Pisang Punca Kegembiraan


Mustahil  bagi Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan menciptakan sesuatu perkara dan menjadikan sesuatu itu hanya sia-sia semata. Malahan, kita perlu yakin bahawa Allah yang Maha Agung itu menjadikan musibah, ibtila, ujian dan tribulasi itu sebagai sesuatu yang membawa kebaikan kepada hambaNya. Saya bawakan satu contoh, dalam persekitaran kita mempunya pelbagai jenis bakteria, debu, kuman, hama dan mikroorganisma. Malahan mereka juga mempunyai kitaran yang tersendiri. Ciptaan sekesil itu, jangan disangka kecil semata-mata kecil, ia mampu menjadi asbab penyakit berjangkit dan sesuatu yang diluar sangkaan kita.
Saya tertarik untk melakukan sedikit bahan pembacaan tentang pisang dan khasiatnya. Idea ini diilhamkan oleh Doktor yang menagajar saya subjek Embryology. Katanya, pisang boleh menjadikan kita yang murung kepada gembira dek enzyme dan khasiat yang terkandung didalamnya.
Sejak turun temurun lagi, pisang telah digunakan oleh nenek moyang kita dalam kehidupan seharian mereka. Kegunaan pisang adalah pelbagai, ia meliputi akarnya, batangnya, daunnya, buahnya mahupun jantung pisang. Pada hari ini, kegunaan pisang adalah lebih meluas lagi . Ia bukan setakat sumber makanan, malah diusahakan dengan menggunakan teknologi moden sehingga mampu mendatangkan pulangan yang lumayan.
Khasiat Pisang:
1.Menurunkan tekanan darah tinggi dan strok
Ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
2. Menurunkan kolestrol
Ia rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu menurunkan kolestrol.
3. Cirit-birit
Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat cirit-birit.
4. Anaemia
Anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
5. Kemurungan
Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
6. Pening-pening
cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu.
Nota :
  • Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
  • Jika anda digigit nyamuk, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
  • Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia 3 bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.
Sudah terbukti, buah pisang mempunyai banyak khasiat untuk badan kita. Oleh itu, datang pelbagai versi seperti minuman banana juice, dan sebagainya.
Wallahu'alam.

0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment