9 MIMPI RASULALLAH.:.PANDUAN SUKSES IBADAH




Qado' wa Qadr merupakan ketentuan ALLAH segala dan kita terpaksa berlindung dengannya daripada segala ujian dan malapetaka yang menjadi ujian kepada kita..




Saya ingin memohon kemaafan yang kasir terhadap kesulitan yang berlaku dalam menyampaikan risalah-risalh yang ada dan ternyata sedikit kesedihan berputik di hati kerana tidak dapat meng'update' blog ini..




namun syukur..masih ada kesempatan saya untuk menulis dan menyampaikan kerana sabda RASULALLAH SAW bersabda:"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"




Oleh sebab itu saya ingi menyampaikan sedikit ilmu yang saya ada untuk dikongsikan bersama.....




Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"




1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.




2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.




3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan>dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRN ANG TULUS IKHLAS kepada Allah.




4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat aripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan antai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.




5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi stu telaga dihalang dari meminumnya,ktika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.




6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.




7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu engeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.




8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.




9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka>segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.




Kesemua mimpi-mimpi rasulallah di atas jelas menunjukkan bahawa setiap amalan yang diajarkan atau yang diperincikan islam itu pastinya mempunyai hikmah-hikmahnya tersendiri..


Bukan sekadar menjadi keperluan sebagai makhluk yang diangkat oleh ALLAH menjadi khalifah diatas muka bumi ini.


ISLAM itu sebagai satu agama yang 'syumul' bertindak mengutukkan lagi pegangan dan idealisme pemikiran seseorang umat manusia itu seharusnya..


Kerana apa..kerana adanya 'rabb' yang mencipta..kerana diciptakan manusia malahan para jin sekalipun hanya untuk beribadat kepadanya..


Justeru, kesempatan ini kita guna untuk membuka minda kita agar menjadi insan yang benar-benar bertaqwa dalam menjalani kehidupan yang menjadi 'platform' untuk beraksi sebagai hamba ALLAH yang kerdil lagi hina..

0 pandangan sahabat-sahabat:

Post a Comment