Hidup Ini Senang..Taaaaakk..!


Hidup ini senang..Taaaaak..! Hidupni senanglaa..Taaak..! Senang..TAK!

Amboi.. Hati ni berkeras kata hidup ni susah. Bukan sekali dua hati ni bertegas kata 'tak', tapi setiap kali minta ini cuba mempositifkan fikiran.
"Hidup ni senanglah, apa yang susah? Kan Allah ada bersama kita. Allah sentiasa bersama-sama kita la hati"
Tiada respon untuk seketika. Mungkin menganalisi dan berfikir hakikat yang sememangnya tak boleh disangkal lagi. Huuuh..

AlhamdulilLah, masih dapat mempositifkan diri dan jiwa. Sahabt-sahabat apa kabar? Sihat Iman? bagaimana dengan perjuang setakat ini.. Berasa lemah? urm, relak dulu ya..Jangan mudah mengalah taw. Kena kuat  sebab kita lah HARAPAN yang ada :) Think all positive.. Saya teringat kisah '3 idiot', satu filem hindi yang cukup digemari rata-rata sahabat matrikulasi saya, gara-gara dia bertindak positif dalam hidupnya, hanya dengan yakin dengan ucapan 'All Iz Well', semua menjadi baik, elok, selamat dan seolah-olah keajaiban berlaku. Yakin kita juga boleh, tengok, penat saya nak yakinkan yang hidup ini senang dengan pengawasan Allah, yang dekat dengan hambanya.

Sahabat-sahabat semua, Janganlah kita berasa lemah. Tatkala hati-hati yang ingin kita ajak ke arah kebaikan menolak ajakan kita. Ingatlah..Hidayah itu milik Allah. Dia akan memberi kepada siapa yang dikehendaki yakni hamba-hamba yang terpilih, yang berusaha mencari cahaya-Nya. Jangan lekas kecewa dan putus asa. Tugas kita hanya menyeru dan tiap usaha kita yang banyak mahupun sedikit ada nilainya di sisi Pencipta (sekiranya hati ikhlas kerana-Nya).
Wahai kawan... Jangan kita berasa lemah. Tatkala kita mewakafkan diri untuk agama ini dan memilih untuk hidup di jalan Allah, maka pasti..kita harus bersedia untuk mengharungi liku-likunya. Kau harus tahu jalannya itu licin, curam dan berduri. Terluka itu biasa dan harus kita terima.
Wahai sahabat... Jangan sesekali kita berasa lemah. Meskipun dalam hati terasa berat saat melalui jalan ini. Sukar dan melelahkan. Banyak yang perlu dikorbankan (terutamanya keinginan hawa nafsu). Namun, harus kita tahu dan yakin bahawa ada bahagia di Sana. Bahagia yang tidak akan dirasai oleh mereka yang ingin hidup biasa-biasa saja. Ada keindahan yang tidak mungkin ditemukan jika memilih untuk hidup untuk dunia semata-mata. Kebahagian dan keindahan itu boleh sekali diraih bila hati ini, kita dekatkan dengan Pencipta. Keperitan, kesakitan dan kelelahan seolah-olah 'terbius' oleh kecintaan kepada-Nya.
Wahai sahabat... Andai kau berasa lemah itu bukan salahmu kerana kita hanyalah manusia biasa. Kerana itu Allah S.W.T telah memotivasikan kita, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. [Ali-Imran 3:139]
Ingatlah, di penghujung hayat kita akan kembali kepada-Nya dan jalan ini satu-satunya jalan selamat untuk bertemu dengan-Nya..
Sesekali terjatuh itu biasa. Tetapi jangan jatuh hingga tak bangun-bangun, itu parah. Hakikatnya nasihat ini untuk DIRIKU DAN DIRIMU SAHABATKU . Aku tidak ingin selamanya berasa lemah. Aku harus bangkit dan bersemangat sentiasa. Sungguh, motivasi yang paling penting bermula dari dalam diri.
Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat Belas-Lasihan akan hamba-hamba-Nya. [al-Baqarah 2:207]
Kuatlah sahabatku...KITA DIPERTEMUKAN UNTUK SALING MELENGKAPI DI JALANYA..
UHIBBUKUM FILLAH!

0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment