PENGALAMAN BERSAMA UKM

Bismillah..Walaupun berada di dalam kemelut kesibukkan menguruskan adik-adik pelajar baru kemasukkan sesi 2012/2013 program matrikulasi , namun tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang memahami keperluan dan kepentingan bergerak dan bekerja untuk Islam bukanlah menjadikan apa yang dipertanggungjawabkan itu satu isu atau satu penghalang, malahan ia menjadi bahan bakar untuk mengumpul pengalaman dan ilmu baru.  Komitmen sebagai seorang (Ahli Jawatankuasa Orentasi) AJKO bukanlah satu tugas yang mudah dek kerana ia menguji ketahanan mental dan fizikal. 

Perjumpaan Post-mortem setiap malam sangatlah mencabar bagi saya dan rakan-rakan, mana tidaknya, setelah penat seharian menguruskan pelajar, kemudian wajib pula untuk menghadiri meeting yang pastinya suasananya tegang dan berlarutan sehingga 2.30 pagi.


Dalam ruang masa senggang yang ada, sempat saya menelaah buku yang dikarang oleh Us Fathi Yakan, bukunya yang betajuk 'Tasawur Asasi Gerakan Islam', isunya ialah "lemahnya pemikiran  berorganisasi ('aqliyah tanzimiyyah), maka lemahlah amal islami". Pengalaman yang dapat saya kongsikan, sebelum turut ke matrikulasi untuk menguruskan Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB), sempat bertemu dengan sahabat-sahabat yang memimpin tampuk kepimpinan di UKM. Bersama mereka, sempat saya melihat dan mempelajari perkara-perkara baru dalam meniliti keperluan sesuatu organisasi untuki diuruskan dengan cermat.

"PMUKM Komited Isu Keselamatan



Kajang, 24 Mei - 61 kes direkodkan sepanjang bulan Januari sehingga 21 Mei 2012. Pelbagai kes yang dilaporkan berdaftar di wisma aman antaranya kecurian, pergaduhan, kemalangan dan sebagainya. 

Dalam pada itu, Wisma Aman UKM turut menganggarkan bahawa tenaga kerja seorang pengawal atau pegawai keselamatan di UKM sebenarnya menyamai hampir 250 mahasiswa di UKM.  Selain itu, perjumpaan ini bertujuan menuntut persefahaman serta kerjasama antara PMUKM dengan pihak keselamatan.
Pihak keselamatan telah berusaha serta meningkatkan tahap keselamatan di setiap pintu masuk UKM. Susulan daripada itu, pihak keselamatan telah meningkatkan tahap pemantauan serta kekerapan yang tinggi dalam memastikan tahap keselamatan terus terjaga.


Saudara Ezuan Saad mewakili PMUKM bertemu dengan wakil wisma aman dalam melahirkan kerjasama yang berterusan. Malah, kerjasama ini tidak terhad hanya kepada kes-kes keselamatan ini. 

Sehubungan itu, pihak Wisma Aman UKM menyuarakan harapan agar usaha ini dilakukan secara bersama. Setiap individu bertanggungjawab menjaga keselamatan diri, harta peribadi yang berharga dan sebagainya. Tidak wajar sekiranya usaha menjaga keselamatan ini diberikan tanggungjawab sepenuhnya di atas bahu wisma aman sahaja.
Pertemuan yang kedua diwakili oleh Presiden PMUKM, Saudara Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi bersama wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang (IPD Kajang), ASP Merbin, ASP Zamrus, ASP Jamal. Perbincangan dimulakan dengan pembentangan statistik soal selidik yang dicetuskan oleh PMUKM kepada mahasiswa UKM umumnya. 

Hasil soal selidik menunjukkan bahawa majoriti mahasiswa tidak berpuas hati dengan tahap keselamatan di UKM. Perkara ini sangat mendukacitakan, memandangkan keadaan sekarang yang semakin menghampiri bulan peperiksaan.

Selain itu, pihak polis turut melaporkan statistik serta simpanan data laporan kes jenayah yang diperolehi daripada UKM, Bangi. Statistik tersebut menggambarkan kes yang dilaporkan semakin meningkat serta membimbangkan. Salinan statistik tersebut turut diperolehi Presiden PMUKM sebagai bukti penerangan.

Walaubagaimanapun, pihak polis berpandangan bahawa kes keselamatan ini perlu diserahkan dahulu kepada pihak Wisma Aman UKM. Malah, mereka turut mempertikai kebersediaan serta kebolehan Wisma Aman UKM dalam menangani isu keselamatan. 

Pihak IPD turut mencadangkan agar Wisma Aman UKM menambah baik sistem yang sedia ada. Cadangan meningkatkan mutu keselamatan antaranya penyediaan lampu yang baik, penyediaan palang berkunci yang efisien dan penyediaan sistem CCTV yang berkualiti.

Akhir kata daripada pihak IPD Kajang, tetap sentiasa bersedia untuk membantu pihak UKM khususnya dalam menangani isu keselamatan di UKM.

Sekiranya, rakan-rakan mahasiswa mempunyai cadangan yang difikirkan perlu perhatian lanjut, PMUKM serta pihak pentadbiran sangat mengalu-alukan. Sebarang makluman boleh disalurkan melalui pmukm1011@gmail.com (PMUKM), serta kepada JAKSA Kolej yang berdekatan dengan anda.

Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment