BASAHKAN HATI DENGAN IKHLAS

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." ( Surah Az-Zumar 39: Ayat 2)

TAK PERLU TAKUT

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]

MENJADI RENDAH ?

Dalam dunia ini, ada yang tingg dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya. Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia.

DUNIA HANYA SEBENTAR

Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia daripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunia ini benar-benar merupakan godaan dan penghalang paling besar yang akhirnya mnyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga.

SEKADAR MANUSIA BIASAKAH KITA?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'" [Surah Fussilat, 41:33]

Showing posts with label PERSOALAN. Show all posts
Showing posts with label PERSOALAN. Show all posts

MABRUK YA AKHI !!!

Friday, January 15, 2010



Mohd Farique Tidak Malu Bekerja Sambilan Semasa Belajar di IPB


Graduan terbaik keseluruhan Institut Profesional Baitulmal (IPB) Muhammad Farique Zubir Albakri menunjukan Anugerah Pingat Emas Menteri kepada ibu bapanya Rosliah Sulong dan Zubir Albakri Shahudin (kiri).
Penat lelah ibu bapa tidak akan sia-sia apabila melihat anak-anak mereka meraih kecemerlangan dalam pelajaran terutama pada majlis konvokesyen.
Itulah yang dirasai oleh ibu bapa lebih daripada 240 pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB) apabila anak-anak melihat mereka menggenggam segulung sijil dan diploma pada Majlis Kovokesyen IPB yang ke-tujuh di sini baru-baru ini.

BILA AIR MATA SEORANG IBU GUGUR KERANA ANAKNYA

Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, mungkin kerna ibu itu merasa bangga dengan pencapaian anaknya, atau mungkin juga ibu itu terkilan dengan sikap seorang anak..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, mempamerkan rasa kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, atau mungkin juga menunjukkan rasa benci yang tinggi kerna anaknya itu..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, jauh di sudut orang disekelilingnya dalam sanubari mereka merasa sebak atau mungkin juga merasa geram..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, mungkin anaknya akan berasa sedih lantas sujud tanda kesyukuran kepada illahi atau mungkin juga si anak itu tidak terkesan sedikit pun pada sanubarinya..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, pasti akan menimbulkan seribu persoalan dan pertanyaan di benak pemikiran sesiapa yang dapat merasai auranya atau mungkin bakal menjawab beberapa persoalan yang sukar untuk mendapat jawapannya dimana-mana..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, hakikatnya air mata seorang ibu itu kepada anaknya seolah-oleh batu permata yang berkilauan sama ada seorang anak itu dapat menilai sama ada permata itu hanya kaca..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, berubahlah si anak kerna betapa besarnya kesilapan dan kesalahan kita tidak akan terkesan dengan bermadah mahupun kata-kata berbunga apatah lagi harta setinggi gunung uhud..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, pasti setiap perbuatan kita meninggalkan kesan ibarat satu paku yang diketuk di dinding, bila dicabut pasti meninggalkan petanda dinding itu pernah disakiti..
apatah lagi jika dinding ialah sebuah hati yang penampalnya adalah kasih sayang dan satu anjakkan paradigma yang baik yang dapat merubah segala-galanya..
Apatah lagi hati itu milik seeorang insan yang bergelar itu yang ssanggup berdiri untuk solat hajat untuk kita, mendoakan kita, menyediakan keperluan kepada kita..
Ingatlah, peristiwa pada tarikh 1 Syawal ini bakal menjadi bukti dan saksi di akhirat nanti sama ada anda seorang yang berjaya atau tidak dan mungkin penentu keberkatan dalam perjalanan si anak pada masa hadapan..


Ketahuilah, hidup di dunia ini ibarat perjalanan seorang pemusafir di tengah-tengah padang pasir yang kering dan terik kemudiannya si pemusafir berteduh seketika di bawah sepohon pokok yang renda untuk bereehat seketika dan bakal menyanbung semula perjalanannya setelah berehat..Hidup di dunia ini ibarat persinggahan si pemusafir di bawah pohon itu dan kitalah si pemusafir itu yang mungkin akan hanyut dengan nikmat yang sementara dibawah pohon itu atau mungkin dapat mencapai nikmatr yang hakiki disana bersama-sama orang yang berjaya..
Coretan ini dan peristiwa malam ini akan disematkan dan memjadi memoir untuk merperbaiki kehidupan  penulis dan mungkin orang lain pada masa hadapan..Yang pasti penulis akan cuba, paling tidak cuba sehingga berjaya untuk berubah dengan menegakkan dasar-dasar islam yang diajarkan oleh Baginda Muhammad S.A.W RasulAllah yang diutuskan untuk membawa rahmat keseekelian alam dalam membina biah solehah dalam keluarga agar mencapai thaqafah "usrati a'ilatii"..INSAF DAN BERUBAHLAH SEBELUM TERLAMBAT...




PEMIMPIN TURKI SYAITAN DIKENALI




Sama-samalah kita ambil iktibar daripada sebuah negara islam yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang zalim. Hal ini membuktikan kepada kita betapa pentingnya memilih dan menentukan pemimpin. Ingatlah dalam negara yang bersistem demokrasi, kuasa di tangan anda dan ANDA penentunya..Dia juga ialah anak yang dilahirkan bukan secara perkahwinan yang sah. Betapa menunjukkan bahayanya anak-anak yang lahir tanpa perkahwinan ibu bapa yang sah(luar pernikahan).Contohnya orang yang pertama membunuh nabi juga seorang dari anak luar nikah.Oleh itu, beringatlah..

15 KESALAHAN IBUBAPA PUNCA KEBEJATAN SOSIAL DUNIA

Sumber : Jalinan Keluarga 
Diubahsuai dari Kuliah Mingguan Surau An-Nur, 10 Jun 1998 oleh Ustaz Khalid Haji Mohd Isa 
Editor: Krew Epilog Seorang Daie


Negara turut digegarkan dengan aktiviti kurang sihat anak-anak muda seperti merempit, melepak dan ikhtilat yang berleluasa. Kebejatan sosial ini menunding jari kepada ibu bapa kita dan mereka dipersalahkan. Adakah itu perkara yang selayaknya. Mungkin ada benarnya, tetapi saya merasakan bukan ibu bapa sahaja harus dipersalahkan. Tepuk dada anda dan tanyalah iman.. Sama-sama kita fikirkan. 
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi  ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15) 
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.  Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat :  "Orang  yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW  berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia  meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith ) Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. 


1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah 
* Saidul (penghulu) Istighfar ; 
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)  
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran,3 :  38) 
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)  


1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah  
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)  
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah > > Al-Furqan ,25 :74) 
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 


2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : 
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau 
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur 

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak  
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja  mengambil kira perasaan mereka. 4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif 
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak  (terutama semasa marah). ; 
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang  lain. 


5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) 
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan  rohani


 6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. 
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." 
Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 


7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas * ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang  menepati   kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak. 


8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini  mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar pemalas dan selekeh. 


9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 


10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang   mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.


11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 


12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 


13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.


14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.


15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita  untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. ; Wallahu'alam.