BASAHKAN HATI DENGAN IKHLAS

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." ( Surah Az-Zumar 39: Ayat 2)

TAK PERLU TAKUT

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]

MENJADI RENDAH ?

Dalam dunia ini, ada yang tingg dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya. Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia.

DUNIA HANYA SEBENTAR

Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia daripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunia ini benar-benar merupakan godaan dan penghalang paling besar yang akhirnya mnyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga.

SEKADAR MANUSIA BIASAKAH KITA?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'" [Surah Fussilat, 41:33]

Airmata Hasan al-Bashri


Mukmin Alfarouq menulis "Abu Said al-Hasan bin Abil Hasan al-Bashri adalah nama lengkap beliau. Seorang zuhud yang sering risau akan segala perbuatannya di setiap nafasnya.

Wajahnya sering memendam airmata kerana ayat-ayat Cinta Sang Cinta yang senantiasa dibacanya hingga selalu tergetar hatinya di setiap langkahnya.

Suatu ketika Hasan al-Bashri lah.a berjumpa dengan seorang pemuda yang sedang tertawa bahkan sesekali tawanya itu terbahak-bahak. Lalu ia bertanya kepada sang pemuda.

" Wahai pemuda, sudahkah engkau melalui shirath ? "
" Belum, " jawab pemuda itu
Hasan pun bertanya lagi, " Apakah kau tahu, termasuk golongan manakah engkau, apakah ahli syurga ataukah ahli neraka ? "
" Tidak. saya tidak tahu, " jawab sang pemuda.
" Lalu, Kenapa engkau tertawa sedemikian rupa ? " tanya Hasan al-Bashri lagi.

Pemuda itu pun terdiam, tak mampu berkata apa-apa, tersedar akan kekhilafannya dan, sejak saat itu ia tak mahu lagi mengumbar tawa.

Hasan al-Bashri lah.a pun berkata," Orang yang menyedari bahawa dia pasti akan menemui mati dan selalu ingat bahawa kiamat itu telah dijanjikan-Nya dan pasti ia hadapi serta dirinya pastilah diminta pertanggungjawabkan oleh-Nya akan segala yang ia lakukan di setiap nafasnya maka pastilah ia akan banyak sekali menangis dan lupa untuk tertawa. "

ADAKAH AKU IKHLAS


Adakah Aku Ikhlas? Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita didalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak. Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu,hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun,ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas. Antaranya :-

1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.

2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.

3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.

4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.

5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.

6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.

7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.

8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.

9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.

10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah) Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan.


Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak. Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah Ta'ala. Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith Nabi saw telah bersabda "3 golongan yang tidak diterima Allah Ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab
1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas.
2. Orang-orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun perang atau sebagainya.
3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas keranaAllah ta'ala" Jadi sahabat dan sahabiah yang dirahamtilah Allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentiasa merasuk diri anda supaya mengkianati Allah Ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak. Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya. Sama-samalah kita berdoa: Wahai Tuhan kami! Perbaikilah hati kami, hapuskanlah cacat cela kami, pimpinlah kami ke arah kebaikan, hiasilah kami dengan taqwa, kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu sepanjang hidup kami. Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu, syukur kepadaMu, bertawakkal kepadaMu,taubat kepadaMu, khusyuk kepadaMu. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami mohon kepadaMu keazaman di dalam hidayah tolonglah kami mengingat Engkau menyebut namaMu mensyukuri Engkau baik ibadat kepadaMu.

ABU HURAIRAH

Abu Hurairah r.aKelahiran dan riwayat hidup beliau:- Nama penuh beliau ialah Abdul Rahman bin Sakhrin Ad-Dausiy.- Beliau dibesarkan dalam keadaan yatim dan beliau pernah bekerja mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan.- Beliau dilahirkan di Yaman di dalam sebuah keluarga yang fakir dan tidak mempunyai kaum keluarga kecuali ibu beliau.- Pada zaman jahiliah beliau bernama Abdul Syams.Pengislaman beliau: - Beliau memeluk Islam melalui At-Tufail bin Amru Ad-Dausiy dan beliau terus menetap di Yaman di dalam kaum beliau (Kaum Daus) malah beliau tidak pernah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w di Madinah kecuali selepas enam tahun setelah berlaku peristiwa Hijrah.- Rasulullah s.a.w menamakan beliau dengan Abdul Rahman, walau bagaimanapun baginda sering memanggil beliau: "Wahai Abu Hirr!".- Sebab beliau dipanggil dengan Abu Hurairah ialah kerana pada masa kecil beliau mempunyai seekor kucing kecil sebagai teman permainan beliau menyebabkan kawan-kawan beliau memanggil beliau dengan panggilan: Abu Hurairah.Beliau diberi penghormatan menjadi pembantu Nabi:- Selepas Abu Hurairah memeluk Islam, beliau hanya menghabiskan masa beliau untuk menemani Nabi s.a.w dan melayan baginda.- Abu Hurairah menyeru ibu beliau supaya memeluk Islam, lalu ibu beliau menyahut seruan tersebut dengan memeluk Islam selepas Rasulullah s.a.w berdoa untuknya. Abu Hurairah banyak berbakti kepada ibu beliau. - Abu Hurairah sentiasa tinggal di As-Suffah (sebuah tempat yang terdapat di masjid Rasulullah yang dikhususkan sebagai tempat tinggal para sahabat yang miskin). Beliau sentiasa bersama-sama dengan Nabi s.a.w walau di mana baginda berada dan tidak pernah berpisah dengan baginda menyebabkan beliau dapat menghafal hadis dengan jumlah yang terlalu banyak, lebih-lebih lagi selepas Rasulullah s.a.w berdoa kepada beliau supaya tidak melupakan ilmu yang didapati.- Abu Hurairah telah menghafal sebanyak lebih dari 1,600 buah hadis daripada Rasulullah s.a.w dan beliau pernah berkata: "Aku sibuk menghafal sedangkan saudara-saudara aku dari kalangan Muhajirin sibuk dengan perniagaan mereka manakala saudara-saudara aku dari kalangan Ansar pula sibuk dengan pertanian mereka.Kesukaan beliau terhadap ilmu:- Abu Hurairah terlalu sukakan kepada ilmu malah beliau juga suka sekiranya ilmu dipelajari oleh orang lain sehingga sampai ke peringkat beliau pergi berjumpa dengan orang ramai yang berada di sebuah pasar di Madinah lalu beliau berkata kepada mereka: "Kamu duduk di sini sedangkan pusaka Nabi s.a.w dibahagikan di masjid, apakah halangan kamu?" Mendengar kata-kata tersebut orang ramai terus pergi ke masjid, mereka mendapati tidak ada apa-apa yang berlaku di sana kecuali orang-orang yang mendirikan sembahyang, membaca kitab suci Al-Quran dan orang-orang yang duduk di dalam majlis pengajian ilmu. Mereka semua merasa hairan terhadap Abu Hurairah lalu beliau berkata kepada mereka: "Itulah pusaka Nabi s.a.w."- Ketika harta semakin bertambah banyak dan kebaikan mula melimpah ruah serta harta rampasan perang sentiasa dapat diraih hasil dari pembukaan kawasan Islam, kehidupan Abu Hurairah mula berubah di mana beliau mula memiliki harta, rumah, kekayaan, isteri dan anak-anak. Walaupun begitu, kesukaan beliau terhadap ilmu, tawaduk beliau, kerajinan beliau melakukan ibadat, kesungguhan beliau dan ketaatan beliau sedikitpun tidak berubah. Kewarakan dan ketakwaan beliau:- Pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian, Abu Hurairah dilantik menjadi gabenor di Madinah. Walaupun demikian jawatan tersebut tidak mempengaruhi kewarakan dan ketakwaan beliau walaupun sedikit malah beliau sentiasa berpuasa pada waktu siang dan beribadat pada waktu malam.- Abu Hurairah r.a sering menyebut kata-kata beliau: "Aku dibesarkan dalam keadaan yatim, aku berhijrah dalam keadaan miskin, aku pernah bekerja mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan dengan bayaran sekadar cukup untuk mengisi perut aku. Aku membantu orang ramai ketika mereka turun dari binatang tunggangan dan aku mengangkat barangan mereka ketika mereka menunggang. Lalu Allah mengahwinkan aku dengannya (iaitu Bisrah binti Ghazwan). Oleh yang demikian segala puji bagi Allah yang menjadikan agama dapat berdiri tegak dan menjadikan Abu Hurairah sebagai seorang pemimpin

L VERSES P

Assalamualaikum semua, Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:- 1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggong oleh bapanya. 2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ! 3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya. BERATKAN ! 4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya sepert gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita ****** 1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. 2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. 3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki. 4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. 5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 6 - wanita wajib taat kpd suaminya. 7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri. 8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap). Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

DOSA-DOSA BESAR.:.PERINGATAN BUAT KITA SEMUA




DOSA-DOSA BESAR


01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan

02 - Bersaksi palsu

03 - Berjudi

04 - Bersumpah palsu dan bohong

05 - Berbohong

06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)

07 - Perempuan pelacur

08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah

09 - Berdebat dan memusuhi

10 - Bersifat dayus