BASAHKAN HATI DENGAN IKHLAS

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." ( Surah Az-Zumar 39: Ayat 2)

TAK PERLU TAKUT

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]

MENJADI RENDAH ?

Dalam dunia ini, ada yang tingg dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya. Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia.

DUNIA HANYA SEBENTAR

Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia daripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunia ini benar-benar merupakan godaan dan penghalang paling besar yang akhirnya mnyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga.

SEKADAR MANUSIA BIASAKAH KITA?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'" [Surah Fussilat, 41:33]

Showing posts with label HUBUNGAN. Show all posts
Showing posts with label HUBUNGAN. Show all posts

CERPEN : KERANA ALLAH AKU BERNIKAH

assalammualaikum.. air mata di malam pertama.... Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam. Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu. “ Ana dah jadi isteri!” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. 


Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul. “ Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.” Doaku perlahan. Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti. “ Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti?” Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati. Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami. “ Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. 

NABI ADAM MENANGIS

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mataNabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.?
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika
di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.
Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana
dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

 Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. 
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. 
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. 
Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah apa yang saya cuba sampaikan ini agar menjadi peringatan kepada kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah .
Wassallam.

REDA DENGAN NIKMAT TANDA TAQWA KEPADA ALLAH, ADIK-BERADIK

                                                          
Menurut kepada saidina Ali KarramAllahu Wajhah, beliau menyifatkan taqwa itu kepada lima perkara. Antaranya ialah mensyukuri dan reda dengan pemberian yang dikurniakan kepada tidak kiralah kita ini berpangkat sebesar gunung uhud mahupun hanya sekecil butiran pasir di pantai. Alik mana sekalipun posisi kita ini dalam kehidupan, kita masih tetap kene bersyukur. Allah pernah berfirman dalam Al-quran; sekiranya kamu ingin mengira nikmat yang aku limpahkan kepada kamu, nescaya kamu takkan mampu untuk menghitungnya(La Tuhsuha). Saya kira sebenarnya kita ini sentiasa menerima nikmat daripada Allah yang bersifat Ar-rahman kepada seluruh makhluk ciptaannya.



Saya terfikir, betapa bersyukurnya saya atas kehidupan saya ini, meskipun selama 17 tahun saya tidak pernah pulang kekampung sebenar kerana seab-ebab tertentu, tetapi saya masih ada rumah untu menjadi tempat berteduh di waktu hujan dan panas, ribut dan sebagai. Adakalanya kita kene bersangka baik iaitu husnudzan, mungkin ada hikmahnya sesuatukekurangan yang ada pada dirikita ini. Andaikata saya ini seorang yang kaya, walaupun baru berumur 17 tahun tetapi dipenuhi dengan berbagai kemewahan tetapi mungkin juga Allah telah set sesuatu kekurangan kepada kita daripada sudut yang lain sama ada berbentuk sakit, kurangnya kasih sayang dan bermacam hal lagi yang sememangnya kita harapkan tidak berlaku.


Apa yang boleh saya kongsi pada kali ini ialah besarnya nikmat beradik-beradik. Saya mempunyai 4 orang adik-beradik. Walaupun saiz keluarga tidaklah berapa besar jika dibandingkan dengan saiz sahabat-sahabat yang lain, tetapi saya bersyukur dengan adanya adik-beradik itu membuatkan saya banyak berfikir mengenai stail berkeluarga ataupun halawah dalam berusrah iaitu kemanisan dalam berkeluarga.

Pentingnya institusi keluarga ini dapat dibuktikan dengan kadar peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja yang antara faktor penryebabnya ialah institusi kekeluargaan. Kerana apa? kerana institusi kekeluargaan ini menjadi pusat pentarbiyahan anak-anak sebelum melonjak dewasa. Sebab itulah RasulAllah begitu menekankan pembinaan institusi kekeluargaan yang cemerlang dari sudut rumah tangga hinggalah anak-anak.

Nikmat beradik-beradik ini dapat saya rasai apabila kami ini mamapu untuk mewujudkan biah solehah yang mantap sepanjang kami bersama. Nikmat ini turut dapat dirasai apabila adanya kesatuan fikrah berlandaskan syariah yang yang diajarkan RasulAllah iaitu wehdatul fikrah yang membawa kepada wehdatul amal iaitu kesatuan dalam pekerjaan. Jadi tak hairanlahkan kalau ada diantara perwatakkan kami yang mungkin sama atau minat dan kecenderungan kami ini sama. Tanzim yang ada dalam kekeluargaan ini secara tidak lansung melati saya dalam menyelesaikan masalah-masalah diluar dan dalam memimpin diri mahupun sekolah.



Demikianlah saya kira betapa besarnya nikmat mempunyai adik-beradik. Saya bersyukur kerana dianugerahkan dua orang abang dan seorang adik perempuan yang menjadi  sebahagian tanggungjawab dan jemaah dalam menjadi waqafan di muka bumi Allah ini..Allhamdulilah..

BILA AIR MATA SEORANG IBU GUGUR KERANA ANAKNYA

Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, mungkin kerna ibu itu merasa bangga dengan pencapaian anaknya, atau mungkin juga ibu itu terkilan dengan sikap seorang anak..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, mempamerkan rasa kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, atau mungkin juga menunjukkan rasa benci yang tinggi kerna anaknya itu..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, jauh di sudut orang disekelilingnya dalam sanubari mereka merasa sebak atau mungkin juga merasa geram..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, mungkin anaknya akan berasa sedih lantas sujud tanda kesyukuran kepada illahi atau mungkin juga si anak itu tidak terkesan sedikit pun pada sanubarinya..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, pasti akan menimbulkan seribu persoalan dan pertanyaan di benak pemikiran sesiapa yang dapat merasai auranya atau mungkin bakal menjawab beberapa persoalan yang sukar untuk mendapat jawapannya dimana-mana..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, hakikatnya air mata seorang ibu itu kepada anaknya seolah-oleh batu permata yang berkilauan sama ada seorang anak itu dapat menilai sama ada permata itu hanya kaca..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, berubahlah si anak kerna betapa besarnya kesilapan dan kesalahan kita tidak akan terkesan dengan bermadah mahupun kata-kata berbunga apatah lagi harta setinggi gunung uhud..


Bila air mata seorang ibu gugur kerana anaknya, pasti setiap perbuatan kita meninggalkan kesan ibarat satu paku yang diketuk di dinding, bila dicabut pasti meninggalkan petanda dinding itu pernah disakiti..
apatah lagi jika dinding ialah sebuah hati yang penampalnya adalah kasih sayang dan satu anjakkan paradigma yang baik yang dapat merubah segala-galanya..
Apatah lagi hati itu milik seeorang insan yang bergelar itu yang ssanggup berdiri untuk solat hajat untuk kita, mendoakan kita, menyediakan keperluan kepada kita..
Ingatlah, peristiwa pada tarikh 1 Syawal ini bakal menjadi bukti dan saksi di akhirat nanti sama ada anda seorang yang berjaya atau tidak dan mungkin penentu keberkatan dalam perjalanan si anak pada masa hadapan..


Ketahuilah, hidup di dunia ini ibarat perjalanan seorang pemusafir di tengah-tengah padang pasir yang kering dan terik kemudiannya si pemusafir berteduh seketika di bawah sepohon pokok yang renda untuk bereehat seketika dan bakal menyanbung semula perjalanannya setelah berehat..Hidup di dunia ini ibarat persinggahan si pemusafir di bawah pohon itu dan kitalah si pemusafir itu yang mungkin akan hanyut dengan nikmat yang sementara dibawah pohon itu atau mungkin dapat mencapai nikmatr yang hakiki disana bersama-sama orang yang berjaya..
Coretan ini dan peristiwa malam ini akan disematkan dan memjadi memoir untuk merperbaiki kehidupan  penulis dan mungkin orang lain pada masa hadapan..Yang pasti penulis akan cuba, paling tidak cuba sehingga berjaya untuk berubah dengan menegakkan dasar-dasar islam yang diajarkan oleh Baginda Muhammad S.A.W RasulAllah yang diutuskan untuk membawa rahmat keseekelian alam dalam membina biah solehah dalam keluarga agar mencapai thaqafah "usrati a'ilatii"..INSAF DAN BERUBAHLAH SEBELUM TERLAMBAT...




MALAIKAT BERBINCANG SOAL KEJIRANAN ?

Tak sangka masa begitu cepat berlalu, dari saat ke saat,minit ke minit, hari ke hari dan seterusnya bulan ke bulan. Esok, kita akan massuk ke dalam bulan baru iaitu syawal setelah seluruh umat islam berperang dengan nafsu selam sebulan. Oleh sebab itu kita menyambut hari eidil fitri yang juga dimaksudkan dengan eidil fitrah iaitu kembali kepada fitrah. Eidil fitri juga bermaksud kita kembali setelah sebulan berpuasa dan seterusnya. Di kesempatan ini juga, saya ingin berpesan kepada diri saya dan anda semua untuk menjaga hubungan kita dengan manusia lebih-lebih lagi dengan Allah. Hablu min ALLAH wa Hablu min Annas, justeru itu kita jagalah hubungan kita dengan saudar-mara kita dan jiran-jiran kita. Oleh itu, sama-sama kita hayati kisah yang saya bawakan iaitu kisah Muwafiq seorang tukang kasut yang memuliakan jirannya daripada kemashalatan diri dan keluarganya. Ingatlah kalau dalam bulan Ramadan Tuhan kita Allah, dalam bulan-bulan lain juga tuhan kita Allah. Salam Eidil Fitri dan Mubarak..


Ketika Abdullah bin Mubarak melakukan haji, beliau tertidur di masjidil
Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun dari
langit. Berkata seorang malaikat kepada seorang lagi :

"Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?"

Berkata malaikat yang seorang lagi :

 "Enam ratus ribu orang."

 Bertanya malaikat yang bertanya :

 "Antara 600,000 ribu orang yang berhaji itu berapakah yang diterima haji
mereka?"

Berkata malaikat yang menjawab :

 "Diantara 600,000 ribu itu hanya seorang sahaja hajinya diterima, namanya
ialah Muwaffaq dia tinggal di Damsyik. Dia adalah seorang tukang kasut, dia
tidak dapat berhaji tetapi hajinya diterima. Maka berkat haji Muwaffaq
kesemua 600,000 yang mengerjakan haji diterima."

 Abdullah yang sedang tidur terkejut dari tidurnya maka dengan segera dia
berangkat ke Damsyik, sampai sahaja dia di Damsyik dia mencari-cari tukang
kasut yang disebutkan dalam mimpinya dan akhirnya dia dapat mencari rumah
tukang kasut itu. Apabila sampai di hadapan pintu rumah tukang kasut itu,
maka Abdullah mengetuk pintu. Pintu pun di buka dan keluar seorang lelaki
dari dalam.

 Abdullah bertanya lelaki itu :

 "Apa nama saudara."

 Berkata lelaki itu :

 "Nama saya Muwaffaq."

 Abdullah bertanya :

 "Tolong terangkan kepadaku amalan apakah yang telah kamu lakukan sehingga
mencapai darjat yang tinggi?"

 Jawab Muwaffaq :

 "Sebenarnya aku ingin menunaikan haji, tetapi oleh sebab keadaanku maka
aku tidak dapat menunaikan haji. Tetapi dengan cara mendadak aku mendapat
wang 300 dirham dari kerja menampal sepatu, lalu aku niat untuk berhaji
pada tahun ini.

 "Isteriku pula sedang hamil, suatu hari isteriku tercium bau makanan dari
rumah jiranku dan ia ingin memakan makanan yang terbau itu (mengidam), lalu
aku pergi kerumah jiranku dan aku ketuk pintu. Kemudian keluar seorang
wanita, maka aku pun beritahu hajat isteriku itu kepadanya."

Jiranku itu berkata :

 "Oleh kerana kamu tidak tahu keadaanku maka aku terpaksa memberitahumu,
sebenarnya anak-anak yatim ku sudah tiga hari tidak makan oleh itu aku
keluar mencari makanan. Sewaktu aku mencari makanan aku bertemu dengan
bangkai himar, maka aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka
makanan ini adalah halal untuk kami dan haram untuk kamu."


 Apabila aku dengar sahaja kata-kata wanita itu maka aku pulang kerumah
dan mengambil 300 dirham yang ada padaku lalu aku berikan kapada wanita itu
dan aku katakan kepadanya :

 "Belanjakan wang ini untuk anak-anakmu.

Dan aku berkata pada diriku :
Hajiku di muka pintu rumahku (Rumah jiranku) maka kemanakah aku akan
pergi."

 Wahai saudara-saudaraku, Allah tidak memandang pada harta yang kita
miliki tetapi ia memandang pada niat yang suci.

 Pernah orang bertanya kepada Rasulullah SAW :

 "Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku amal perbuatan yang mana bila aku
amalkan akan masuk syurga."

 Sabda Rasulullah SAW :

 "Jadilah kamu orang yang baik."

 Orang itu bertanya lagi :

 "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini telah
berbuat baik?"

Sabda Rasulullah SAW :

 "Tanyalah pada jiran tetanggamu, kalau mereka berkata kamu baik, maka
baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu."