"NAK HIJRAH KE MANA BANG..?"


"Siapa yang nak jadi orang yang berwawasan?"..Jawapan adik-adik kecil saya ni menjawab, "Kami nak jadi mereka yang berwawasan!"..walaupun saya tahu yang mereka pun tidak pasti apa itu wawasan..Jadi apalagi, "Jom sama-sama kita berhijrah".."Nak berhijrah ke mana bang".."Haha, berhijrah jadi lebih baik la dik..".."Bila??".."Sekarang, mula dengan niat dan azam..Lepas tu Jom Ikut abang pergi masjid.. Kita solat jemaah ok"..dalam hati membisik.."Dik, nak tau tak..Hijrah ni menuntut pengorbanan..baru kita hidup aman sentosa.."..Dalam hati mengusik, macam lagu Nasyid kumpulan In Team je..'Hijrah satu wawasan'..

Ya, Hijrah menuntut Pengorbanan!

Pengorbanan atau dalam Bahasa Arabnya disebut 'Tadhiyyah'. Saya lebih suka mengertikan tadhiyyah ini sebagaimana Imam Hassan Albanna katakan, iaitu kita mewakafkan diri, harta, waktu dan kehidupan seluruhnya untuk mencapai matlamat. Jika kita ingin mendapatkan pointer kita 4.0, maka kita menggunakan secara optimum akan apa yang kita perolehi untuk mencapai target kita tadi. Betul tak rakan-rakan. Apa yang kita perlu Jelas, tiada Jihad tanpa pengorbanan.

Bagi saya, konsep pengorbanan ini mudah..
Dengan tadhiyyahlah akan tergeraknya jihad dan dengan jihad akan tergeraknya dakwah dan dengan dakwah pasti akan tegeraknya ISLAM.
Maka, dengan konsep sebegini, kita akan faham bahawa tadhiyyah itu sangat penting.
Rasululllah  s.a.w. dan para sahabat bekorban (tadhiyah) dengan sepenuh kehidupan mereka tanpa kurang sedikit pun sehingga memberi kesan ISLAM sampai kepada kita hari ini dan kita mampu berdiri atas syahadah benar. Sebab itulah, tadhiyyah ini sangat dituntut dan ia juga adalah sunnah Rasulallah..
Jom kita laksanakan sunnah..
Perjuangan Islam bukan mudah..!

Suka saya untuk mengajak kita melihat pengorbanan mereka yang memperjuangkan Islam seperti Ikhwan Muslimim. Bukan mudah sehingga baru-baru ini baru mereka dapat memegang tampuk pimpinan di Mesir.  Pada tahun 1924, saya kira satu kabar duka buat umat Islam apabila runtuhnya Khilafah Islamiyyah. Bukan dengan kejatuhan itu sahaja, negara Islam turut diratah satu demi satu oleh musuh-musuh Allah. Kemudian pada tahun 1928, Hassan Al-Banna telah memulakan usaha untuk mengembalikan keagungan Islam dengan menubuhkan jamaah Islam Ikhwanul Muslimin. Satu demi satu cabaran mereka menerima dengan bantuan Allah. Hassan Al Banna turut mengajak umat Islam kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

Dengan tarbiyah dan dakwah yang berhikmah, pengikutnya semakin hari semakin ramai. Namun kerajaan mesir yang tidak senang dengan dakwahnya lantas mengharamkan Ikhwan. Imam Hassan Al Banna dibunuh pada tahun 1949. Sejak Ikwan dituduh sebagai kumpulan pelampau dan pengganas, Ramai pengikutnya yang ditangkap, dipenjara dan tidak kurang yang disiksa. Ada juga yang dijatuhi hukuman mati. Namun pasti, Allah tidak akan membiarkan perjuangan Islam mati bersama matiya pendokong-pendokongnya. Pada tahun 1951, Syed Qutb mewarisi perjuangan Ikhwan Muslimin. Beliau juga turut dikenakan pelbagai tekanan.

Memasuki penjara berulang kali dan akhirnya pada tahun 1966 Syed Qutb menghembuskan nafasnya yang terakhir di tali gantung. Tekanan ke atas Ikhwan terus diperhebat. Selama 80 tahu lebih rakyat mesir didoktrin bahawa Ikhwan adalah pelampau dan pengganas. 
Kini pada tahu 2012, rakyat Mesir bijak, Mubarak GAGAL mengekalkan doktrin lama tentang Ikhwan. Hari ini rakyat Mesir memilih seorang Hafiz Al-Quran yang mewarisi perjuangan Hassan Al Banna sebagai presiden mereka. Syabas warga Mesir.. Tahniah kepada Dr Muhammad Mursy..


‎Saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Presiden baru Mesir ini iaitu "Taatilah saya selagimana saya mentaati Allah..".. "Tanpa darah para syuhada, tidaklah saya akan menjadi Presiden".."Kebangkitan ini berterusan sehinggalah ia memenuhi semua tuntutan Medan Tahrir".."Penghargaan buat tentera dan polis, mereka mempunyai tempat istimewa di dalam hati saya".."Kini semua lapisan rakyat diseluruh negara adalah kaum keluarga saya".."Bersama kita membina Mesir sebagai sebuah negara berperlembagaan yang moden, berteraskan identiti dan rujukan kita sendiri"..dan yang terakhir.."Tiada lagi ketidakadilan selepas hari ini, semua pihak adalah sama disisi undang-undang"..Hebat..BAgi saya kata-kata seorang pemimpin Islam yang memahami prinsip-prinsip perjuangan Islam.

Baiklah, oleh yang demikian ketahuilah bahawa harga sebuah perjuangan adalah pengorbanan. Inilah yang membezakan siapakah sebenar-benarnya pejuang dan siapakah pula yang dikatakan petualang dan munafik dalam sebuah perjuangan. Maka demi sebuah perjuangan ini, para pejuang sanggup berkorban barang yang sementara kerana meyakini janji dan kurnia Allah yang kekal abadi di sana atas setiap apa yang dikorbankannya.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh.


(balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? 


oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.                                                           (At-Taubah:111)



Moga kita semua tahu erti dan nilai pengorbanan.
Saya doakan semua umat Islam hari ini berada dalam perjuangan yang sebenar.
0k, saya nak bawak adik-adik yang saya nak tarbiyah menjadi dai'e kecil ni jalan-jalan..
Jumpa lagi..!

0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment