BASAHKAN HATI DENGAN IKHLAS

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." ( Surah Az-Zumar 39: Ayat 2)

TAK PERLU TAKUT

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]

MENJADI RENDAH ?

Dalam dunia ini, ada yang tingg dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya. Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia.

DUNIA HANYA SEBENTAR

Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia daripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunia ini benar-benar merupakan godaan dan penghalang paling besar yang akhirnya mnyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga.

SEKADAR MANUSIA BIASAKAH KITA?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'" [Surah Fussilat, 41:33]

15 KESALAHAN IBUBAPA PUNCA KEBEJATAN SOSIAL DUNIA

Sumber : Jalinan Keluarga 
Diubahsuai dari Kuliah Mingguan Surau An-Nur, 10 Jun 1998 oleh Ustaz Khalid Haji Mohd Isa 
Editor: Krew Epilog Seorang Daie


Negara turut digegarkan dengan aktiviti kurang sihat anak-anak muda seperti merempit, melepak dan ikhtilat yang berleluasa. Kebejatan sosial ini menunding jari kepada ibu bapa kita dan mereka dipersalahkan. Adakah itu perkara yang selayaknya. Mungkin ada benarnya, tetapi saya merasakan bukan ibu bapa sahaja harus dipersalahkan. Tepuk dada anda dan tanyalah iman.. Sama-sama kita fikirkan. 
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi  ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15) 
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.  Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat :  "Orang  yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW  berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia  meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith ) Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. 


1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah 
* Saidul (penghulu) Istighfar ; 
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)  
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran,3 :  38) 
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)  


1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah  
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)  
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah > > Al-Furqan ,25 :74) 
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 


2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : 
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau 
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur 

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak  
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja  mengambil kira perasaan mereka. 4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif 
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak  (terutama semasa marah). ; 
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang  lain. 


5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) 
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan  rohani


 6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. 
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." 
Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 


7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas * ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang  menepati   kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak. 


8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini  mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar pemalas dan selekeh. 


9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 


10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang   mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.


11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 


12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 


13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.


14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.


15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita  untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. ; Wallahu'alam.

Cara Pemakanan Rasul Allah

Assalamu'alaikum,

Rupanya tanpa kita sadari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya ea. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

PENTING KE JAGA KUKU? MALAS, BIAR PANJANG

Bab kuku?? Penting ke? Muncul di fikiran yang saya ni bukanlah rajin sangat memotong kuku lebih-lebih dibataskan dengan fitrah manusia iaitu nisyan(pelupa). Hmm, bab kuku Panjang ni dalm bab Toharah; di katakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... 

bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda. The Truth, jangan simpan kuku panjang walau pun hanya 1 mm ataupun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalahtidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekali pun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak dan hal-hal seharian yang lain seperti makan.

 Dikatakan orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dan lain-lain. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang. Untuk yang bujang beringatlah. 

Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengarkata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Nabi Muhammad pernah sentuh pasal benda ni. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan dirisendiri. Wallahu'alam bissawab.

BERGURU DENGAN ALLAH, MEMPUNYAI IBRAH TERSENDIRI KEPADA UMAT ISLAM

Saban waktu setiap yang bergelar muslim, adalah menjadi kewajipan kepadanya untuk menunaikan perkara yang hak iaitu hak kepada khaliq yakni pencipta dengan menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Hal ini dijelaskan oleh Allah di dalam firminnya yang berbunyi:

Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku.


Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa manusia itu sebagai hamba, dicipta oleh yang maha agung iaitu Allah dan dicipta semata-mata untuk beribadat kepada Allah semata-mata. Begitulah juga sebagai mana yang kita sering lafazkan dalam bacaan kita dalam solat ssewaktu membaca doa iftitah: Sesungguhnya solatku, dan ibadahku hidup dan matiku adalah kepada tuhan(Allah) sekelian alam. Jadi saya terfikir adakala memang ada benarlah kata seorang sahabat saya bahawa hidup kita ini perlulah dan wajiblah dua per tiga (2/3) daripada hari atau hidup kita ini adalah untuk Allah dan Islam dan selebihnya dibahagikan untuk aktiviti-aktiviti yang lain.

Tajuk ini adalah merupakan tajuk sebuah buku yang dikarang oleh seorang motivator yang mengendalikan program "Khusyuk itu mudah" di negara-negara seperti Malaysia dan Indonesia iaitu Abu Sangkan. Melalui pemerhatian saya dan hasil penjelasan daripada seorang teman sefikrah berkenaan perihal solat, pemikiran menjadi terbuka dan saya dapat melihat betapa seronoknya solat itu sekiranya kita faham, kita dapat menghayati, mentadabbur dengan penuh perasaan beriman kepada Allah, pasti kita akan mencintai amalan ibadat yang kita lakukan itu. Saya cuba berikan satu analogi, apakah seseorang itu dapat memffokuskan sesuatu perbuatannya tanpa mengetahui apa motif, kesan, implikasi sesuatu perbuatan yang individu itu lakukan. Walhal, mungkin akan membahayakan individu itu seendiri...Betul tak?? 


Tepuk dada tanyalah im an masing-masing. Saya yakin bahawa setiap yang mumayiz itu pasti dapat faedah, kesan, manfaat dan menbuat penilaian yang dominan. Apa yang ingin saya tekankan ialah seseorang itu perlulah berilmu untuk menghayati solat yang dilakukan itu. Dengan itulah solat itu mampu untuk memberikan kesan yang baik kapada pelakunya.Mustahillah tuhan melakukan ibadah solat itu satu yang sia-sia kepada hambanya kerana tuhan itu bersifat dengan penuh sifat kesempurnaan melainkan sesuatuy itu mempunyai ibrah tersendiri.Dengan itu, anda dan juga saya sendiri pasti akn merassakan solat itu sattu keperluan dan mencintainya.

Adab dan Sunat Hari Raya Eidul Fitri



  
Sempena menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berhempas pulas melawan kehendak nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah iaitu hari raya Eidul Fitri. Di sini dicoretkan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini.
1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya
Antara dalilnya ialah sebagaimana berikut :
a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar
(riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih )
b. Telah sabit bahawa para sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya.
c. Telah sabit juga bahawa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.
d. Sebahagian ulama’ menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyerpurna dalam berhias.

2. Memakai sebaik-baik pakaian
Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.
3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya
a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan.
(riwayat imam Bukhari dan Ahmad)
b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang korban. ( riwayat imam Ahmad dalam sohih Al-Jami’ )

4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya
Ummu ‘Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim)
Setengan ulama’ mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya.
5. Melaungkan takbir pada hari raya
Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di temapt solat hari raya.
( Riwayat Baihaqi dan al-hakim dalam sohih al-Jami’ )

6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya
Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari dalam sohih al-Jami’ )
7.Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin

Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu.
( Al-Albani telah berkata telah diriwayat oleh al-Muhamili dan selainnya dengan sanad yang sohih dalam Tamam al-Minnah )

Semoga kita dapat sama-sama menghidupkan amaln sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri dan para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanfaat dan jangan kotorkannya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk maksiat. Hari raya kemenangan dalam melawan nafsu dan jangan biarkan nafsu yang mengalahkan kita pula pada hari raya.
Source: ePondok