SALAM EIDUL FITRI '12


Salam Aidilfitri 1433H / 2012M

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantik
an kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” 


( Hadis Riwayat al-Nasaai)



Selamat menyambut ketibaan 1 Syawal 1433H dengan kesyukuran, kegembiraan dan penuh kemeriahan diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. 



Semoga sambutan aidilfitri kali ini mendapat keredhaan Allah SWT dan jangan lupa doakan juga kesejahteraan, keselamatan saudara seagama kita di Palestin, Syria, Myanmar dan di mana sahaja mereka berada. Sama-sama kita doakan kemenangan mereka dalam membela agama suci ini.



Perbanyakkan pujian dan zikir kepada Allah SWT, selawat ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW serta hidupkan amalan-amalan sunat pada hari raya aidilfitri nanti.



~Taqabbalullahu minna waminkum~



Sumber: MEDIAPERUBATAN 2012/2013.

0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment