BASAHKAN HATI DENGAN IKHLAS

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." ( Surah Az-Zumar 39: Ayat 2)

TAK PERLU TAKUT

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]

MENJADI RENDAH ?

Dalam dunia ini, ada yang tingg dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya. Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia.

DUNIA HANYA SEBENTAR

Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia daripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunia ini benar-benar merupakan godaan dan penghalang paling besar yang akhirnya mnyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga.

SEKADAR MANUSIA BIASAKAH KITA?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'" [Surah Fussilat, 41:33]

Kertas Kerja Cadangan : Bersama Memartabatkan Usrah



USRAH

Berdasarkan kepada Al-Waqi'iyah Al-Harakiyyah yang ketara pada masa ini, usrah merupakan satu daripada enam elemen yang diterapkan kepada ahli-ahli gerakan Islam Al-Ikhwan Al-Muslimun. 
Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan mutu pentarbiyahan ahli gerakan Islam. Ia bermatlamatkan ukhwah yang bersendikan aqidah, fikrah, kesedaran dan cita-cita. Matlamat ukhwah diletakkan  sebagai matlamat tertinggi disamping proses menerapkan kefahaman dan membena kaderisasi yang bernilai.

Ukhwah ini merupakan asas kejayaan bagi sesebuah gerakan sebagaimana yang termaktu didalam nas-nas yang sohih. Ia dijadikan sebagai imad dan autad yang menjadi pemangkin, seolah-olah seperti akar pohon yang mencengkam bumi, jauh ke dalam. Proses membina ukhwah haruslah kreatif dan biasanya ia terbina selepas melalui kepayahan dan halangan bersama-sama.

Puzzle adalah gambarannya. Ada yang besar dan ada yang kecil, saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam ikatan ukhwah yang dibina ini, peringkat ithar adalah tingkatan yang teringgi. meskipun demikian, sekurang-kurangnya abnaul harakah ini mampu berlapang dada dan membuang  sangkaan yang tidak menentu terhadap orang lain.

Konsepnya begini, Lupakan kebaikan diri, tetapi ingat kebaikan orang. Ingat keburukan diri, tetapi lupakan keburukan orang, Dalam usrah, soal ini yang dibina. Seolah-olah, tayar sahaja tidak boleh dianggap kereta. Stereng sahaja tidak boleh dikatakan kereta. Akan tetapi, gabungan kesemuanya, termasuklah cermin, lampu dan pintu akan membentuk sebuah kereta yang bermanfaat kepada penggunanya. Kepala tidak indah tanpa rambut, sebagaimana tangan tidak berfungsi tanpa otot-otot yang menggerakkannya, dan jasad ini tidak memberi reaksi tanpa hati yang melaksanakan kerjanya.

ELEMEN-ELEMEN YANG MENJADI TUNJANG USRAH

Elemen yang terpenting dalam pembentukkannya adalah Murabbi. Murabbi adalah penggerak yang bertenaga, mempunyai kefahaman Islam yang syumul dan mempunyai selera yang tinggi dalam memenangkan Islam. Ini digambarkan oleh Said Hawa berkenaan gurunya, betapa gurunya mempertahankan Islam seolah-olah menyembelih seekor kambing.

Murabbi tidak boleh hanya seorang yang soleh meskipun soleh itu faktor yang terpenting. Murabbi perlu melengkapi dua faktor utama mencakupi kesolehan dan kebijaksanaan. Yang dimaksudkan ialah Al-Quwwah dan Al-Amanah. Umar mengatakan kebimbangan terhadap maksiat-maksiat yang dilakukan kerana bimbang akan hilangnya keberkatan, selain itu beliau juga menyatakan kegusarannya terhadap orang yang soleh, tetapi tidak berstrategis. 

Seorang murabbi perlu menghayati maksud mas'ul dan melengkapi ra'in. Mereka mendidik ahli mengikut kesesuaian zaman mereka, bukan mengikut zaman mereka ditarbiyah. Antaka kalam yang  pernah disebut oleh Albert Enstein ialah "Permasalahan masa dahulu akan dapat diselesaikan dengan pemikiran masa sekarang".

Idealisme mereka memuncak dan mereka mencintai pembaharuan yang tidak lari dari syariat yang ditetapkan. Ada sarjana menyebut, setiap sesuatu yang berganjak dan tidak static ialah perubahan.
Mereka sentiasa membawa idea-idea yang berstrategi dalam membimbing kader-kader mereka.

Elemen seterusnya ialah manhaj tarbiyah.
Dalam membentuk fardul muslim yang bernyawa, seorang murabbi tidak akan mengira siapa sahaja untuk menjadi anak didik mereka. Justeru, manhaj tarbiyah ini juga penting, akan tetapi tidak dapat menandingi keperluan seorang murabbi dalam menggerakan usrah. Namun, elemen manhaj tarbiyah ini tidak boleh dianak tirikan kerana kelak ia mungkin menjadi faktor kegagalan usrah itu yang membawa kepada futur terhadap anak-anak usrah. Tidak perlu kita katakan nilai kesetiaan dan kepatuhan itu penting, tetapi cukuplah kita jadikan ia sebagai supplement dan perencah perjalan tarbiyah yang mantap.

Struktur anhaj ini boleh diperhalusi, berdasarkan kepada sirah-sirah nabi dan apa yang telah disusun oleh ulama haraki yang faqih dan bukan sahaja alim.

Pembentukan ahli pula jangan hanya dilihat dari kaca mata nilai budi dan ilmu semata-mata, kara sejarah pernah terbukti bahawa Islam pernah bangkit ditangan orang yang kurang nilai budinya dan kurang berilmu. Khalid Al-Walid pernah bertindak melanggar beberapa arahan nabi dan  bertindak semberono, akan tetapi beliau merupakan enjin utama kepada gerakan. Ikramah pula belum sempat menimbba ilmu sedalam mungkin, akan tetapi beliaulah yang syahid sebagai syuhada dalam menegakkan Islam.

Dalam kata yang mudah, jangan disangka hanya orang yang baik yang terpilih untuk membantu agama Allah, justeru pemilihan ahli dan kaderisasi haruslah merangkumi aspek yang luas dan teliti. Mungkin kita boleh menyandarkan kakuatan kita kepada kata-kata Umar Al-Khattab : " Sesungguhnya nilai Islam ini akan berkurangan sedikit demi sedikit apabila tiada yang mengenal nilai jahiliyyah dalam Islam ".

-Usrah itu Osem-
MEKANISME USRAH

Pemilihan ahli yang terbuka menuntut aspek kekreatifan dan kritis dalam melaksanakan usrah. Usrah ini dibentuk oleh ahli-ahlinya. Mungkin usrah ini akan menjadi liqo' ilmu apabila ahli-ahlinya merupakan pencinta dan penggemar ilmu. Usrah boleh bersifat praktikal dan amali sekiranya ahlinya lebih aktif bergerak dan bermodul daripada bercakap.

Usrah juga boleh diadakan dalam bentuk daurah yang lebih menitik beratkan perbincangan dan brainstorm idea. Alangkah baiknya sekiranya apa yang dibentangkan dapat dimuatkan dalam satu kertas kerja lalu dibentangkan pada peringkat yang lebih tinggi, atau sekurang-kurangnya dijadikan bahan rujukan.

Usrah boleh juga diadakan dalam bentuk yang lebih bersifat jundi. Ia berguna dalam melatih ketekunan dan kekuatan ahli. Malah, ia juga boleh dibuat dalam bentuk riadah, ziarah dan sebaginya yang memberi manfaat kepada ahli. Usrah yang diadakan tidak boleh terlalu rigid atau jumud, supaya ianya nanti tidak menjadi medan yang tampak ortodoks dan 'beku'. Sebaliknya usrah perlu digerakkan dalam bentuk yang dinamik dan fluidity, yang mencair dan menyerap ke dalam jiwa-jiwa ahli, iaitu aliran yang tidak tersekat oleh mana-mana batu.

Oleh itu, naqib boleh mengadakan tayangan video, membelanja anak usrah makan, bermain teka-teki, belajar bersama-sama, membuat operasi khusus malam merdeka, atau malam tahun baru, bermain 'chess' dan 'carrom', belajar skill komputer, berniaga kecil-kecilan, dan sebagainya. Semua ini anjal dilaksanakan dengan syarat unsur kefahaman dan kesederan harus diberikan secara implisit dan eksplisit.

TADRIJ

Unsur tadrij sangat penting dalam mana-mana tarbiah. Kita tidak boleh memetik buah sebelum masaknya, atau menggerakan kereta diwaktu pagi tanpa memanaskannya terlebih dahulu. Malah, nabi juga mengajar kita melakukan solat sunat tahajjud, 2 rakaat yang ringkas di permulaan sebelum melaksanakan Qiamullail yang panjang.

Tadrij bermaksud beransur-ansur. Bermakna dalam mentarbiayah ahli, tidak boleh secara 'touch and go' atau pun memberikan kesemua intipati dan penyampaian dalam satu masa. Namun, tarbiyah memerlukan kepada peringkat-peringkat tarbiyah dalam memastikan ahli usrah mendapat pengalaman di semua peringkat dan agar tarbiyah itu lebih membumi. Seseorang yang tidak melalui unsur tadrij akan mudah tenggelam dan lemas sekalipun pada peringkat awalnya, mereka merupakan orang yang bersemangat.

Dalam tadrij, satu perkara yang boleh dijadikan peringatan ialah jangan kita ingin melihat hasil sesuatu perkara dalam jangka masa yang singkat kerana tarbiyah dan perjuangan itu merupakan suatu jalan yang panjang dan memerlukan stamina yang berpanjangan agar tidak semput ditengah jalan.

PENUTUP

Terlalu banyak perkara yang boleh disentuh mengenai usrah.
Perbincangannya terlalu panjang dan ia memerlukan kepada syarahan lisan, pembacaan yang luas dan aplikasi yang baik. Kita tidak boleh terikat secara keseluruhan lagi denganpendekatan Al-Banna, tetapi kita perlu mengadaptasikannya mengikut kesesuaian tempat, masa dan persekitaran kita.



Mesir Bumi Tarbiyah Yang Unik

Musim imtihan kali ini banyak cabarannya, hampir setiap malam blackout. 
Bukan seminit dua, tetapi hampir memakan masa sepertiga malam.

Duduk di negara orang, sememangnya begini.
Banyak perkara yang tidak di duga boleh berlaku. Apa yang boleh dibuat ialah bersedia.
Bersedia setiap waktu dan setiap masa.

Teringat saat diberi penerangan oleh senior-senior senpai di sini.
Kata mereka begini, Kalimah Mesir didalam tulisan arabnya ini unik.
Ia mempunyai maksud dan penerangan yang tersendiri.

kalimah 'Mim', 'Sadr' dan 'Ra'.
Kami pada masa itu sibuk berfikir, apakah yang unik dengan kalimah mesir ini.
Pelik.

Rupanya,
Mim untuk Musibah.
Sadr untuk Sabar. Dan,
Ra untuk Redha.

Musibah, berSabar dan Redha ini sememangnya senonim dengan mereka yang berada di
bumi ardul kinanah ini.
Kata murabbi sahabat saya, " Kamu akan berdepan dengan pelbagai ujian dari Allah apabila berada disana nanti, kerana bumi Mesir ini untuk orang-orang yang Kuat. Untuk orang-orang yang Kuat "

Dan kata-kata ini terbukti kebenarannya.
tak percaya? 

Senyum.

Alhamdulillah, semester kali ini menarik dan menjadi pembakar semangat saya untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang di semester akan datang.
Subjek Cardiovascular  Sem depan, I'm waiting!

Buat senior-senior tahun 6,
exam Final antum buat molek-molek.
Allah bersama antum, Bittaufiq.





Sebelah Sayap Matluthfi

[Respon Untuk Short Film 'Sebelah Sayap' karya Matluthfi90 by Hilal]






Alhamdulillah, sebelum saya mengarang panjang, betapa saya ingin mengajak rakan-rakan untuk menonton video ini. Bukan karangan saya ini untuk menyatakan short filem ini buruk atau baik. Kerana ianya pada saya memang baik.


Namun saya suka nak memberikan sebuah respon untuk video ini.


Saya adalah budak yang membesar dalam keluarga yang mengikuti proses dakwah dan tarbiyah. Semenjak kecil, saya mengikuti kem-kem tarbawi. Saya dihantar ke Tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah yang dibina oleh orang-orang yang mewakafkan diri mereka di atas jalan dakwah dan tarbiyah.


Usrah, tamrin, ijtima', dan jargon-jargon seperti takwin fardil muslim, muwosofat tarbiyah, ustaziatul alam, baitud dakwah, dan pelbagai lagi adalah perkara yang telah mendarah daging di dalam hidup saya.


Hingga pernah saya sendiri rasa 'superior'.


Namun perjalanan ilmu dan perubahan suasana mendidik saya untuk memecahkan superioriti itu. Saya mula belajar memahami orang lain yang tidak merasai nikmat usrah, tamrin, ijtima' dan lain-lain.


Saya belajar melepak dengan mereka, dan saya mula faham bahawa antara faktor utama dakwah adalah 'sentuhan hati'. Dan kadangkala ianya memerlukan masa yang lama.


Dengan pertambahan ilmu dan pemerhatian hasil banyaknya berjalan, saya mula lihat betapa kita tidak sepatutnya wewenang hendak melabel rakan-rakan kita dengan label yang berat seperti kafir, munafiq, tidak beriman dan sebagainya. Sebaiknya dicambuk ayat-ayat itu pada diri sendiri sebelum sibuk diletakkan pada bahu orang lain.


Antara yang banyak mengubah saya adalah Buku Bagaimana Menyentuh Hati karangan Abbas As-Sisy. Buku yang mendidik untuk diri ini melihat sesuatu itu dari pelbagai perspektif.


Saya mula memahami bahawa,

jika benar kita ini semakin mendekati Allah,

maka sepatutnya kita menjadi semakin kerdil,

bukan semakin membesar diri.


Saya mula memahami taktik dan kepelbagaian strategi dakwah, bukanlah semata-mata dengan ayat azab siksa neraka, tetapi juga hendaklah dimotivasikan manusia ini dengan ayat-ayat keluasan keampunanNya, ganjaran syurgaNya. Kerana Allah SWT sendiri adalah yang seimbang ayat-ayatNya. Taktik targhib(galakan) dan tarhib(amaran) adalah antara uslub yang Allah SWT gunakan.


Lihatlah ayat-ayatNya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." 


[Surah Ibrahim - 7]

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). 

[Surah Al-An'am - 160]

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


[Surah Al-Baqarah - 256]


Maka sepatutnya juga kita punya ciri-ciri targhib dan tarhib ini dalam urusan dakwah dan tarbiyah kita.


Rasa syukur kita mendapat nikmat usroh, tamrin, tarbiyah dan sebagainya itu kita manifestasikan dalam bentuk kita bersungguh-sungguh mengajak manusia dengan hikmah(bijaksana) kepada Allah SWT.


Kita mahu Islam yang ramah, bukan Islam yang marah tak tentu fasal.


Jangan kerana dakwah kita, buat Islam jadi terfitnah, dan buat orang makin jauh daripada Allah SWT.


Allah telah menunjukkan kita dengan jelas di dalam Hadith riwayat Muslim yang mana Rasulullah SAW menceritakan perihal pembunuh yang telah membunuh 100 orang. Kala dia membunuh 99 orang, dia bertemu dengan seorang alim untuk bertaubat.


Alim ini menyatakan dia tidak boleh bertaubat, tak ada harapan. Maka apakah balasan Allah kepada si alim ini? Alim ini dibunuh. Menjadi asbab kepada si pembunuh menambah lagi dosanya. Di dalam syarah hadith tersebut, ianya seakan simbolik kepada 'tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pendakwah'.


Kemudian dalam keadaan mangsanya genap 100, pembunuh tadi tetap tidak melepaskan sangka baiknya kepada Allah, lantas dia mencari pula alim yang seterusnya untuk mengajarnya agar bertaubat.


Alim yang seterusnya menyatakan bahawa pengampunan Allah amat luas. Dan menunjukkan kepada si pembunuh kampung yang suasananya baik untuk perubahan. Maka si pembunuh, bergerak ke kampung itu. Di tengah perjalanan dia dijemput kematian.


Sengaja Allah mengarahkan sebuah 'drama' antara malaikat rahmat dan malaikat azab, untuk melakonkan 'sketsa' apakah lelaki ini ke syurga dan ke neraka. Sengaja Allah menyuruh dua malaikat ini mengukur jarak lelaki ini antara dua kampung. Jika hampir ke kampung kebaikan, bawalah dia ke syurga, jika lebih hampir dengan kampung yang sebelumnya, bawalah dia ke neraka. Bila diukur, nyata dia lebih dekat dengan kampung kebaikan dan dia dibalas dengan syurgaNya, walau belum lagi bertaubat.


Mengapa wujudnya 'drama' dan 'sketsa' itu? Apakah kerana lelaki itu bernasib baik mati dalam keadaan dirinya berjaya lebih dekat dengan kampung kebaikan? Tidak. Siapakah yang mematikan lelaki itu, di saat itu, pada tempat itu, pada jarak yang sedemikian?


Bukankah Allah? Maka tidakkah kita melihat? Allah telah menerima pembunuh yang bersungguh untuk bertaubat ini, bahkan memuliakannya hingga malaikat sanggup 'berbincang' akan siapakah yang lebih layak mengambilnya, dan nyata dia telah lebih mulia dengan 'dipilih' sendiri oleh Allah SWT untuk memasuki syurgaNya.


Apakah alim yang pertama dapat? Dia tidak mendapat apa-apa dek emosinya. Sedang pembunuh 100 orang memasuki syurgaNya. Begitulah Allah memberikan pembalasan. AdilNya tidak akan mampu diukur sendiri oleh manusia.


Maka bagaimana pula kita?

Yang Allah bagi nikmat faham jargon-jargon arab,

bahkan ada yang pandai cakap arab,

yang semenjak kecil ikut usroh, program tarbawi, tamrin,

naik pelbagai level dalam jemaah kita,

dan macam-macam lagi.


Apakah layak untuk berlagak, dan menerakakan orang?

Atau kita kena rasa, nikmat itu adalah agar kita mencontohi alim kedua dalam cerita pembunuh 100 orang tadi, moga kita ini menjadi cahaya buat yang runsing dan ragu dengan kehidupannya, dengan dosa-dosanya?


Bukankah kita semua ini pun,

hatta yang ikut usroh,

kita ada dosa kita, ada keaiban-keaiban kita,

cuma Allah menyembunyikannya?


Maka mengapa kita kena rasa 'superior'?

Apa syurga neraka kita punya?

Tidak sama sekali.


Maka di dalam perjalanan hidup saya, dek kerana saya mula memahami perkara ini, maka saya karang Buku Motivasi Untuk Kita Pendosa, taglinenya - Harapan Selalu Ada.


Harapan selalu ada. Itu yang saya percaya.


Jika berdosa, bertaubatlah. Jika berdosa lagi, bertaubatlah lagi. Berkali-kali. Dengan rasa penuh penyesalan dan keinsafan. Jika diuji dan tergelincir lagi, bertaubatlah lagi. Lagi. Lagi. Lagi dan lagi.


Ketahuilah Allah itu tidak bosan sebagaimana bosannya manusia.

Dia Maha Mengetahui hati kita, Dia Maha Memahami Keadaan kita. Dia tahu kita usaha keras. Dia tahu kita saban malam menangis mengadu kepadaNya. Dia tahu kita bukan sengaja-sengaja, wewenang nak ingkar kepadaNya. Dia tahu, walau berulang kali kita terjatuh, kita rajin bangkit semula bertaubat kepadaNya.


Biarlah kita mati dalam keadaan berusaha, dari mati tak buat apa-apa.


Rakan-rakan, kita semua pendosa.

Jangan resah dan gelisah seakan tiada lagi cahaya.

Situasi watak Mat dan rakannya di penghujung video merenjat saya.


Rakan-rakan, saya bukan malaikat, bukan nabi, bukan juga manusia terbaik, tersoleh di muka bumi ini. Saya ada dosa juga, ada aib juga. Tetapi saya usaha apa saya boleh usaha, agar diri saya dan diri kita semua berjaya ke syurgaNya.


Saya tidak dapat bersama anda sentiasa. Maka moga karya saya - Untuk Kita Pendosa: Harapan Selalu Ada - akan anda jumpai, selami, dalami.


Allah bagi kita hidup,

tandanya Dia sedang berikan peluang untuk kita masuk ke syurgaNya.


Sama-sama kita muhasabah.


Akhir kata,

Video Mat ini sangat terkesan buat saya.

Parut Yang Mendewasakan

"Mentari menyinar, usai malam gelap gelita",
"Alam tenang, usai ribut badai melanda"

Kalau hidup ini ialah kembara, maka jatuh-bangun lewatnya adalah perkara biasa.
Pedih juga, lantaran malu yang calar, serta kaki dan tangan yang luka.

Namun, sesekali teringat peristiwa terjatuh waktu kecil dahulu, baik jatuh dari basikal,
jatuh dari anak tangga, membuatkan tersenyum sendirian dibuatnya.

Maknanya, yang jatuh itu juga dikenang, dalam pedih dan lukanya, masih ada 'manis' yang masih boleh diterima.

Justeru, tak harus phobia untuk terus berjalan dan berlari. Seandainya ada yang pahit-pahit, terimalah ia sebagai pengajaran yang membentuk diri kita hari ini. Yang pahit-pahit ini, tak usah dilupakan pun tidak mengapa. Kerana usaha melupa, hakikatnya hanya membuatkan kita sering kali berfikir tentangnya dan membuatkan kita kian teringat.

Usaha dan tenaga untuk melupakan kisah-kisah pahit di belakang, hanya menambahkan kedalaman luka yang separa itu. Tapi, jika ia 'diterima' dan diredhai, jadilah ia parut yang membentuk rupa dewasa kita hari ini. Rupa matang lewat jatuh-bangun dalam kelana kehidupan.

Mentari menyinar, usai malam nan gelita. Alam tenang, usai ribut badai menggila.

[94 : 5-6]




Sheikh Usamah, Ulama Muda Mesir




















Ulama muda yang berwajah indah ini salah seorang pecinta kucing.

Siapakah beliau?

Beliau adalah Bintang yang Menyinari Bumi Mesir

Beliau adalah Al-'Allamah Al-mahbub al-fadilatul ustaz Ad-Duktur Syeikh Usamah As-Sayyid Mahmud Muhammad Al-Azhari hafizahullahu dilahirkan di Alexandria pada hari Jum’at, 18 Rejab 1398 H yang bertepatan dengan 16 July 1976 dan dibesarkan di kota Suhaj yang terletak di hulu Sungai Nil.Beliau menghafal Al-Qur’an dibawah bimbingan ayahandanya yang selalu mendoakan agar Allah Ta’ala berkenan menganugerahi beliau ilmu yang luas. Pembetangan tesis PHD Dr Usamah Sayid Mahmud Al-Azhari di kuliah usuluddin wa al-dakwah University Al-Azhar di cawangan
Zaqaziq. Beliau memperolehi pangkat MUMTAZ (cemerlang) dengan kepujian pangkat pertama. Kini mengajar di Kulliyah Ushuluddin wad Da’wah Al-Islamiyah di Zaqaziq dan di taklifkan sebagai timbalan mufti mesir.

Beliau mengajar dan menyampaikan pengajian dalam berbagai ilmu keislaman seperti hadits, tafsir, usul fiqh, manthiq, nahwu, dan aqidah. Beliau telah memperoleh ijazah ilmiyah lebih dari tiga ratus ulama pemilik sanad dari berbagai penjuru dunia Islam. Beroleh kemuliaan dengan bermulazamah serta menyertai banyak ulama besar Al-Azhar maupun para ulama besar negeri Yaman, Syam, dan Maghrib. Al-'Allamah Habib Ali hafizahullahu berkata : "Diantara sebab yang menarik dirinya untuk hadir munaqasyah Dr Usamah adalah kerana Dr Usamah diantara ulama muda yang ilmunya melampaui umurnya, ilmunya tentang falsafah zaman sekarang dan peranannya dalam berkhidmat kepada Al-Azhar Al-Syarif."

Gambar di atas syeikh Usamah sedang bermain dengan kucing di Masjid Al-Azhar. Siapa yang selalu pergi
atau ikuti kelas di Masjid Al-Azhar pasti akan jumpa dengan kucing ni.

Di Al-Azhar yang mulia, suatu ketika salah seorang seorang imam besar, Syaikhul Islam, pemimpin ulama madzhab

Mailikiyah: Abul Barakat Ahmad Ad-Dardir ~rahimahullah ta’ala wa rhadiya ‘anh~ duduk menyampaikan pengajian dan beliau melihat seorang santri yang kedapatan mengusir dengan kasar seekor kucing yang masuk diantara
barisan jamaah. Menyaksikan hal tersebut Imam Ad-Dardir merasa marah sekaligus merasa sedih. Beliau segera turun dari kursi pengajian dan mengangkat kucing tersebut lalu didudukkannya di samping beliau sendiri.
Lantas beliau mengeluarkan makanan khusus – yang sejatinya untuk beliau makan sendiri- lalu diberikan pada kucing tersebut sehingga kucing itu merasa nyaman jika berada di dekat Imam Ad-Dardir.

Keesokan harinya, setiap Imam Ad-Dardir masuk ke Masjid Agung Al-Azhar kucing itu selalu ikut dan Imam Ad-Dardir begitu menyayanginya. Beliau selalu mendekatkan kucing itu kepadanya dan memberikannya makanan khusus. Bahkan setiap kali Imam Ad-Dardir masuk ke komplek Masjid Al-Azhar, tak tahu entah darimana, kucing-kucing
berdatangan dari segenap penjuru berkumpul di dekat kaki beliau sehingga mencapai seratusan ekor dan bahkan lebih.

Habib Umar Ibn zein pernah berkata dalam pengajiannya:

"Diantara ulama yang Allah berikan ilmu pada waktu muda adalah sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari."

Moga diri ini dpt mngambil manfaat, istifadah dan belajar dripadanya serta istiqamah dalam menuntut ilmu bersama syeikh usamah hafizahullahu.
Athaalallahu umrahu fis sihhati wal aafiyah.