"Entahlah", Saya akan mengaku sahaja andai ada yang menujukan kepada saya "Kamu budak baru belajar, apa kamu tahu!" sebab bagi saya, semua di antara kita akan mengalami proses P & P (Pembelajaran dan Pengajaran) dari masa ke masa, secara langsung ataupun secara tak sengaja,mungkin Oops..terbelajar!
Pendek katanya, 'BELAJAR' ialah satu perbuatan yang baik dan mulia. Ada pepatah yang menggalakkan seperti tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China dan pepatah arab pula berbunyi, "Tuntutlah Ilmu semenjak kamu dari buaiyan sehingga ke liang lahad (mati)".
"Ramai yang suruh KITA belajar sebab ni kot..."
Mungkin persoalan yang diajukan kepada saya bukan secara umum, mungkin khususnya berbunyi, "Awak baru belajar ber'BLOGGING' ke?? Disebabkan ini merupakan 'entry post' saya yang pertama, saya dengan berbesar hatinya ingin mengucapkan kepada diri saya "Selamat mencoret dan menaip".. Mudah-mudahan segala yang dicoretkan ini memberikan manfaat dan jauh dari mudharat kepada saya mahupun anda! Berbalik kepada soalan tadi, jawapannya ialah Tidak!
Banyak faktor yang menggalakkan saya untuk mula menaip semula. Antaranya, laman blog yang lama saya telah terlalu bersawang dan ada bahagian di dalamnya yang masih 'under construction'. Jadi saya ambil jalan pintas dengan membuka satu site blog baru sesuai dengan waqi' iaitu keadaan yang saya alami sekarang.
Bergelar pelajar perubatan bukan satu amanat yang boleh saya remeh-temehkan kerana saya yakin amanat ini bukan mudah, namun pasti ada kemudahan yang Allah sediakan bagi mereka yang yakin akan Allah bersama mereka setiap saat dan ketika.
"Motivasikan diri kita untuk belajar walaupun terpaksa dari 'zer0' @ 'merangkak'..saya sanggup untuk itu"
Mudah-mudahan perjalanan saya dalam menuntut ilmu perubatan dan menyampaikan ilmu ini dipermudahkan. Harapan saya, dengan wasilah yang ada ini, selari dengan perkembangan teknologi dan peredaran zaman yang pesat dalam era globalisai ini, saya dapat menjana kebaikkan yang banyak daripadanya, bukan hanya untuk dimanfaatkan ke atas diri saya sahaja, akan tetapi untuk mereka, teman-teman dan sesiapa sahaja yang cintakan ilmu pengetahuan. Moga Allah Reda.
Saya akhiri warkah pertama saya dengan pantun yang sebati dengan kita semenjak kita semua kecil lagi, sama-sama kita hayati maknanya..^^
Buah cempedak di luar pagar;
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
p/s: Walaupun kita baru belajar, jangan kita jadikan ia alasan bila disoal ya, cuba elakkan dan tunjukan yang kita MAMPU kuasai ilmu baru tersebut, menurut pandangan tokoh-tokoh besar, mereka yang mempunyai self-estim yang tinggi lebih cendurung untuk suksess..percaya pada diri !!!
0 pandangan sahabat-sahabat:
Post a Comment