BASAHKAN HATI DENGAN IKHLAS

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." ( Surah Az-Zumar 39: Ayat 2)

TAK PERLU TAKUT

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]

MENJADI RENDAH ?

Dalam dunia ini, ada yang tingg dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya. Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia.

DUNIA HANYA SEBENTAR

Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia daripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunia ini benar-benar merupakan godaan dan penghalang paling besar yang akhirnya mnyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga.

SEKADAR MANUSIA BIASAKAH KITA?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'" [Surah Fussilat, 41:33]

Showing posts with label MATRIKULASI. Show all posts
Showing posts with label MATRIKULASI. Show all posts

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PSPM PST & PDT SEMESTER II SESI 2011/2012


PENGUMUMAN KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) DAN
PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT) SEMESTER II, SESI 2011/2012

1. Pengarah/Timbalan Pengarah BMKPM akan menyerahkan keputusan kepada Pengarah kolej pada 29 Mei 2012(Selasa).


2. Calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Semester II Sesi 2011/2012 boleh menyemak keputusan peperiksaan tersebut pada 29 Mei 2012(Selasa) mulai  jam 10:00 pagi melalui saluran-saluran di bawah :


1. LAMAN WEB.
Layari   http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/keputusan_exam/
Masukkan :  Login name
Masukkan  : Kata Laluan (ikut arahan)


2. SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)
Taipkan 
MOE MAK <no kad pengenalan>  hantar ke 15888
Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888


3. TELEFON:
A. Kolej masing-masing.
B. Sektor Hal Ehwal Akademik BMKPM  di talian 03 88844022      


3. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST):
Pelajar yang memperoleh 1.5 ≤ PNGK <  2.0 akan diberi status gagal dan 
ditawarkan untuk mengulang Program Matrikulasi Satu Tahun (PST).


4. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT):
i. Pelajar yang memperoleh 1.5 ≤ PNGK < 2.0 gagal kali pertama 
dibenarkan meneruskan pengajian ke Semester III dan diberi 
AMARAN.


ii. Pelajar yang memperoleh 1.5 ≤ PNGK < 2.0 gagal kali kedua atau 
PNGK < 1.5 akan diberi status gagal dan diberhentikan daripada 
pengajian.


5. Calon-calon yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan boleh 
merujuk syarat/ peraturan semak semula keputusan peperiksaan.


Sumber:
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia.