ALHAMDULILLAH, DAH SAMPAI DAA..

BismillahiRahmaniRahim..
With the name of Allah, the most Gracious..and most Merciful..

Hari ini, saya nak report yang dah berada di bumi Mesir ini lebih kurang sebulan dah. Dan ini post saya yang pertama. Pada pandangan saya, berada disini banyak memberi pengalaman dek berada di negeri yang baru hendak membangun. Bukan mudah untuk membangunkan semula mesir ini lagi-lagi setelah baru sahaja kepimpinan yang soleh cuba dibentuk. Moga-moga berjaya.

Hari pertama sampai, saya diturunkan di stesen Cairo International Airport dalam pukul 5.40 pagi gitu. Ni pengalaman pertama saya naik kapal yang boleh terbang..dan transit setengah jam di Bangkok. Ibaratnya keluar kapal terbang, jalan 500 meter dan patah balik untuk check in semula. Saya terima baik arahan pramugara itu, mungkin untuk bersihkan kapal dan engine. Mana saya tau, yang pasti, pengalaman membuktikan bayangan pertama saya agak tersasar. Naik kapal terbang = kenyang. Nak tau kenapa?

Mula-mula penerbangan, saya mula menggodek-godek peralatan elektronik yang ada di depan saya. Ibarat lappie kecil yang mempunyai kelengkapan chat, call, games dan juga movie. Tak lama kemudian, pramugara mula berkerja, saya disapa, "Fish or Chicken sir", saya yang tak tahu apa dengan yakinnya membalas, "Just Chicken, thank you"..Nilah makanan pertama saya dalam flight. Terima kasih buat parent saya yang menyebutkan tatacara dan pengalamn menaiki flight. Sayang ibu ayah!

Baik, saya makan 3 kali..perjalanannya 12 jam, tapi tak rasa seperti lengkap 12 jam mungkin kerana kami bertolak malam dan sampai subuh di Mesir. Ok, fast fowardkan cerita ni, bila keluar airport..agak pelik kerana tak secantik Malaysia, mungkin kerana masih mood 'KL'. Dan saya memotivasikan diri dengan kata-kata "senior kata jangan letak high expectation untuk mesir" dan saya acceptnya secara positif!

Ok, tu baru sampai airport. Then saya diperkenalkan dgn debu-debu mesir, Pyramid di Kaherah dan juga masjid Hussein. Saya suka jiran masjid tersebut iaitu Masjid Azhar. Teringin nak iktikaf disitu. Disebabkan tak biasa dengan asap dan debu mesir, saya sakit kepala untuk 3 hari. Nasib baik tak lah teruk sangat, cuma tak selesa nak bernafas.

Nak rasa? jom mari sini. Saya boleh jadi tour guide. Teringat kawan-kawan di Malaysia. Pasti rindu. Rasa nak bawak yang teristimewa ke sini. InsyaAllah, moga diperkenankan.
Sekarang, saya ada misi yang besar di sini..Besar, besar dan besar.
Harap suksess!

0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment