BASAHKAN HATI DENGAN IKHLAS

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." ( Surah Az-Zumar 39: Ayat 2)

TAK PERLU TAKUT

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]

MENJADI RENDAH ?

Dalam dunia ini, ada yang tingg dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya. Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia.

DUNIA HANYA SEBENTAR

Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia daripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunia ini benar-benar merupakan godaan dan penghalang paling besar yang akhirnya mnyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga.

SEKADAR MANUSIA BIASAKAH KITA?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'" [Surah Fussilat, 41:33]

ZAMAN MUDA ISTIMEWA

Zaman muda dan remaja adalah zaman yang amat istimewa bagi kita. Ketika itu kita cergas, gagah, bercita-cita tinggi lagi aktif. Inilah zaman yang amat mencabar dan zaman ini akan dipertanggungjawabkan oleh Allah. Nabi bersabda, "Tidak akan berganjak seseorang hamba di hari Kiamat melainkan sesudah dia ditanya tentang 4 perkara:

Tentang umurnya, di mana dihabiskannya.
Tentang waktu mudanya, apa yang telah dilakukan dengannya.
Tentang hartanya, dari mana diperoleh dan ke mana dibelanjakannya.
Tentang ilmunya, apa yang telah dilakukan dengannya. (Hadis Tirmizi)

Nikmat keremajaan dan kemudaan seharusnya disyukuri. Orang muda mudah dilamun cinta. Kasih dan cinta pula adalah perasaan yang fitrah bagi manusia. Allah menceritakan tentang perasaan ini dalam Al-Quran dengan firmannya, “Dihiaskan bagi manusia KECINTAAN kepada perkara-perkara yang diingini nafsu berbentuk perempuan-perempuan, anak pinak, harta benda yang banyak dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, binatang-binatang ternakan dan kebun tanaman. Itulah kesenangan hidup di dunia sedangkan di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya. (Surah Ali-Imran ayat 14)

Cinta sesama manusia seringkali membawa kepada kekecewaan dan kedukacitaan. Justeru, dalam banyak cinta, cinta kepada Allah itulah yang lebih utama. Cinta Ilahi inilah yang sepatutnya menjadi suluhan kepada cinta-cinta yang lain, apatah lagi cinta antara lelaki dan perempuan. Apabila cinta lelaki-perempuan mengatasi cinta terhadap Allah, jadilah khalwat, zina, rogol, pergaulan bebas dan seumpamanya. Sebagai contohnya kajian Kementerian Belia dan Sukan ke atas 5860 remaja dalam lingkungan umur 13-21 tahun pada tahun 1994 mendapati bahawa 28% daripada mereka telah terlibat dengan seks bebas.

Laporan akhbar pada 1-11-95 pula menyebutkan tentang kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia berhubung satu kajian yang telah dibuat ke atas sekumpulan remaja berumur 16-18 tahun di Wilayah Persekutuan. Hasil kajian ini mendapati 50% daripada mereka telah mengadakan hubungan seks, termasuk dengan melanggan pelacur-pelacur.

Inilah manifestasinya apabila nafsu mengatasi iman. Sebaliknya mereka yang benar-benar beriman akan memastikan agar segala tindakan mereka dikawal oleh batas-batas syariat. Sebagai contoh, di dalam kitab Al-Hilyah, diceritakan tentang Ummu Sulaim yang pernah dilamar oleh Abu Talhah, sebelum beliau (Abu Talhah) menganuti Islam. Abu Talhah ketika itu cukup kacak dan kaya raya. Namun jawapan Ummu Sulaim jelas melambangkan keperibadian yang tinggi. Aku cintakan kamu. Orang seperti kamu tidak akan ditolak. Tetapi kamu seorang kafir dan saya tidak boleh berkahwin dengan orang kafir.
Itulah tindakan hasil suluhan iman dan takwa. Cinta tidak akan menyebabkan dia menggadaikan maruah, harga diri, agama dan kebenaran.
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” - surah Al-Hasyr (59):18

PENGALAMAN JADI PENJAGA MASA


Hmmm..Salam smua...agak lame kan tak sambung memoir nii..Ni pun tak leh lame sngat...

maaf klu trpakse pakai 'shortform'..sbb, nk cpat...

tp,ni just nk cite pngalaman jadi penjaga masa tuk pertandingan bahas ala parlimen bagi HK SBP kat SBPIT...hmm....Agak bestla gak pengalamannya..

Yang nak bagi taunye masa amat penting dalam idup kite semua dan maklumlah..ada pepatah arab yang mengatakan..Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak memotongnya..masa itu akan memotong kita....

Oleh sebab itu Saya ingin mengingatkan diri saya dan seluruh umat manusia agar peka dengan masa dan satu benda lagi yang baru saya pelajari ialah perkara yang baik itu tidak boleh dicampurkan dengan perkara yang tidak baik...

Mungkin saya akan memanjangkan lagi coretan saya mengenai bab ini pd masa yang lain insyaallah...

Oleh itu..Sentiasalah cakna akan apa yang ingin kita lakukan dan sekali lagi PEKALAH DENGAN MASA ANDA...Insyallah...masa depan kita dapat dirancang denaga baik...

Salam..

Airmata Hasan al-Bashri


Mukmin Alfarouq menulis "Abu Said al-Hasan bin Abil Hasan al-Bashri adalah nama lengkap beliau. Seorang zuhud yang sering risau akan segala perbuatannya di setiap nafasnya.

Wajahnya sering memendam airmata kerana ayat-ayat Cinta Sang Cinta yang senantiasa dibacanya hingga selalu tergetar hatinya di setiap langkahnya.

Suatu ketika Hasan al-Bashri lah.a berjumpa dengan seorang pemuda yang sedang tertawa bahkan sesekali tawanya itu terbahak-bahak. Lalu ia bertanya kepada sang pemuda.

" Wahai pemuda, sudahkah engkau melalui shirath ? "
" Belum, " jawab pemuda itu
Hasan pun bertanya lagi, " Apakah kau tahu, termasuk golongan manakah engkau, apakah ahli syurga ataukah ahli neraka ? "
" Tidak. saya tidak tahu, " jawab sang pemuda.
" Lalu, Kenapa engkau tertawa sedemikian rupa ? " tanya Hasan al-Bashri lagi.

Pemuda itu pun terdiam, tak mampu berkata apa-apa, tersedar akan kekhilafannya dan, sejak saat itu ia tak mahu lagi mengumbar tawa.

Hasan al-Bashri lah.a pun berkata," Orang yang menyedari bahawa dia pasti akan menemui mati dan selalu ingat bahawa kiamat itu telah dijanjikan-Nya dan pasti ia hadapi serta dirinya pastilah diminta pertanggungjawabkan oleh-Nya akan segala yang ia lakukan di setiap nafasnya maka pastilah ia akan banyak sekali menangis dan lupa untuk tertawa. "

ADAKAH AKU IKHLAS


Adakah Aku Ikhlas? Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita didalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak. Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu,hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun,ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas. Antaranya :-

1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.

2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.

3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.

4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.

5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.

6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.

7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.

8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.

9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.

10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah) Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan.


Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak. Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah Ta'ala. Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith Nabi saw telah bersabda "3 golongan yang tidak diterima Allah Ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab
1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas.
2. Orang-orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun perang atau sebagainya.
3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas keranaAllah ta'ala" Jadi sahabat dan sahabiah yang dirahamtilah Allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentiasa merasuk diri anda supaya mengkianati Allah Ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak. Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya. Sama-samalah kita berdoa: Wahai Tuhan kami! Perbaikilah hati kami, hapuskanlah cacat cela kami, pimpinlah kami ke arah kebaikan, hiasilah kami dengan taqwa, kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu sepanjang hidup kami. Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu, syukur kepadaMu, bertawakkal kepadaMu,taubat kepadaMu, khusyuk kepadaMu. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami mohon kepadaMu keazaman di dalam hidayah tolonglah kami mengingat Engkau menyebut namaMu mensyukuri Engkau baik ibadat kepadaMu.

ABU HURAIRAH

Abu Hurairah r.aKelahiran dan riwayat hidup beliau:- Nama penuh beliau ialah Abdul Rahman bin Sakhrin Ad-Dausiy.- Beliau dibesarkan dalam keadaan yatim dan beliau pernah bekerja mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan.- Beliau dilahirkan di Yaman di dalam sebuah keluarga yang fakir dan tidak mempunyai kaum keluarga kecuali ibu beliau.- Pada zaman jahiliah beliau bernama Abdul Syams.Pengislaman beliau: - Beliau memeluk Islam melalui At-Tufail bin Amru Ad-Dausiy dan beliau terus menetap di Yaman di dalam kaum beliau (Kaum Daus) malah beliau tidak pernah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w di Madinah kecuali selepas enam tahun setelah berlaku peristiwa Hijrah.- Rasulullah s.a.w menamakan beliau dengan Abdul Rahman, walau bagaimanapun baginda sering memanggil beliau: "Wahai Abu Hirr!".- Sebab beliau dipanggil dengan Abu Hurairah ialah kerana pada masa kecil beliau mempunyai seekor kucing kecil sebagai teman permainan beliau menyebabkan kawan-kawan beliau memanggil beliau dengan panggilan: Abu Hurairah.Beliau diberi penghormatan menjadi pembantu Nabi:- Selepas Abu Hurairah memeluk Islam, beliau hanya menghabiskan masa beliau untuk menemani Nabi s.a.w dan melayan baginda.- Abu Hurairah menyeru ibu beliau supaya memeluk Islam, lalu ibu beliau menyahut seruan tersebut dengan memeluk Islam selepas Rasulullah s.a.w berdoa untuknya. Abu Hurairah banyak berbakti kepada ibu beliau. - Abu Hurairah sentiasa tinggal di As-Suffah (sebuah tempat yang terdapat di masjid Rasulullah yang dikhususkan sebagai tempat tinggal para sahabat yang miskin). Beliau sentiasa bersama-sama dengan Nabi s.a.w walau di mana baginda berada dan tidak pernah berpisah dengan baginda menyebabkan beliau dapat menghafal hadis dengan jumlah yang terlalu banyak, lebih-lebih lagi selepas Rasulullah s.a.w berdoa kepada beliau supaya tidak melupakan ilmu yang didapati.- Abu Hurairah telah menghafal sebanyak lebih dari 1,600 buah hadis daripada Rasulullah s.a.w dan beliau pernah berkata: "Aku sibuk menghafal sedangkan saudara-saudara aku dari kalangan Muhajirin sibuk dengan perniagaan mereka manakala saudara-saudara aku dari kalangan Ansar pula sibuk dengan pertanian mereka.Kesukaan beliau terhadap ilmu:- Abu Hurairah terlalu sukakan kepada ilmu malah beliau juga suka sekiranya ilmu dipelajari oleh orang lain sehingga sampai ke peringkat beliau pergi berjumpa dengan orang ramai yang berada di sebuah pasar di Madinah lalu beliau berkata kepada mereka: "Kamu duduk di sini sedangkan pusaka Nabi s.a.w dibahagikan di masjid, apakah halangan kamu?" Mendengar kata-kata tersebut orang ramai terus pergi ke masjid, mereka mendapati tidak ada apa-apa yang berlaku di sana kecuali orang-orang yang mendirikan sembahyang, membaca kitab suci Al-Quran dan orang-orang yang duduk di dalam majlis pengajian ilmu. Mereka semua merasa hairan terhadap Abu Hurairah lalu beliau berkata kepada mereka: "Itulah pusaka Nabi s.a.w."- Ketika harta semakin bertambah banyak dan kebaikan mula melimpah ruah serta harta rampasan perang sentiasa dapat diraih hasil dari pembukaan kawasan Islam, kehidupan Abu Hurairah mula berubah di mana beliau mula memiliki harta, rumah, kekayaan, isteri dan anak-anak. Walaupun begitu, kesukaan beliau terhadap ilmu, tawaduk beliau, kerajinan beliau melakukan ibadat, kesungguhan beliau dan ketaatan beliau sedikitpun tidak berubah. Kewarakan dan ketakwaan beliau:- Pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian, Abu Hurairah dilantik menjadi gabenor di Madinah. Walaupun demikian jawatan tersebut tidak mempengaruhi kewarakan dan ketakwaan beliau walaupun sedikit malah beliau sentiasa berpuasa pada waktu siang dan beribadat pada waktu malam.- Abu Hurairah r.a sering menyebut kata-kata beliau: "Aku dibesarkan dalam keadaan yatim, aku berhijrah dalam keadaan miskin, aku pernah bekerja mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan dengan bayaran sekadar cukup untuk mengisi perut aku. Aku membantu orang ramai ketika mereka turun dari binatang tunggangan dan aku mengangkat barangan mereka ketika mereka menunggang. Lalu Allah mengahwinkan aku dengannya (iaitu Bisrah binti Ghazwan). Oleh yang demikian segala puji bagi Allah yang menjadikan agama dapat berdiri tegak dan menjadikan Abu Hurairah sebagai seorang pemimpin