BASAHKAN HATI DENGAN IKHLAS

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." ( Surah Az-Zumar 39: Ayat 2)

TAK PERLU TAKUT

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]

MENJADI RENDAH ?

Dalam dunia ini, ada yang tingg dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya. Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia.

DUNIA HANYA SEBENTAR

Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia daripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunia ini benar-benar merupakan godaan dan penghalang paling besar yang akhirnya mnyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga.

SEKADAR MANUSIA BIASAKAH KITA?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'" [Surah Fussilat, 41:33]

Showing posts with label LUAHAN HATI. Show all posts
Showing posts with label LUAHAN HATI. Show all posts

Hidup Ini Senang..Taaaaakk..!


Hidup ini senang..Taaaaak..! Hidupni senanglaa..Taaak..! Senang..TAK!

Amboi.. Hati ni berkeras kata hidup ni susah. Bukan sekali dua hati ni bertegas kata 'tak', tapi setiap kali minta ini cuba mempositifkan fikiran.
"Hidup ni senanglah, apa yang susah? Kan Allah ada bersama kita. Allah sentiasa bersama-sama kita la hati"
Tiada respon untuk seketika. Mungkin menganalisi dan berfikir hakikat yang sememangnya tak boleh disangkal lagi. Huuuh..

AlhamdulilLah, masih dapat mempositifkan diri dan jiwa. Sahabt-sahabat apa kabar? Sihat Iman? bagaimana dengan perjuang setakat ini.. Berasa lemah? urm, relak dulu ya..Jangan mudah mengalah taw. Kena kuat  sebab kita lah HARAPAN yang ada :) Think all positive.. Saya teringat kisah '3 idiot', satu filem hindi yang cukup digemari rata-rata sahabat matrikulasi saya, gara-gara dia bertindak positif dalam hidupnya, hanya dengan yakin dengan ucapan 'All Iz Well', semua menjadi baik, elok, selamat dan seolah-olah keajaiban berlaku. Yakin kita juga boleh, tengok, penat saya nak yakinkan yang hidup ini senang dengan pengawasan Allah, yang dekat dengan hambanya.

Sahabat-sahabat semua, Janganlah kita berasa lemah. Tatkala hati-hati yang ingin kita ajak ke arah kebaikan menolak ajakan kita. Ingatlah..Hidayah itu milik Allah. Dia akan memberi kepada siapa yang dikehendaki yakni hamba-hamba yang terpilih, yang berusaha mencari cahaya-Nya. Jangan lekas kecewa dan putus asa. Tugas kita hanya menyeru dan tiap usaha kita yang banyak mahupun sedikit ada nilainya di sisi Pencipta (sekiranya hati ikhlas kerana-Nya).
Wahai kawan... Jangan kita berasa lemah. Tatkala kita mewakafkan diri untuk agama ini dan memilih untuk hidup di jalan Allah, maka pasti..kita harus bersedia untuk mengharungi liku-likunya. Kau harus tahu jalannya itu licin, curam dan berduri. Terluka itu biasa dan harus kita terima.
Wahai sahabat... Jangan sesekali kita berasa lemah. Meskipun dalam hati terasa berat saat melalui jalan ini. Sukar dan melelahkan. Banyak yang perlu dikorbankan (terutamanya keinginan hawa nafsu). Namun, harus kita tahu dan yakin bahawa ada bahagia di Sana. Bahagia yang tidak akan dirasai oleh mereka yang ingin hidup biasa-biasa saja. Ada keindahan yang tidak mungkin ditemukan jika memilih untuk hidup untuk dunia semata-mata. Kebahagian dan keindahan itu boleh sekali diraih bila hati ini, kita dekatkan dengan Pencipta. Keperitan, kesakitan dan kelelahan seolah-olah 'terbius' oleh kecintaan kepada-Nya.
Wahai sahabat... Andai kau berasa lemah itu bukan salahmu kerana kita hanyalah manusia biasa. Kerana itu Allah S.W.T telah memotivasikan kita, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. [Ali-Imran 3:139]
Ingatlah, di penghujung hayat kita akan kembali kepada-Nya dan jalan ini satu-satunya jalan selamat untuk bertemu dengan-Nya..
Sesekali terjatuh itu biasa. Tetapi jangan jatuh hingga tak bangun-bangun, itu parah. Hakikatnya nasihat ini untuk DIRIKU DAN DIRIMU SAHABATKU . Aku tidak ingin selamanya berasa lemah. Aku harus bangkit dan bersemangat sentiasa. Sungguh, motivasi yang paling penting bermula dari dalam diri.
Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat Belas-Lasihan akan hamba-hamba-Nya. [al-Baqarah 2:207]
Kuatlah sahabatku...KITA DIPERTEMUKAN UNTUK SALING MELENGKAPI DI JALANYA..
UHIBBUKUM FILLAH!

REDA DENGAN NIKMAT TANDA TAQWA KEPADA ALLAH, ADIK-BERADIK

                                                          
Menurut kepada saidina Ali KarramAllahu Wajhah, beliau menyifatkan taqwa itu kepada lima perkara. Antaranya ialah mensyukuri dan reda dengan pemberian yang dikurniakan kepada tidak kiralah kita ini berpangkat sebesar gunung uhud mahupun hanya sekecil butiran pasir di pantai. Alik mana sekalipun posisi kita ini dalam kehidupan, kita masih tetap kene bersyukur. Allah pernah berfirman dalam Al-quran; sekiranya kamu ingin mengira nikmat yang aku limpahkan kepada kamu, nescaya kamu takkan mampu untuk menghitungnya(La Tuhsuha). Saya kira sebenarnya kita ini sentiasa menerima nikmat daripada Allah yang bersifat Ar-rahman kepada seluruh makhluk ciptaannya.



Saya terfikir, betapa bersyukurnya saya atas kehidupan saya ini, meskipun selama 17 tahun saya tidak pernah pulang kekampung sebenar kerana seab-ebab tertentu, tetapi saya masih ada rumah untu menjadi tempat berteduh di waktu hujan dan panas, ribut dan sebagai. Adakalanya kita kene bersangka baik iaitu husnudzan, mungkin ada hikmahnya sesuatukekurangan yang ada pada dirikita ini. Andaikata saya ini seorang yang kaya, walaupun baru berumur 17 tahun tetapi dipenuhi dengan berbagai kemewahan tetapi mungkin juga Allah telah set sesuatu kekurangan kepada kita daripada sudut yang lain sama ada berbentuk sakit, kurangnya kasih sayang dan bermacam hal lagi yang sememangnya kita harapkan tidak berlaku.


Apa yang boleh saya kongsi pada kali ini ialah besarnya nikmat beradik-beradik. Saya mempunyai 4 orang adik-beradik. Walaupun saiz keluarga tidaklah berapa besar jika dibandingkan dengan saiz sahabat-sahabat yang lain, tetapi saya bersyukur dengan adanya adik-beradik itu membuatkan saya banyak berfikir mengenai stail berkeluarga ataupun halawah dalam berusrah iaitu kemanisan dalam berkeluarga.

Pentingnya institusi keluarga ini dapat dibuktikan dengan kadar peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja yang antara faktor penryebabnya ialah institusi kekeluargaan. Kerana apa? kerana institusi kekeluargaan ini menjadi pusat pentarbiyahan anak-anak sebelum melonjak dewasa. Sebab itulah RasulAllah begitu menekankan pembinaan institusi kekeluargaan yang cemerlang dari sudut rumah tangga hinggalah anak-anak.

Nikmat beradik-beradik ini dapat saya rasai apabila kami ini mamapu untuk mewujudkan biah solehah yang mantap sepanjang kami bersama. Nikmat ini turut dapat dirasai apabila adanya kesatuan fikrah berlandaskan syariah yang yang diajarkan RasulAllah iaitu wehdatul fikrah yang membawa kepada wehdatul amal iaitu kesatuan dalam pekerjaan. Jadi tak hairanlahkan kalau ada diantara perwatakkan kami yang mungkin sama atau minat dan kecenderungan kami ini sama. Tanzim yang ada dalam kekeluargaan ini secara tidak lansung melati saya dalam menyelesaikan masalah-masalah diluar dan dalam memimpin diri mahupun sekolah.



Demikianlah saya kira betapa besarnya nikmat mempunyai adik-beradik. Saya bersyukur kerana dianugerahkan dua orang abang dan seorang adik perempuan yang menjadi  sebahagian tanggungjawab dan jemaah dalam menjadi waqafan di muka bumi Allah ini..Allhamdulilah..

BILA AIR MATA SEORANG IBU GUGUR KERANA ANAKNYA

Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, mungkin kerna ibu itu merasa bangga dengan pencapaian anaknya, atau mungkin juga ibu itu terkilan dengan sikap seorang anak..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, mempamerkan rasa kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, atau mungkin juga menunjukkan rasa benci yang tinggi kerna anaknya itu..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, jauh di sudut orang disekelilingnya dalam sanubari mereka merasa sebak atau mungkin juga merasa geram..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, mungkin anaknya akan berasa sedih lantas sujud tanda kesyukuran kepada illahi atau mungkin juga si anak itu tidak terkesan sedikit pun pada sanubarinya..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, pasti akan menimbulkan seribu persoalan dan pertanyaan di benak pemikiran sesiapa yang dapat merasai auranya atau mungkin bakal menjawab beberapa persoalan yang sukar untuk mendapat jawapannya dimana-mana..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, hakikatnya air mata seorang ibu itu kepada anaknya seolah-oleh batu permata yang berkilauan sama ada seorang anak itu dapat menilai sama ada permata itu hanya kaca..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, berubahlah si anak kerna betapa besarnya kesilapan dan kesalahan kita tidak akan terkesan dengan bermadah mahupun kata-kata berbunga apatah lagi harta setinggi gunung uhud..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, pasti setiap perbuatan kita meninggalkan kesan ibarat satu paku yang diketuk di dinding, bila dicabut pasti meninggalkan petanda dinding itu pernah disakiti..
apatah lagi jika dinding ialah sebuah hati yang penampalnya adalah kasih sayang dan satu anjakkan paradigma yang baik yang dapat merubah segala-galanya..
Apatah lagi hati itu milik seeorang insan yang bergelar itu yang ssanggup berdiri untuk solat hajat untuk kita, mendoakan kita, menyediakan keperluan kepada kita..
Ingatlah, peristiwa pada tarikh 1 Syawal ini bakal menjadi bukti dan saksi di akhirat nanti sama ada anda seorang yang berjaya atau tidak dan mungkin penentu keberkatan dalam perjalanan si anak pada masa hadapan..


Ketahuilah, hidup di dunia ini ibarat perjalanan seorang pemusafir di tengah-tengah padang pasir yang kering dan terik kemudiannya si pemusafir berteduh seketika di bawah sepohon pokok yang renda untuk bereehat seketika dan bakal menyanbung semula perjalanannya setelah berehat..Hidup di dunia ini ibarat persinggahan si pemusafir di bawah pohon itu dan kitalah si pemusafir itu yang mungkin akan hanyut dengan nikmat yang sementara dibawah pohon itu atau mungkin dapat mencapai nikmatr yang hakiki disana bersama-sama orang yang berjaya..
Coretan ini dan peristiwa malam ini akan disematkan dan memjadi memoir untuk merperbaiki kehidupan  penulis dan mungkin orang lain pada masa hadapan..Yang pasti penulis akan cuba, paling tidak cuba sehingga berjaya untuk berubah dengan menegakkan dasar-dasar islam yang diajarkan oleh Baginda Muhammad S.A.W RasulAllah yang diutuskan untuk membawa rahmat keseekelian alam dalam membina biah solehah dalam keluarga agar mencapai thaqafah "usrati a'ilatii"..INSAF DAN BERUBAHLAH SEBELUM TERLAMBAT...




MESSAGE FROM IBLIS FOR BELOVED



Isi kandungan surat tersebut ialah :


Aku melihatmu kelmarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isyak sebelum berangkat ketempat tidurmu Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu. Hai Bodoh, Kamu milikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum boleh benar-benar mencintaimu . Malah aku masih membencimu, karana aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rancangan-rancangan untukmu dihari depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita boleh bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH Aku benar-benar berterima kasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa-masa yang kita jalani Kita menonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, mengumpat orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua , Tidak menghargai Masjid dan berperilaku buruk. TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. 

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya. Aku masih memiliki rancangan-rancangan hangat untuk kita. Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu. Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku mengtertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa. Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah seegois mungkin. Lakukan semua ini di depan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak . 

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit. Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Hanya saja kau harus menjadi orang bodoh yang lebih baik di mata ALLAH. Catatan : Jika kau benar-benar menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini kepada siapapun.


KEMBARA ILMU..MENYELUSURI PENCARIAN ANTARA HAK DAN BATIL

Salam semua...hmm, sekejap betu rasanya hidup ni..ada yang mengatakan hidup kita ini ibarat masa diantara azan dan iqamat.Tetapi hakikatnya masih sama dan tidak berubah, masa tetap berlalu dengan kadar yang sama, cuma kita lah yang menetapkan pekerjaan yang perlu diselarikan dengan masa yuang diperuntukkan itu.
Sabda Rasulallah bermaksud: Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotong masa itu, maka masa itu kan memotong kamu..

Allah juga bersumpah dengan masa didalam surah walasr'..k lah maaf ea rujuk sendiri sebaba masa saya suntuk..

Sebenarnya yang dapat saya katakan ialah kita perlu mengejar masa tersebut dalam hidup kita. Oleh sebab itu, besarlah harapan saya sekiranya sahabat-sahabat yanag membaca dapat mendoakan kebaiakan kita bersama didunia dan diakhirat..Lebih-lebih lagi bagi ujian yang agak besare pada tahun ini iaitu SPM...Saya akan sentiasa mendoakan antum sahabat-sahabat saya agar sama-sama dapat menempuh hidup ini dengan benar-benar dapat memisahkan antara hak dan batil..

Dikesempatan ini juga, saya ingin  mengucapkan selamat masuk ke bulan REJAB..dan semoga kita ditemukan dengan RAMADHAN yang kita impikan...Wassalam...

TIDAK ISTIQAMAH, SALAH SIAPA?


Ma'asyiral muslimin rakhimahullah!Hati adalah sumber kebaikan dan keburukan seseorang. Bila hati penuh dengan ketaatan kepada Allah, maka perilaku seseorang akan penuh dengan kebaikan. Sebaliknya, bila hati penuh dengan syahwat dan hawa nafsu, maka yang akan muncul dalam perilaku adalah keburukan dan kemaksiatan.


Keburukan dan kemaksiatan ini akan datang karana hati seseorang dalam keadaan lengah dan lalai dari berzikir kepada Allah. Ibnul Qayyim al-Jauziyah berkata, "Apabila hati seseorang itu lengah dari zikir kepada Allah, maka setan dengan serta merta akan masuk ke dalam hati seseorang dan mempengaruhinya untuk berbuat keburukan. Masuknya setan ke dalam hati yang lengah ini, bahkan lebih cepat daripada masuknya angin ke dalam sebuah ruangan."