BASAHKAN HATI DENGAN IKHLAS

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." ( Surah Az-Zumar 39: Ayat 2)

TAK PERLU TAKUT

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]

MENJADI RENDAH ?

Dalam dunia ini, ada yang tingg dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya. Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia.

DUNIA HANYA SEBENTAR

Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia daripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunia ini benar-benar merupakan godaan dan penghalang paling besar yang akhirnya mnyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga.

SEKADAR MANUSIA BIASAKAH KITA?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'" [Surah Fussilat, 41:33]

USTAZ FADZIL DALAM KENANGAN


Latar belakang keluarga


Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.



Takdir ilahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini telah memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.

Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga menjadikan beliau pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.

CERITA TIMUR TENGAH: RANCANGAN 100 HARI PRESIDEN


Hmm..jauh cerita ni dari timur tengah.. Pertamanya dan selamanya marilah kita merafa'kan rasa syukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan oleh-Nya hari ini.
Baik, melihat kepada fenomena kemenangan Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursy,  Manifesto negara berkebajikan Mesir yang perlu ditunaikan kepada masyarakat Mesir ialah rancangan 100 hari yang telah disusun oleh Presiden tersebut.



Ada lima aspek yang ditekankan oleh Dr Mursy iaitu dari sudut Keamanan, Lalu lintas, Kebersihan, Roti dan juga Bahan Bakar. Inilah apa yang rakyat mesir mahukan setelah mereka dicemarkan dibawah pemerintahan Mubarak. Banadaraya yang tersusun lalu lintasnya, negara yang aman, besih, dan cantik sebagaimana suatu masa dahulu dan pelbagai penambahbaikkan daripada pemimpin mereka yang baru dipilih ini. Bukan itu sahaja, rakyat juga mahukan penjagaan dan pembiayaan makanan asasi, kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan. Rakyat juga mahukan kekayaan bumi seperti bahan bakar dapat dirasai dan tidak perlupun dibeli!


Berikut adalah rancangan-rancangan yang disusun untuk 100 hari, semoga berjaya dengan izin Allah..






Selamat meneliti..

"NAK HIJRAH KE MANA BANG..?"


"Siapa yang nak jadi orang yang berwawasan?"..Jawapan adik-adik kecil saya ni menjawab, "Kami nak jadi mereka yang berwawasan!"..walaupun saya tahu yang mereka pun tidak pasti apa itu wawasan..Jadi apalagi, "Jom sama-sama kita berhijrah".."Nak berhijrah ke mana bang".."Haha, berhijrah jadi lebih baik la dik..".."Bila??".."Sekarang, mula dengan niat dan azam..Lepas tu Jom Ikut abang pergi masjid.. Kita solat jemaah ok"..dalam hati membisik.."Dik, nak tau tak..Hijrah ni menuntut pengorbanan..baru kita hidup aman sentosa.."..Dalam hati mengusik, macam lagu Nasyid kumpulan In Team je..'Hijrah satu wawasan'..

Ya, Hijrah menuntut Pengorbanan!

Pengorbanan atau dalam Bahasa Arabnya disebut 'Tadhiyyah'. Saya lebih suka mengertikan tadhiyyah ini sebagaimana Imam Hassan Albanna katakan, iaitu kita mewakafkan diri, harta, waktu dan kehidupan seluruhnya untuk mencapai matlamat. Jika kita ingin mendapatkan pointer kita 4.0, maka kita menggunakan secara optimum akan apa yang kita perolehi untuk mencapai target kita tadi. Betul tak rakan-rakan. Apa yang kita perlu Jelas, tiada Jihad tanpa pengorbanan.

Bagi saya, konsep pengorbanan ini mudah..
Dengan tadhiyyahlah akan tergeraknya jihad dan dengan jihad akan tergeraknya dakwah dan dengan dakwah pasti akan tegeraknya ISLAM.
Maka, dengan konsep sebegini, kita akan faham bahawa tadhiyyah itu sangat penting.
Rasululllah  s.a.w. dan para sahabat bekorban (tadhiyah) dengan sepenuh kehidupan mereka tanpa kurang sedikit pun sehingga memberi kesan ISLAM sampai kepada kita hari ini dan kita mampu berdiri atas syahadah benar. Sebab itulah, tadhiyyah ini sangat dituntut dan ia juga adalah sunnah Rasulallah..
Jom kita laksanakan sunnah..

TULIS BLOG PUN DI KIRA AMAL ISLAMI?


Kalau waktu kecil-kecil dahulu, bila ditanya mengenai hobi, saya membisu. Tidak tahu apakah istilah itu wujud di dalam kamus hidup saya kerana kebiasaannya, hobi berkaitan sesuatu yang unik, yang biasanya dilakukan pada waktu-waktu lapang

Hari ini, bila ditanya tentang hobi, mungkin sudah ada jawapannya. Ya, hobi saya adalah menulis blog, walaupun sebenarnya agak sukar mencari masa untuk mencoret idea dan isi hati yang ada. Dalam erti kata yang lain, jika orang lain mempunyai hobi sanggup mengeluarkan ribuan ringgit untuk kepuasan diri sendiri semata-mata, saya pula sekadar mengeluarkan beberapa modal untuk tatapan rakan-rakan serta sahabat.

Walau apapun, menulis blog ini merupakan 'Hiwayatud Dakwah' (Hobi Dakwah). Hobi dakwah ini banyak, menerbitkan risalah, melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat, semua ini tergolong dalam Amal Islami. Bila kita bercerita tentang Islam, skopnya tersangatlah luas dan janganlah kita yang menjumudkannya

LELAKI MEMAKAI CINCIN..BOLEH KER DER..?

Hukum memakai cincin emas

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:”Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.”(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Ibnu Majah menambah: “Halal buat orang-orang perempuan”.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjVsJLXC7lYrH_IDCHeyWcrHu7XFZkG3OwGM9vXlxPPQetZBFG4GN5lqOsvpd5sIHJ5nGyUVVLMwxZ9GIEVRjLtrDMVOe4ytTS4_RhoGNzkzLdhPcxfJaO6uNCyzjhERZgalwf5181kqd-/s400/r1.jpg

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.Kemudian beliau bersabda:”Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.”(Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Hukum memakai cincin perak

Lelaki tidak dilarang memakai cincin Perak kerana Nabi pernah memakainya. Anas ra, berkata :-

لما أراد النبي صلى الله عليه وسلم أن يكتب إلى الروم قيل له إنهم لا يقرءون كتابا إلا أن يكون مختوما فاتخذ خاتما من فضة فكأني أنظر إلى بياضه في يده ونقش فيه محمد رسول الله
“Tatkala Nabi ingin menulis surat kepada orang Rom. beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada chop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah” [Hadith Riwayat Bukhari #5537, Muslim #2029].

Menurut Ibn Taimiyah ra. :-


أما خاتم الفضة فيباح باتفاق اللأئمة فإنه قد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه اتخذ خاتما من فضة ، وأن أصحابه اتخذوا خواتيم ، بخلاف خاتم الذهب فإنها حرام باتفاق الأئمة الأربعة ؛
“Bagi cincin Perak, adalah dibenarkan menurut sepakat Imam-Imam, kerana sesungguhnya ia sahih datang dari riwayat bahawa Nabi memiliki cincin Perak, dan sesungguhnya para sahabatnya juga memakai cincin. Ini berbeza dengan Emas, yang diharamkan oleh sepakat Imam-Imam yang empat”[Majmu' Fataawa 25/63-65].

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum. Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’ dan nombor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan “ductile”. Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius.Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning.

http://emaskini.com/wp-content/uploads/2010/02/cincin-emas-putih.gif

White Golds: What are they?

What are ‘white golds’? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold.

Juga disebut bahawa :-”White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats.”

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu HARAM buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Bagaimana dengan Platinum?

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan,”Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nombor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapat dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan makmal, gigi, dan peralatan mengawal pembebasan asap kenderaan.”Jelas daripada penjelasan ini, bahawa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Hukum Memakai Cincin Suasa

Apa yang saya ketahui hukum mekai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain.Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:”Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak.”

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :”Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”

Untuk mengelakkan jatuh dalam perkara syubhah melalui pendapat ulamak yang mengatakan makruh dan ada yang mengatakan haram. Eloklah dijauhi memakai suasa.

Kesimpulannya, halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak (Silver) bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Wallahua’lam..