BASAHKAN HATI DENGAN IKHLAS

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." ( Surah Az-Zumar 39: Ayat 2)

TAK PERLU TAKUT

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]

MENJADI RENDAH ?

Dalam dunia ini, ada yang tingg dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya. Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia.

DUNIA HANYA SEBENTAR

Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia daripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunia ini benar-benar merupakan godaan dan penghalang paling besar yang akhirnya mnyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga.

SEKADAR MANUSIA BIASAKAH KITA?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'" [Surah Fussilat, 41:33]

SOME LESSON


Lesson One


An eagle was sitting on a tree resting, doing nothing. A small rabbit saw the eagle and asked him, "Can I also sit like you and do nothing?" The eagle answered: "Sure, why not?" So, the rabbit sat on the ground below the eagle and rested. All of a sudden, a fox appeared, jumped on the rabbit and ate it.

Management Lesson - To be sitting and doing nothing, you must be sitting very, high up.

____________________________________


Lesson Two


A turkey was chatting with a bull. "I would love to be able to get to the top of that tree," sighed the turkey, "but I haven't got the energy." "Well, why don't you nibble on some of my droppings?" replied the bull. "They're packed with nutrients." The turkey pecked at a lump of dung, and found it actually gave him enough strength to reach the lowest branch of the tree. The next day, after eating some more dung, he reached the second branch. Finally after the fourth night, the turkey was proudly perched at the top of the tree. He was promptly spotted by a farmer, who shot him out of the tree.

Management Lesson -Bull shit might get you to the top, but it won't keep you there.

___________________________________


Lesson Three

A little bird was flying south for the winter. It was so cold, the bird froze and fell to the ground into a large field. While he was lying there, a cow came by and dropped some dung on him. As the frozen bird lay there in the pile of cow dung, he began to realize how warm he was. The dung was actually thawing him out! He lay there all warm and happy, and soon began to sing for joy. A passing cat heard the bird singing and came to investigate. Following the sound, the cat discovered the bird under the pile of cow dung, and promptly dug him out and ate him. Management Lesson -

(1) Not everyone who shits on you is your enemy.

(2) Not everyone who gets you out of shit is your friend.

(3) And when you're in deep shit, it's best to keep your mouth shut! This officially ends your three minute management course

-- > Destiny is not a matter of chance, It is a matter of choice, It is not to be waited for, It is something to be achieved.

Last lesson -

From me, let us improve our english and our live with live in syariah...

We also should have dignity and find the right path..

RATUN SYAHADAH



Rasuluallah s.a.w bersabda: "Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita , mereka itu ialah Asiah Binti Muzahim (iateri firaun) , Maryam binti imran ( bonda isa) , Khadijah binti Khuwalid ( isteri rasuluallah) dan Fatimah Binti Mohamad ( puteri kesayangan rasuluallah ) Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimananya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya ,Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

"Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak. Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak." Ucapan penuh bernilai dari Asiah tatkala menerima siksaan dari Firaun yang dilaknat... Ketabahan Asiah memelihara syahadah mentauhidkan Allah SWT telah diabadikan di dalam Al-Quran Al-Karim. Firman Allah SWT : "Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang² yang beriman, ketika ia berkata : "Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim." (At-Tahrim : 11) Begitulah keteguhan iman seorang srikandi Ummah. Namanya terus terpahat di dalam sirah, sebagai qudwah hasanah kepada kita sebagai umat-Nya. Keberaniannya menjaga aqidahnya seharusnya dicontohi oleh kita semua, khususnya kepada kaum wanita dan umumnya buat kita semua... Semoga kita dikurniakan ketabahan hati seteguh Asiah, mujahidah sejati...amin...


Hayatilah bersama-sama dan tanamkanlah cita-cita untuk menjadi sperti mereka...




Ratu syahadah - In Team

engkaulah permaisuri di mahligai tirani
teguh imanmu walau tersembunyi
kasihmu kau buktikan sebagai isteri
namun cintamu utk Ilahi

engkau masih isteri yg sejati
ketika suami..dimurka Allah
istana bukan penjara nikmat yg alpa
sinar imanmu tak kelam permata
kau miliki jiwa hamba..
walau disisimu singgahsana

sejarah Asiah telah membuktikan
iman bukanlah penjara dijiwa
yg telah bersembunyi
tapi kemerdekaan yg hakiki

yg punya wajah dan jua rupa
akhirnya imanmu bersuara
lantas kau dipenjara dan disiksa
oleh suamimu yg dihina

dikejauhan istana keangkuhan
menggamit mata sayu nya dijiwa
namun hatimu tk sudi kesana
iman dan aqidah lebih utama

ratu syahadah lalu bermadah
oh tuhan bina kan istana utkku
walaupun diduni aku disiksa
namun tk terbayar nikmat disyurga

oh Asiah
kau merubah rencana
bila tanganmu menyentuh bayi
yang hanyut meningkah arus sungai Nil
lembutmu mematahkan keangkuhannya
Fir'aun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang..
jadi terbilang..

SURAT SEORANG SAHABAT:BIAH SOLEHAH


Assalamu'alaikum warahmatullah,

Ikhwah dan akhawat yang dimuliakan dan dikasihi kerana Allah,

Moga hati-hati kita sentiasa terus berhubungan dengan Allah swt supaya Hidayah-Nya sentiasa memimpin kita untuk terus teguh di atas jalan kebenaran dan bukan sebaliknya.

Pernah tak kita menonton atau mendengar cerita fiksyen Superman, Ultraman, Automan, He-Man, Spiderman dan yang seumpama dengannya….tak pernah???
Hmmm…..cam pelik lak kalau tak tahu pasal nih…

Apa agaknya yang common dlm citer-citer tersebut??? Tentu tak lain tak bukan ialah semua citer tersebut menonjolkan super hero masing-masing, Superman dengan Clark Kent (entah betui tidak ) dll. Hmm…citer Hindustan lagi dahsyat!

Fuh…bukan main hebat yea sorang-sorang boleh mengalahkan musuh-musuh yang terlalu ramai.

Apa-apa pun yang pastinya al-maklum citer-citer tersebut merupakan dongengan semata-mata dari negeri entah berentah.

Tapi apa kesannya pada kita masa kecik-kecik dulu bila lepas tengok citer-citer ini ataupun adik-adik kita atau anak-anak saudara kita hari nih….Hmm..ada yang pas tengok citer tuh…pegang bantal peluk main perang-perang dengan adiknye (jadik cam dlm citer Star Wars) apa lagi bertaburlah kekabu bantai peluk masamnye. Ada yang ikat kain pelikat atau ntah kain apa-apa lagi kat leher, konon-konon jadik Clark Kent tapi ‘sound effect’ jer lebih…tak boleh terbang pun dan macam-macam lagi.

Jelas kepada kita semua citer-citer tuh mendatangkan kesan pengaruh dlm hidup kita, tak kita pun adik beradik ataupun kawan-kawan kita. Kesan pengaruh negatif yang ingin ana tekankan di sini yang mungkin melanda diri kita juga ialah sikap ‘superhero’.

Sikap superhero nih merupakan suatu penyakit yg berbahaya, kerana dengan sikap inilah umat Islam akan berpecah-belah dan musuh-musuh Islam dengan mudah akan menindas dan menguasai umat Islam.

Apatah lagi sekiranya penyakit ini melanda dalam kumpulan-kumpulan yang berusaha memperjuangkan dan menegakkan kebenaran Islam di hadapan taghut-taghut yang senantiasa mengintai kelemahan-kelemahan yang ada untuk menghancurkan Islam dan menegakkan kebatilan mereka. Sudah tentu akan berjayalah si taghut tersebut dan tewaslah kita.

Apa yg harus kita lakukan??? Jauhilah unsur-unsur superhero dalam diri kita dan ayuh satukan hati-hati kita di atas jalan kebenaran ini. Cahaya yang terpancar-pancar tidak akan berjaya menerangi kegelapan malam melainkan sekiranya cahaya-cahaya itu disatukan, maka akan hilanglah kegelapan. Cahaya yang disatukan inilah yang akan mewujudkan bi’ah yang solehah yang akan menjemput rahmat dan keberkatan Allah swt kepada mereka yang berada di dalam bi’ah tersebut.

"Kekuatan Allah adalah bersama-sama dengan jemaah. Sesungguhnya serigala itu hanya akan (dapat) memakan kambing yang terpisah daripada (kumpulannya)" (Riwayat oleh Abu Daud)

Apakah kesan-kesan buruk kalau bi’ah solehah ini tidak wujud di persekitaran kita??? Antaranya dari pengalaman seposen dua…;
Susah nak istiqamah dengan amal ibadat kita
Penyakit hati seperti buruk sangka, sakit hati, cemburu tak bertempat mudah bersarang dalam hati-hati kita.
Rasa stress dalam diri kerana bebanan kerja baik kerja dakwah atau masalah peribadi ditanggung sorang-sorang. Adakalanya juga perasaan stress yg tak jelas puncanya menekan diri kita kerana disebabkan oleh hati yang berpenyakit.
Perkara-perkara yang merosakkan akan mudah menyerang masuk, seperti bisikan syahwat, perkara-perkara yang melalaikan dan benda-benda mazmumah yang lain yang menjerumuskan kita ke lembah kebinasaan.
Hati akan kebanyakan masa gelisah kerana keberkatan dan rahmat Allah tidak sampai. Rasa diri lemah untuk berhadapan dengan cabaran hidup apatah lagi dalam usaha menyebarkan Risalah Allah yang merupakan kewajipan bagi setiap yang mengucapkan Syahadah, Lailaha illa Allah wa Muhammadur Rasulullah.
Benda yang sepatutnya mudah diselesaikan menjadi kompleks kerana masalah sikap yang mengikut kepada dan ego masing-masing.
Hmm...banyak lagi sebenarnya keburukan daripada tidak adanya bi'ah solehah. Banyak juga dalil-dalil naqli yang mengarahkan kita, orang-orang yang beriman untuk berada dalam bi'ah yang solehah ini. Of course orang-orang yang beriman seharusnya juga merupakan orang-orang yang mewarisi kerja Ar-Rasul s.a.w menyampaikan dan menegakkan kebenaran Ar-Risalah. Mungkin boleh dikongsikan perkara-perkara tersebut lain kali, cuma diharapkan setakat ni kita semua perlu sedar akan kepentingan bi'ah solehah ini dan berusaha sedaya-upaya untuk mewujudkannya.Tidak ada alternatif lain daripada ini melainkan pengengkaran kepada perintah Allah swt dan sunnah Ar-Rasul s.a.w yang membawa kita kepada kebinasaan.

Wallahu'alam

SEJARAH TAKKAN BERULANG..SELAMAT 2010 (SPM)



Beberapa hari lagi, bakal menjelanglah tahun 2o1o..Namun tahun 1431 hijrah telah pun bermula beberapa hari yang lalu yang merupakan satu dimensi yang baru bagi semua khalifah di muka bumi ini untuk melaksanakan suruhan ALLAH azza wajalla..
Apa yang hendak saya khususkan ialah pada tahun 2o1o iaitu akan adanya satu detik bagi mereka yang berumur 17 tahun dan yang menetap di Malaysia dan bersekolah, maka akan bertemulah satu peperiksaan yang menjadi kayu ukur atas apa yang diperolehi spanjang sesi persekolahan termasuklah dari prasekolah dan sebagainya...iaitu peperiksaan SPM, yang mana mungkin telah dilalui oleh ramai individu dan munkin juga akan dilalui..
So, ianya samalah seperti mana apabila sampainya hari yang tiada hari selepasnya iaitu 'yaumul qiamat' dan panggilan yang sebagainya, tetapi yang pastinya..manusia ini akan dihisab dan dihitung amalan mereka didunia ini..
Mungkin peperiksaan yang bakal ditempuh ini tidaklah sesusah peperiksaan didalam kubur dan di mahsyar nanti...
Namun saya akan berusaha sebaik mungkin dan saya amat mengharapkan doa-doa daripada semua termasuklah yang membaca...

Tahniah juga kepada mereka yang berjaya terhadap SPM yang lepas-lepas...

Disamping ini juga saya mengucapkan selamt menempuh dugaan dan ujian daripada ALLAH dengan berpandukan kepada alQuran dan Sunnah rasullah...

Jadi akhirulkhalam..semoga dapat lagi saya mencoret pandangan dan idea dengan izin ALLAH
selepas pulang dari HOSTEL nanti..k
So, thank you n good luck..INSYALLAH..







ORANG BERZIKRULLAH.:.ORANG BERUNTUNG