BASAHKAN HATI DENGAN IKHLAS

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." ( Surah Az-Zumar 39: Ayat 2)

TAK PERLU TAKUT

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]

MENJADI RENDAH ?

Dalam dunia ini, ada yang tingg dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya. Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia.

DUNIA HANYA SEBENTAR

Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia daripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunia ini benar-benar merupakan godaan dan penghalang paling besar yang akhirnya mnyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga.

SEKADAR MANUSIA BIASAKAH KITA?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'" [Surah Fussilat, 41:33]

KEARAH MENCONTOHI KEPIMPINAN


Malam mula berasa sejuk, pagi dan petang juga tidak terkecuali. Fatrah musim sejuk baru sahaja bermula selepas syita' (hujan) baru-baru ini. Dalam dunia perubatan terdapat ramai tokoh-tokoh hebat samaada dari ruang lingkup barat mahupun timur. Antara yang terkenal ialah Ibnu sina ataupun dikenali sebagai Avicenna di barat, Ibn Maskawaih, Ibn Razi dan ramai lagi. Tokoh-tokoh gerakan dan kepimpinan Islam juga mempunya tokoh-tokoh yang tersendiri. Bagi saya, mereka merupakan tokoh-tokoh yang sanggup bersusah payah dalam menegakkan kebenaran dan kalimah Haq. Bagi saya, itu yang bernilai. Antara salah seorang yang saya kagumi ialah Imam syahid Hasan Al-Banna.

Imam syahid Hasan Al-Banna

Baik, Ustaz Umar Al-Tilmisani berbicara berkenaan diri Imam syahid Hasan Al-Banna katanya: "Beliau seorang alim, seorang tokoh, genius dengan perasaan yang hidup lagi bertenaga, kerohanian yang suci lagi bersih, memahami sepenuhnya penyakit umat dan beliau telah menggariskan rawatan untuk penyakit tersebut. Kami telah biasa dengan beliau, yang menulis sebagaimana apa yang dibicarakan tanpa memberat-beratkan atau mengambil perhatian dengan membuat bab atau pembahagian".

Dalam ruang lingkup risalah yang ditetapkan Al-Imam, Us Umar berkata, "Jadi apakah yang menyebabkan beliau dalam risalah ini mengambil cara lain yang tidak pernah dilakukan
sebelum ini?"

Kemudian Al-ustaz 'Umar (Rahimahullah) menjelaskan sebabnya seraya berkata: "Ini adalah kerana Risalah ini mempunyai kedudukan yang tinggi dan peranan penting yang beliau mahu lihat di dalam saf mukmin yang sejahtera". Hasan Al-Banna membataskankan di dalam pembicaraan ini di sekitar fikrah
dan amal bagi Jemaah. Beliau telah mendapat taufik yang besar yang hanya diperolehi oleh orang-orang yang seumpama dengannya yang tergolong dari para duat yang benar lagi ikhlas. Maka Risalah Taalim ini terbit sebagai contoh yang unik dihadkan dengan mendalam dan ditulis dengan penuh teliti tentang kefahaman, asas-asas tarbiyah dan prinsip-prinsip Harakah bagi Jamaah Ikhwan Muslimin di dalam tempoh dakwah dan perkembangan takwin seluruhnya. Kesemuanya itu di dalam penjelasan yang ringkas, padat dan teliti, tidak melebihi 20 halaman kertas.

Al-Ustaz Al-Mursyid Umar Al-Tilmisani membuat komentar tentang risalah ini dan selainnya:- "Setiap orang yang membaca Risalah Al-Imam Asy-syahid nescaya dia akan merasa amat takjub. Bagaimana Allah swt mengilhamkan kepada da'ie yang ikhlas bergerak ini, bagaimana Allah swt mengilhamkannya dapat meletakkan makna-makna yang luas di dalam kalimah yang ringkas dan dalam gambaran yang amat jelas tanpa kekaburan dan kesamaran. Risalah ini bermanfaat untuk menggerakkan cita-cita dan pendorong kepada kerja yang bersifat produktiviti lagi bersungguh-sungguh. "
Kami telah membuat komentar terhadap Risalah ini dan mengemukakannya agar dapat membantu dalam amal Islami kepada setiap orang yang diberi petunjuk oleh Allah swt untuk berjihad demi memenagkan kebenaran ini. 

Sekilas pandangan mengenai pemuda hari ini, kita sebagai pelajar dan mahasiswa yang mampu berfikir dan berada di posisi yang benar perlulah bangkit dan sama-sama kita ajak sahabat-sahabat lain untuk mencontohi dan beramal dengan Islam yang sebenar dimana sahaja kita berada. Moga kebaikan Allah akan dilimpahi ke atas kita semua.

Firman Allah,

قَا َ ل يَاَقوْمِ َأرََأيْتُمْ إِ ْ ن كُنتُ عََلى بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي وَرَزََقنِي مِنْهُ رِزًْقا حَسَنًا وَمَا ُأرِيدُ َأ ْ ن ُأخَالَِفكُمْ إَِلى
مَا َأنْهَا ُ كمْ عَنْهُ إِ ْ ن ُأرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَ َ طعْتُ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ عََليْهِ تَوَكَّلْتُ وَإَِليْهِ
( ُأنِيبُ ( 88

Maksudnya:
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) kebaikan sekadar yang terdaya, dan tidak
ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku
bertawakkal dan hanya kepadaNyalah aku kembali".

(Huud: 88)

Sesungguhnya bai'ah merupakan perjanjian antara hamba dan Tuhannya. Seorang hamba menjual jiwa-raganya kepada Allah kerana memenuhi perjanjian itu, dan Allah membelinya dengan membayar syurga yang luasnya langit dan bumi, yang disediakan kepada setiap orang yang mengikat janji setia dengan Allah untuk berdakwah dan bersabar menghadapi setiap cabaran. Kepada setiap muslim yang mengetahui usaha yang mulia ini, jalan ke syurga di kelilingi dengan penuh dugaan, ketahuilah bahawa syurga Allah itu tinggi nilainya. Moga kita dapat Thabat atas jalan ini.

ASAS DAN PRINSIP KITA


Seperti biasa, hari berlalu satu persatu. Sedar tak sedar, saya dah berada di negeri orang hampir dua bulan lebih. Berada di 'seberang lauti' ini sebenarnya banyak mengajar sya untuk menjadi seorang yang tabah dan matang. Tidak semestinya seseorang itu hanya mampu dimatangkan apabila beliau  menyetai SRC, badan-badan kepimpinan atau ikut serta dalam bidang dan kursus-kursus kepimpinan bertaraf  five star bak kate orang puteh. Meskipun saya tidak berhasrat untuk meneruskan legasi kepimpinan di sini, namun kondisi dan situasi sebagai seorang mahasiswa yang ditarbiyah sudah cukup untuk menjadikan saya seorang yang benar-benar matang dari aspek pemikiran dan tindakan.

Baik, kali ini saya tertarik untuk berbincang soal ciri-ciri yang perlu ada ataupun dikatakan sebagai Asas dalam membawa idea mahupun satu gagasan.

Allah swt berfirman:

Maksudnya:

"Mereka yang menyampaikah risalah Allah, mereka takut kepadaNya dan tidak merasa
takut kepada seorangpun yang lain dari Allah, dan cukuplah Allah sebagai Pembuat
Perhitungan".

(Surah Al-Ahzab: ayat: 39 )

Antara Ciri-Ciri Asasi yang perlu ada dalam pembentukan ummah, pendidikan bangsa, pencapaian cita-cita dan pendokongan prinsip pertamanya memerlukan keseluruhan umat kita ini atau paling kurang satu
kelompok yang mempunyai kekuatan jiwa yang besar yang dijelmakan di dalam keinginan yang kuat dan  tidak pula diresapi oleh sebarang kelemahan. Tidak cukup setakat itu kawan-kawan, ia memerlukan kesetiaan yang tetap berkekalan, tidak dijangkiti oleh sebarang warna atau tipudaya. Pengorbanan suci ini pula tidak dapat dihalang oleh sifat tamak dan bakhil. Kitaperlulah mengetahui prinsip, beriman dengannya dan dapat menilai kedudukannya sehingga dapat mengawal dari sebarang kesalahan, penyelewengan atau tertipu oleh perkara lain. 

Ciri-ini asasi ini saya rujuk dari Majmu'ah Rasaail - Ke arah mana kita menyeru manusia - m/s 45.
Dalam hidup kita perlu ada matmat. Pergilah kemana-mana program motivasi sekalipun pasti berkisar soal ini pada awalnya. Alik mana sekalipun sahabat-sahabat, sama seperti matlamat, andai kata kita sasarkan untuk mendapatkan markah 90 % dalam peperikasaan akhir kita, pasti kita akan buat yang terbaik dalam setiap anak tangga kejayaan itu, mempunyai keinginan yang tinggi dan semua yang saya tekankan diatas.

Usul 20


Mungkin ada daripada kalian yang pernah mendengar kalimah usul 20 ini, atau mungkin juga tidak. Tak mengapa, tahu dan tidak itu FITRAH. Disebabkan itulah ummat Islam digesa menuntut ilmu di mana peringkat sekalipun, malah sehingga ke negara China dek kemajuannya suatu masa dulu. Tapi saya ke Mesir. Mana-manapun, moga Allah redha dgn usaha kita menuntut Ilmu-Nya ini.

Sesungguhnya amal Islam sentiasa berhajat kepada titik permulaan yang selamat. Sekalipun jalannya panjang tetapi, percayalah ia akan sentiasa berkembang subur. Al-Iman Hassan Al-Banna telah memilih asas pembinaan yang bermula dari pembinaan individu, keluarga dan masyarakat muslim yang tidak syak lagi akan membuahkan Daulah Islamiah. Di antara tanda permulaan yang baik ialah kita tidak mengalpakan pengambilan sepenuhnya terhadap sebab. Kemudian bertawakkal kepada pencipta sebab yakni Allah pada setiap perkara, sebelum dan selepasnya. 

Firman Allah swt:

َأَفمَنْ َأسَّسَ بُنْيَانَهُ عََلى تَ ْ قوَى مِنْ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ َأمْ مَنْ َأسَّسَ بُنْيَانَهُ عََلى شََفا جُرُفٍ هَارٍ
( َفانْهَارَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ وَاللَّهُ َلا يَهْدِي الَْقوْمَ الظَّالِمِينَ ( 109

Maksudnya:

"Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada
Allah dan keredhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan
bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke
dalam neraka Jahannam".

(At-Taubah: 109)

Permulaan yang baik mestilah dapat menggariskan objektif dan menentukan ciri-ciri keperibadian Islam yang diperlukan oleh amal Islami pada hari ini. Sama seperti konsep pembelajaran kita di universiti tempatan mahupun antarabangsa hari ini, kita diajar berdasarkan objektif agar ianya lebih tersusun. Untuk tujuan itu Risalah Taalim yang ada akan memaparkan kepada kita pembicaraan sekitar Rukun
Baiah dan kewajipan yang diperlukan oleh sebuah jamaah untuk merealisasikan sasaran di atas marhalah tersebut. Kesemuanya itu telah dilingkungi oleh asas-asas kefahaman yang mendisiplinkan akhlak dan membatas hubungan tanpa sebarang kecuaian, melampau, keserabutan dan kebekuan terhadap sunnah-sunnah alam.

Pembicaraan tentang Risalah Taalim dan kandungannya yang menjelaskan jalan dakwah dan menerangkan petunjuk-petunjuk di masa akan datang telah meletakkan tapak kaki muslim dipermulaan jalan untuk menuju ke matlamatnya, iaitu menegakkan kalimah Allah yang paling tinggi di alam ini.
Perkara yang menarik perhatian sesiapa yang meneliti Risalah ini ialah ibaratnya yang halus, ringkas dan terfokus. Juga kejelasan Imam Al-Banna di dalam pembicaraannya yang mengetuk fikiran, menembusi pintu hati, menyentuh perasaan serta bersemadi di dalam jiwa, hati dan akal.


4.00 PAGI

Mata rasa berat, mengantuk dan sewaktu dengannya. Jam menunjukkan pukul 4.00 pagi tepat. Namun, waktu ini masih berhadapan dengan nota-nota kuliah dan buku 'gamaah'. Dalam hati perlahan berkata-kata, "bukan mudah menjadi pelajar perubatan, nak mendapatkan segulung ijazah kedoktoran juga bukan mudah..". Diri akur dengan hakikat yang pasti itu. Hari ini, dah banyak topik juga yang diulangkaji, Body fluid, Kidney structure and function dan dua tiga tajuk yang lain.

Kedengaran alarm telefon sahabat tika ini. Tak lupa selang bunyi kokokan ayam yang menhiasi suasana pagi hari ini. Inilah keindahan subuh dan waktu yang aman untuk ulang kaji pelajaran.
Apa-apapun, ulangkaji mesti dihabiskan. InsaAllah, harapan peperiksaan pada lusa ini hendak mendapatkan 50/50 markah. Itu azamnya, moga Allah perkenankan dengan usaha yang ada.

CASE KEDUA

With the name of Allah..The most Gracious and Most Merciful..
Alright, tonight..I had finish my Assignment about Kidney, about it's function, structure and bla..bla..
Ok, Bahasa Melayu la ya..Maafla, burn the midnight oil la katakan..so, penat cikit..

Lepas habis study tentang Kidney tadi, sempat baca sedikit sebanyak tentang baik dan buruk Bajet 2013 yang dibentangkan beberapa hari lepas.
Bagi saya, menarik untuk ahu isu ini kerana pasti, saya sayang negara tanah air saya.
Saya juga tertarik dengan kata-kata seorang Prof.

"Kita kena sedar bahawa maqasid atau tujuan Syariat Islam adalah untuk mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Senario kegawatan ekonomi, huru-hara dan kesengsaraan yang sedang berlaku di negara-negara Eropah dan yang juga akan berlaku di negara kita jika kaedah pengurusan kewangan negara ini tidak diubah kepada cara Islam jelas menunjukkan bahawa adalah menja
di tanggungawab semua ahli masyarakat, terutama sekali dari kalangan mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pendakwah berusaha dengan segala daya mereka untuk memastikan bahawa ajaran Islam diamalkan sepenuhnya di dalam semua aspek kehidupan termasuk di dalam aspek penyediaan bajet negara"..


Pentingkan sistem Islam ini diketengahkan..hurm, kita doakan untuk bilaadi Malizii sama-sama..
Baik, sebenarnya harini saya nak kongsi Objektif ataupun ILO iaitu 'intended learned outcome' untuk case saya yang kedua ni..Kat bawah ni contoh Draft objektif yang saya buat untuk tiap-tiap case..
ok, tu sahaja..nyte..!


PBL CASE 2: STRUCTURE OF CELL

KEYWORDS:

1.       The ankles were swollen
2.       Tired and weak
3.       Change in colour for plastic strip
4.       Something wrong with her kidney
5.       She was losing protein from her kidney
6.       The doctor took a sample from her kidney
7.       Cell membrane
8.       Special diet
9.       Basement membrane
10.    Electron microscope picture
11.   Nucleus inside the structure
12.   Folded wiggly line

OBJECTIVES:
1.       Filtration, Reabsoption, Secretion, Synthesis, Excretion
2.       Normal functions of kidney
3.       Gross and histological structure of Kidney
4.       Structure of cell component
5.       Comparisons between prokaryote and eukaryote
6.       The electromagnetic radiation (spectrum)
7.       The UV radiation wavelength influence the resolution of microscope
8.       Transport across cell membrane of kidney
9.       The interaction between insoluble molecule

ALHAMDULILLAH, DAH SAMPAI DAA..

BismillahiRahmaniRahim..
With the name of Allah, the most Gracious..and most Merciful..

Hari ini, saya nak report yang dah berada di bumi Mesir ini lebih kurang sebulan dah. Dan ini post saya yang pertama. Pada pandangan saya, berada disini banyak memberi pengalaman dek berada di negeri yang baru hendak membangun. Bukan mudah untuk membangunkan semula mesir ini lagi-lagi setelah baru sahaja kepimpinan yang soleh cuba dibentuk. Moga-moga berjaya.

Hari pertama sampai, saya diturunkan di stesen Cairo International Airport dalam pukul 5.40 pagi gitu. Ni pengalaman pertama saya naik kapal yang boleh terbang..dan transit setengah jam di Bangkok. Ibaratnya keluar kapal terbang, jalan 500 meter dan patah balik untuk check in semula. Saya terima baik arahan pramugara itu, mungkin untuk bersihkan kapal dan engine. Mana saya tau, yang pasti, pengalaman membuktikan bayangan pertama saya agak tersasar. Naik kapal terbang = kenyang. Nak tau kenapa?

Mula-mula penerbangan, saya mula menggodek-godek peralatan elektronik yang ada di depan saya. Ibarat lappie kecil yang mempunyai kelengkapan chat, call, games dan juga movie. Tak lama kemudian, pramugara mula berkerja, saya disapa, "Fish or Chicken sir", saya yang tak tahu apa dengan yakinnya membalas, "Just Chicken, thank you"..Nilah makanan pertama saya dalam flight. Terima kasih buat parent saya yang menyebutkan tatacara dan pengalamn menaiki flight. Sayang ibu ayah!

Baik, saya makan 3 kali..perjalanannya 12 jam, tapi tak rasa seperti lengkap 12 jam mungkin kerana kami bertolak malam dan sampai subuh di Mesir. Ok, fast fowardkan cerita ni, bila keluar airport..agak pelik kerana tak secantik Malaysia, mungkin kerana masih mood 'KL'. Dan saya memotivasikan diri dengan kata-kata "senior kata jangan letak high expectation untuk mesir" dan saya acceptnya secara positif!

Ok, tu baru sampai airport. Then saya diperkenalkan dgn debu-debu mesir, Pyramid di Kaherah dan juga masjid Hussein. Saya suka jiran masjid tersebut iaitu Masjid Azhar. Teringin nak iktikaf disitu. Disebabkan tak biasa dengan asap dan debu mesir, saya sakit kepala untuk 3 hari. Nasib baik tak lah teruk sangat, cuma tak selesa nak bernafas.

Nak rasa? jom mari sini. Saya boleh jadi tour guide. Teringat kawan-kawan di Malaysia. Pasti rindu. Rasa nak bawak yang teristimewa ke sini. InsyaAllah, moga diperkenankan.
Sekarang, saya ada misi yang besar di sini..Besar, besar dan besar.
Harap suksess!