ISU AQIDAH MUSLIM : IKLAN AIDIL FITRI ADA UNSUR KRISMAS DAN BUDDHA ?

ENTRY DARIPADA : http://full-timemuslim.blogspot.com/
Sejak kebelakangan ini, saya memang jarang menonton televisyen. Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir menyajikan pelbagai iklan raya menarik dan menghiburkan. Apatah lagi bila iklan cerita yang dipertontonkan ada mesej yang tersendiri.

 
Tidak ada tujuan lain dari apa yang cuba disampaikan oleh iklan-iklan itu kalau bukan mesej 'Selamat Hari Raya' untuk semua. Buat kanak-kanak kecil dan anak-anak muda biasa, mereka melihat iklan itu dengan pandangan dan perspektif biasa : "Cantik dan menarik". Bagi sesetengah sahabat, jarang tengok apa yang ada di televisyen tanpa kita menganalisis terlebih dahulu, paling tidak pun, mesti ada unsur-unsur perpaduan bagi menyahut cabaran gagasan 1 Malaysia. Nak keluar dalam TV? Mestilah kena 'bodek' sikit...

Untuk tahun ini, saya tidaklah terlalu mengikut perkembangan tentang apa yang tertera pada kaca televisyen di rumah. Saya lebih selesa menghadap skrin komputer berbanding meratapi skrin tv bersama adik-adik saya yang lain. Tetapi, setelah saya membelek-belek blog seorang sahabat, saya agak terkejut bila beliau mendedahkan satu penemuan kritikal yang boleh menjejaskan akidah umat Islam sendiri : apabila dalam salah sebuah iklan hari raya aidilfitri, ia seolah-olah dilihat sama seperti iklan Hari Krismas dan didalamnya juga ada unsur-unsur buddha!



Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.


SITUASI #1
Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.

ANALISIS :

 
1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu


2.Buku - Bible


3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan


4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur


5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination), Lucifer atau Iblis


6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM


7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


SITUASI #2

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

ANALISIS :

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)


2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan


3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus


4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)


5.Pokok Krismas - Simbol Paganism


SITUASI #3

Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.


ANALISIS :

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.


2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian


3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian


SITUASI # 4


Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)


ANALISIS:


Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

SITUASI #5


Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.


ANALISIS :


1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)


2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.


3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.


SITUASI #6

Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.


ANALISIS :

Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


SITUASI #7


Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.


ANALISIS :


Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini

Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.



Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran:

"Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).


Moga Aqidah kita sentiasa dipelihara Insya Allah.



P/S : Selepas sahaja timbul isu APCO dalam politik tanah air AJL 24 dan iklan ini telah memberi masalah kepada umat Islam. Jadi, adakah ia suatu kebetulan?



0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment