya dah start lama dah kalau nak dicomparekan dengan sahabat-sahabat. Rasanya tidak ada kesedihan pun bila mula belajar awal ni, sebab saya minat. Bagi saya minat memainkan peranan penting disamping menjadi katalis. Cuma agak kecewa sebabnya, confirm-confirm saya tidak boleh menghadiri program-program yang disusun bersama-sam kawan-kawan sematrikulasi dan juga program-program kawasan saya. Mungkin inilah yang dikatakan pengorbanankan. Program 7 minggu ini ialah Program Premedical Studies, satu program persediaan untuk bergelar seorang mahasiswa perubatan.

To be continued..

0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment