Ok, untuk hari ini dah genap dua belas hari selepas peperiksaan final semester ini. Masing-masing, rata-ratanya dah pulang ke Malaysia untuk melepaskan rindu ke keluarga terchenta. Iyalah, " Mesir ni ada apa, ada debu, pasir, bangunan tak siap. Malaysia ada KLCC, Kau ada? ". Amboi, amboi.
-senyum-
Mesir, walau pun bumi yang tidak semaju tanah air kita, namun ia mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Pendek kata, siapa yang duduk sini akan tahu apa kelebihannya yang mampu membuatkan mereka yang menuntut disini terasa istimewa. Tanya sahaja kepada mahasiswa yang menuntut di kawasan perlembahan nil ini, tidak kiralah pelajar Pengajian Islam atau Sains kesihatan, pasti mereka mampu untuk bercerita berkenaan 'permata' yang mereka kutip di sini.
Hari ke-12 saya habis peperiksaan, menunjukkan dua belas harilah saya mula ditinggalkan kesunyian dari sahabat se-circle saya dan kawan-kawan di bumi Mansurah ini. Saya belajar untuk mengharungi hari-hari yang sunyi tanpa sahabat, tetapi hari yang indah bersama ammu-ammu arab di masjid-masjid dan pasar-pasar. Sahabat-sahabat sebulatan dan beli tiket pulang awal-awal lagi, saja saya memilih tarikh dua minggu lewat daripada tarikh tamat peperiksaan. Kata saya, "Saya nak teman member-member yang tengah exam lagi nieh". Ceewah.
Allah berfirman,
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya".
[Surah Qaaf ayat 16]
Persatuan Dan Akademik
Dalam perjalanan hidup saya, saya berharap saya mampu menjadi mereka yang 'hebat'. Hebat yang bagaimana yang saya impikan, saya mendefinisikan hebat dalam kamus hidup saya sebagai suatu kondisi untuk mendapatkan redha Allah. Suka saya sekiranya saya antara mereka yang dapat ditarbiyah dengan perjalanan sirah nabi-nabi, dimotivasikan dari alam sekeliling yang diciptakan, dan terus beriman sebagaimana diperintahkan oleh Allah. Saya mulakan perjalanan untuk menuju impian ini dengan berazam menjadi mereka yang bermanfaat.
Bagi saya, satu kerugian bila mana kita membuang masa yang ada tanpa terisi dengan kebaikan. Dan saya percaya, masa yang tidak diisi dengan baik akan membawa kepada kelalaian. Sudah pastilah syaitan itu lebih licik dalam mempergunakan kita untuk kejahatan. Di sini, saya cuba mengisi masa saya dengan berpersatuan tanpa menafikan hak dan amanah saya sebagai pelajar perubatan. Bila kita ada sesuatu, baru kita mampu untuk memberi sesuatu.
Alhamdulillah, dalam minggu ini sudah ada lagi kertas kerja yang perlu difikirkan perancangan dan pergerakkan program. "Program Ihsan Ramadhan '13". Nama program yang baik dan pada bulan yang sangat baik. Saya hanya dapat bersama-sama merancang, tapi tidak dapat bersama kerana Malaysia terlebih dahulu memanggil saya. Insya Allah tahun depan baru dapat bersama menjayakan program di bulan Ramadhan di Mesir ini. Saya harap, segala penglibatan saya ini dikira sebagai amal jama'ie yang diterima oleh Allah.
Masjid Muhammad Ali Pasha, Mesir |
Hayya Ala Solah!
Masa yang ditepati, Bermanfaat kepada orang lain, Gerak kerja yang tersusun.
Ketiga-tiga item ini meliputi aspek pembinaan seorang fardil muslim yang soleh dan matang. Hendak jadi muslim yang qawiy tidak cukup dengan pandai bermain kata-kata, atau mantap menaip status yang berapi-api di laman sosial Facebook. Akan tetapi, rijal yang qawiy perlu melatih diri dengan aspek pentarbiyahan yang solid meliputi tarbiyah ruhiyyah, dzatiyyah, jasadiyyah dan lain-lain lagi.
Jangan menjadi ibarat diketuk tin kosong yang bunyinya kuat, namun isinya tiada apa-apa.
0 pandangan sahabat-sahabat:
Post a Comment