BASAHKAN HATI DENGAN IKHLAS

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." ( Surah Az-Zumar 39: Ayat 2)

TAK PERLU TAKUT

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]

MENJADI RENDAH ?

Dalam dunia ini, ada yang tingg dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya. Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia.

DUNIA HANYA SEBENTAR

Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia daripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunia ini benar-benar merupakan godaan dan penghalang paling besar yang akhirnya mnyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga.

SEKADAR MANUSIA BIASAKAH KITA?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'" [Surah Fussilat, 41:33]

Showing posts with label PERMASALAHAN. Show all posts
Showing posts with label PERMASALAHAN. Show all posts

15 KESALAHAN IBUBAPA PUNCA KEBEJATAN SOSIAL DUNIA

Sumber : Jalinan Keluarga 
Diubahsuai dari Kuliah Mingguan Surau An-Nur, 10 Jun 1998 oleh Ustaz Khalid Haji Mohd Isa 
Editor: Krew Epilog Seorang Daie


Negara turut digegarkan dengan aktiviti kurang sihat anak-anak muda seperti merempit, melepak dan ikhtilat yang berleluasa. Kebejatan sosial ini menunding jari kepada ibu bapa kita dan mereka dipersalahkan. Adakah itu perkara yang selayaknya. Mungkin ada benarnya, tetapi saya merasakan bukan ibu bapa sahaja harus dipersalahkan. Tepuk dada anda dan tanyalah iman.. Sama-sama kita fikirkan. 
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi  ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15) 
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.  Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat :  "Orang  yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW  berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia  meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith ) Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. 


1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah 
* Saidul (penghulu) Istighfar ; 
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)  
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran,3 :  38) 
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)  


1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah  
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)  
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah > > Al-Furqan ,25 :74) 
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 


2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : 
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau 
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur 

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak  
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja  mengambil kira perasaan mereka. 4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif 
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak  (terutama semasa marah). ; 
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang  lain. 


5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) 
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan  rohani


 6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. 
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." 
Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 


7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas * ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang  menepati   kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak. 


8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini  mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar pemalas dan selekeh. 


9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 


10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang   mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.


11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 


12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 


13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.


14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.


15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita  untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. ; Wallahu'alam.