TIDAK BAIK BUKA AIB

Agama - Fikrah: Keaiban orang Islam tidak baik dihebohALLAH berfirman yang bermaksud : *Wahai orang beriman, janganlah satugolongan memperolok-olokkan satu golongan yang lain, boleh jadi mereka lebihbaik daripada mereka (yang memperolok-olokkan). *Begitu juga janganlah satugolongan wanita (memperolok-olokkan) itu lebih baik daripada wanita (yangmemperolok-olokkan).*Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil dengangelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruksesudah iman, dan mereka yang tidak bertaubat, maka mereka itulahorang-orang yang zalim.* (Surah al-Hujurat, ayat 11)Bagi memupuk kasih sayang dan mengelak daripada kebencian dan permusuhansesama Islam, kita wajib menjaga dan memelihara etika dan adab pergaulan.
Kewajipan terhadap orang Islam dan adab pergaulan sesama Islam adalahmenghormati antara satu sama lain, tanpa mengira kedudukan, pangkat dandarjat, kaya atau miskin, berilmu atau jahil. Antara satu sama lain,digalakkan menjalin kemesraan dan perhubungan baik. Islam melarang satupihak memandang hina pihak yang lain. Orang Islam yang melakukan kesalahansekali pun, dilarang oleh Islam menghinanya. Apatah lagi menghina orangIslam tidak melakukan kesalahan semata-mata kerana perbezaan pandangan ataupendapat.At-Tirmizi meriwayatkan bahawa seorang sahabat Rasulullah saw melakukan kesalahan minum arak. Selepas disabitkan kesalahannya, Rasulullahmemerintahkan supaya dia disebat.Perintah Rasulullah itu dilaksanakan oleh sahabat lain. Seorang daripadasahabat yang menjalankan perintah itu sambil menyebat pesalah berkata:
*Kamu dihina oleh Allah.
*Nabi mendengar perkataan itu dan bertanya siapa berkata yang demikian.Baginda bersabda:
*Janganlah kamu menolong syaitan menentang saudara kamu.
*Seorang Islam yang melakukan kesalahan, tidak terputus hubungan saudaradengan orang Islam lain. Haknya sebagai saudara, tetap kekal. Satu haknyaialah dia mesti dihormati, tidak dihina atau dipandang rendah. Hukuman yangdikenakan kepadanya, menebus dosa yang dilakukannya. Setiap orang adamelakukan kesilapan dan kesalahan. Kerana itu kesalahan dan kesilapan tidakmenjadi alasan untuk dihina dan dicaci. Kesilapan mesti diperbetulkan dengannasihat dan tunjuk ajar.Kesalahan diperbetulkan dengan hukuman adil dan nasihat baik. Mencaci,menghina dan mencela adalah perbuatan mungkar yang dilarang Islam.Islam mengkehendaki supaya kesalahan dan keburukan yang dilakukan oleh orangIslam disembunyikan dan tidak boleh diheboh-hebohkan.Rasulullah bersabda bermaksud:
*Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam,maka Allah menutup keaibannya pada hari kiamat.* (Hadis riwayat Muslim AbuDaud dan At-Tirmizi)
Suasana masyarakat Islam sekarang yang sering tidak menghormati sesamaIslam, adalah melanggar hukum Islam.Menghormati saudara sesama Islam dalam erti kata menjaga maruah dan airmukanya melalui teguran dan nasihat yang membina dan sopan, akan dapatmelahirkan suasana hidup bermasyarakat harmoni dan sejahtera.Itulah jaminan Islam kepada umatnya apabila mereka mengamalkan sikapmenghormati sesama Islam.Keaiban sesama Islam apabila didedahkan bukan saja menyebabkan hilangkehormatan umat itu sendiri, malah menyebabkan orang bukan Islam tidak lagimenghormati masyarakat Islam.Usah kita menagih penghormatan daripada orang bukan Islam jika kita sesamaIslam sendiri tidak mengamal dan menghayati amalan hormat menghormati dalamerti kata sebenar yang dituntut oleh Islam.

0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment