Kalau waktu kecil-kecil dahulu, bila ditanya mengenai hobi,
saya membisu. Tidak tahu apakah istilah itu wujud di dalam kamus hidup saya
kerana kebiasaannya, hobi berkaitan sesuatu yang unik, yang biasanya dilakukan
pada waktu-waktu lapang
Hari ini, bila ditanya tentang hobi, mungkin sudah ada
jawapannya. Ya, hobi saya adalah menulis blog, walaupun sebenarnya agak sukar
mencari masa untuk mencoret idea dan isi hati yang ada. Dalam erti kata yang
lain, jika orang lain mempunyai hobi sanggup mengeluarkan ribuan ringgit untuk
kepuasan diri sendiri semata-mata, saya pula sekadar mengeluarkan beberapa
modal untuk tatapan rakan-rakan serta sahabat.
Walau apapun, menulis blog ini merupakan 'Hiwayatud Dakwah'
(Hobi Dakwah). Hobi dakwah ini banyak, menerbitkan risalah, melibatkan
diri dalam aktiviti masyarakat, semua ini tergolong dalam Amal
Islami. Bila kita bercerita tentang Islam, skopnya tersangatlah luas
dan janganlah kita yang menjumudkannya
PENULISAN CERMIN PENULISNYA
Penulisan menceritakan tentang penulis, itulah psikologi
mudah yang kita pelajari sejak dari bangku sekolah. Subjek "Critical
Thinking" yang dipelajari di kampus juga mengakui prinsip psikologi yang
cukup simplistik itu. Maka tidak hairanlah jika sesuatu blog itu mempunyai
pengikut beribu-ribu, klasifikasi wanita lebih tinggi dari lelaki atau blog itu
memfokuskan kepada tajuk-tajuk yang sama setiap kali. Pasti pembaca boleh
mengagak sesuatu.
Atas dasar itu, adab-adab penulisan seharusnya dijaga, tidak
terlalu emosional, apatah lagi menggunakan kata-kata yang agak tidak sesuai di
pamerkan dalam alam maya ini. Kalau penulisannya berbahasa inggeris,
mungkin orangnya 'stylish', kalau penulisannya tersusun atau 'skema' mungkin
mereka ini adalah orang-orang yang berprinsip dan ada matlamat, jika
penulisannya 'rojak', mungkin dia adalah seorang periang dan ceria.
Nabi SAW pernah mengingatkan umatnya agar tidak melakukan
dosa secara terang-terangan. Bahkan kehancuran sesuatu ummah juga adalah
daripada asbab dosa yang terbuka ini. Kerana itulah, ia menjadi lebih serius
apabila blog juga merupakan sebahagian tempat untuk menulis maksiat
1. Membuka keaiban orang lain tanpa tujuan menegakkan
kebenaran.
2. Meletakkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat serta
memperlihatkan maksiat seperti berpacaran, berpelukan dan sebagainya.
3. Menyebarkan fitnah yang menyebabkan air muka individu yang
soleh tercemar.
4. Meletakkan simbol-simbol yang menyamai tanda sesuatu kaum
yang dilaknat Allah Taala.
5. Menyebarkan berita-berita dan pengumuman yang mampu mendekatkan
masyarakat kepada maksiat.
Mungkin memang banyak blog-blog sebegini rupa, bahkan ada
sahaja blog-blog yang menyebarkan fahaman sesat yang mampu merosakkan aqidah.
Walau bagaimanapun, mana ada amalan yang benar-benar bersih tanpa kawalan,
sedangkan solat itu pun ada syarat-syarat untuk memastikan amalannya di terima Allah!
BLOG DAN THAQAFAH
Kita boleh nilai blog-blog sahabat yang ada, terasa beza thaqafah
Islam antara kami. Penulisan saya pun tidaklah setaraf ustaz untuk bersyara.
Nak dibandingkan blog ini dengan zaharuddin.net dan iluvislam. com memang jauh
sekali. Apatah lagi nak dibandingkan dengan blog-blog
pemimpin-pemimpin negara sama ada dari Pakatan atau Barisan.
Blog ini adalah sekadar picisan dari seorang mahasiswa
sebenarnya. Berazam untuk jadi yang terbaik, tetapi tempoh masa yang tinggal
dalam 2 minggu lagi ini, tidak memungkin saya boleh setanding dengan
sahabat-sahabat di dalam mana-mana NGO yang ada.
Walaupun begitu, penulisan demi penulisan sebenarnya
memberikan kematangan. Pendedahan ekslusif mengenai bajet negara, program transformasi
ekonomi (ETP), dan lain-lain kegiatan yang berkait dengan isu kenegaraan
melahirkan individu yang cakna dengan pembangunan negara!
(~_^) Renung-renungkan dan selamat beramal!
0 pandangan sahabat-sahabat:
Post a Comment