Hari ini, tanggal 2 haribulan September tahun 2012, hanya dua hari selepas sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55 merupan tarikh yang istimewa buat sahabat-sahabat dan teman seperjuangan saya. Tarikh yang merupakan fasa mereka beranjak, dari yang bergelar murid kepada gelaran 'Mahasiswa'.
Saya cemburu tatkala mereke-mereka ini berdaftar sebagai penuntut di Universiti-universiti awam seperti UniMaP, UMP, UNIMAS, UKM, UM,dan UPM, saya pula masih menantikan tarikh yang akan membawa perubahan dalam diari kehidupan saya, bezanya hanya 3 hari. Tarikh yang saya tunggu berlepas ke Kaherah, Mesir.
Anyway, tak lupa untuk saya ucapkan selamat bergelar 'Mahasiswa', Moga-moga degan gelaran tersebut menjadikan anda semua bukan hanya seorang yang mengejar Ilmu untuk dunia..Ya, DUNIA..Tapi juga untuk Akhirat. Sama-sama kita betulkan dan tajdid niat kita dalam menuntut Ilmu. Moga Ia Bermanfaat untuk anda dan untuk saya!
0 pandangan sahabat-sahabat:
Post a Comment