BASAHKAN HATI DENGAN IKHLAS

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." ( Surah Az-Zumar 39: Ayat 2)

TAK PERLU TAKUT

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]

MENJADI RENDAH ?

Dalam dunia ini, ada yang tingg dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya. Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia.

DUNIA HANYA SEBENTAR

Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia daripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunia ini benar-benar merupakan godaan dan penghalang paling besar yang akhirnya mnyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga.

SEKADAR MANUSIA BIASAKAH KITA?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'" [Surah Fussilat, 41:33]

Sheikh Usamah, Ulama Muda Mesir




















Ulama muda yang berwajah indah ini salah seorang pecinta kucing.

Siapakah beliau?

Beliau adalah Bintang yang Menyinari Bumi Mesir

Beliau adalah Al-'Allamah Al-mahbub al-fadilatul ustaz Ad-Duktur Syeikh Usamah As-Sayyid Mahmud Muhammad Al-Azhari hafizahullahu dilahirkan di Alexandria pada hari Jum’at, 18 Rejab 1398 H yang bertepatan dengan 16 July 1976 dan dibesarkan di kota Suhaj yang terletak di hulu Sungai Nil.Beliau menghafal Al-Qur’an dibawah bimbingan ayahandanya yang selalu mendoakan agar Allah Ta’ala berkenan menganugerahi beliau ilmu yang luas. Pembetangan tesis PHD Dr Usamah Sayid Mahmud Al-Azhari di kuliah usuluddin wa al-dakwah University Al-Azhar di cawangan
Zaqaziq. Beliau memperolehi pangkat MUMTAZ (cemerlang) dengan kepujian pangkat pertama. Kini mengajar di Kulliyah Ushuluddin wad Da’wah Al-Islamiyah di Zaqaziq dan di taklifkan sebagai timbalan mufti mesir.

Beliau mengajar dan menyampaikan pengajian dalam berbagai ilmu keislaman seperti hadits, tafsir, usul fiqh, manthiq, nahwu, dan aqidah. Beliau telah memperoleh ijazah ilmiyah lebih dari tiga ratus ulama pemilik sanad dari berbagai penjuru dunia Islam. Beroleh kemuliaan dengan bermulazamah serta menyertai banyak ulama besar Al-Azhar maupun para ulama besar negeri Yaman, Syam, dan Maghrib. Al-'Allamah Habib Ali hafizahullahu berkata : "Diantara sebab yang menarik dirinya untuk hadir munaqasyah Dr Usamah adalah kerana Dr Usamah diantara ulama muda yang ilmunya melampaui umurnya, ilmunya tentang falsafah zaman sekarang dan peranannya dalam berkhidmat kepada Al-Azhar Al-Syarif."

Gambar di atas syeikh Usamah sedang bermain dengan kucing di Masjid Al-Azhar. Siapa yang selalu pergi
atau ikuti kelas di Masjid Al-Azhar pasti akan jumpa dengan kucing ni.

Di Al-Azhar yang mulia, suatu ketika salah seorang seorang imam besar, Syaikhul Islam, pemimpin ulama madzhab

Mailikiyah: Abul Barakat Ahmad Ad-Dardir ~rahimahullah ta’ala wa rhadiya ‘anh~ duduk menyampaikan pengajian dan beliau melihat seorang santri yang kedapatan mengusir dengan kasar seekor kucing yang masuk diantara
barisan jamaah. Menyaksikan hal tersebut Imam Ad-Dardir merasa marah sekaligus merasa sedih. Beliau segera turun dari kursi pengajian dan mengangkat kucing tersebut lalu didudukkannya di samping beliau sendiri.
Lantas beliau mengeluarkan makanan khusus – yang sejatinya untuk beliau makan sendiri- lalu diberikan pada kucing tersebut sehingga kucing itu merasa nyaman jika berada di dekat Imam Ad-Dardir.

Keesokan harinya, setiap Imam Ad-Dardir masuk ke Masjid Agung Al-Azhar kucing itu selalu ikut dan Imam Ad-Dardir begitu menyayanginya. Beliau selalu mendekatkan kucing itu kepadanya dan memberikannya makanan khusus. Bahkan setiap kali Imam Ad-Dardir masuk ke komplek Masjid Al-Azhar, tak tahu entah darimana, kucing-kucing
berdatangan dari segenap penjuru berkumpul di dekat kaki beliau sehingga mencapai seratusan ekor dan bahkan lebih.

Habib Umar Ibn zein pernah berkata dalam pengajiannya:

"Diantara ulama yang Allah berikan ilmu pada waktu muda adalah sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari."

Moga diri ini dpt mngambil manfaat, istifadah dan belajar dripadanya serta istiqamah dalam menuntut ilmu bersama syeikh usamah hafizahullahu.
Athaalallahu umrahu fis sihhati wal aafiyah.

Sejarah Ringkas Imam Hassan Al-Banna

Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna :



Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiya yang terletak di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan serba sederhana.


Hasan al-Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fiqah perundangan Islam yang berkelulusan Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun,pemurah,merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai tukang jam di desa al-Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji,menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.


Sebagai seorang ulama. Sheikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al-Banna diwarisi oleh Hassan al-Banna.


Kepimpinan Hassan al-Banna


Sifat kepimpinan Hassan al-Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah.
Beliau menjadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah meghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwanul-Muslimin.


Keluarga Hassan al-Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz al-Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.


Semasa di Kaherah, Hassan al-Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Attartuk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian mengangotai pertubuhan Jamait al-Makram al-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.


Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib,Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.


Menubuhkan Ikhwan Al-Muslimin


Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Dirumah itu Jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab disalah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.


Setelah berkhidmat selam 19 tahun dalam bidang perguruan,beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusum kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat bandar. Pengalaman ahli jemaah yag dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwanul Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.


Pengharaman Ikhwanul Muslimin dan Pembunuhan Hassan al-Banna


Pengaruh Ikhwanul Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha daripada Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948, beliau telah mengharamkan Ikhwanul Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwanul Muslimin menghantar beribu-ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Isreal seolah-olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan.


Dengan alasan untuk mengendurkan ketegangan antara Ikhwanul Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam’iyyah al-Syubban al-Muslimin. Sebenarnya jemputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hassan al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.


Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena tembakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hassan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam’iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Setibanya di hospital Qasral ‘Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hassan al-Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hassan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

Peristiwa itu berlaku pada tanggal 12 Februari 1949 dan ia telah meninggalkan sejarah hitam serta pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama.Pada tarikh itulah, dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.

Ungkapan Hassan Al-Banna

Kata Hassan Hudaibi:

"...Aku merasakan satu pancaran cahaya terpancar pada wajahnya yang mulia..."


Kata Saiful Islam:

...Beliau sentiasa pulang lewat kerana bekerja dengan Ikhwanul Muslimin. Dia sentiasa membuka pintu dengan cara yang paling perlahan sekali supaya tidak mengejutkan orang yang tidur. Setelah masuk ke dalam rumah, beliau sentiasa meyelimuti anak-anaknya..."

Adakah anda benar-benar mengenali seorang tokoh ilmuan yang dikagumi keperibadiannya oleh musuhnya sendiri? Dialah seorang pejuang Islam kala empayar Islam terakhir ditumbangkan oleh Mustafa Kamal Attarturk Laknatullah! Nama sebenarnya ialah Hassan Ahmad Abdul Rahman al-Banna(14 Oktober 1906-12 Februari 1949). Beliau diakui dalam kalangan 100 personaliti yang terbilang yang mempengaruhi dunia pada kurun dua puluh.

Itulah dia as-Syahid Imam Hassan al-Banna.


Dialah bapa yang penyayang. Hukuman paling berat yang diterima oleh Saiful Islam yakni anak Imam Hassan al-Banna hanyalah dicubit telinga. Kata Saiful Islam:

Itulah hukuman yang paling berat yang pernah saya terima disebabkan satu kesalahan yang saya lakukan pada satu pagi. Akan tetapi pada pukul 11 tengah hari itu juga beliau menelefon saya serta berdamai dan ianya memberi kesan yang sangat besar pada diri saya."Beliau menggunakan uslub secara tidak langsung dalam mendidik kami." Kata Saiful Islam.

Asy-Syahid Sayyid Qutb berkata:

Sesungguhnya gelaran al-Banna adalah satu kebetulan. Akan tetapi kebetulan ini adalah merupakan suatu hakikat yang amat besar terhadap lelaki ini iaitu membina, keelokan dalam membina, bahkan dalam kepintaran dalam binaan.

Ungkapan Imam Hassan al-Banna:

Perbaikilah dirimu di samping kamu menyeru seseorang ke arah kebaikan.
Kita akan memerangi manusia dengan kasih sayang.
Nafsu yang berada dalam diri kamu itu adalah sasaran utama bagimu. Jika kamu berjaya menundukkannya, maka untuk yang selainnya itu lebih mudah.
Ketahuilah olehmu bahawa untuk mencapai kematian yang mulia itu, kamu terpaksa mengorbankan kesenangan dunia ini. Maka Allah akan memberikannya (syahid) kepadamu, sekiranya kamu merebut kemuliaan syahid di jalannya.

Sesungguhnya telah dipertahankan agama ini oleh para mujahidin yang terdahulu darimu melalui pemerkasaan kekuatan iman terhadap Allah dan zuhud dari kemewahan dunia yang fana ini, serta melebihkan ke arah tempat tinggal yang kekal abadi. Mereka yang mengorbankan dengan darah, nyawa dan harta benda di jalan yang benar, cinta untuk mati di jalan Allah dan sentiasa menyelusuri landasan petunjuk al-Quran.
Jika kamu ditanya oleh seseorang, apakah seruan dakwahmu? Maka jawablah kepada mereka:"Kami hanya menyeru kepada Islam yang didatangkan oleh nabi Muhammad SAW. Dan Pemerintahan adalah sebahagian daripadanya, kebebasan adalah salah satu kewajipannya". Jika dikatakan kepada kamu bahawa kerja ini adalah berbentuk politik, maka jawablah kepada mereka:"Inilah Islam. Kami tidak pernah mengenal erti juz'ie"

Kisah Para Wali - Rabi’ah Al-Adawiyah


Episod dari Tazkirat Al-Auliya
“Orang yang cinta Allah itu hilang, dalam melihat Allah hingga lenyap dirinya, dan dia tidak boleh membezakan yang mana penderitaan dan yang mana kesenangan.”
Diambil dari buku yang ditulis oleh Farid Al-Din Attar
Rabi’ah Al-Adawiyah
Rabi’ah binti Ismail a-Adawiyah, berasal dari keluarga miskin. Dari kecil ia tinggal di Basrah. Di kota ini namanya sangat terkenal  sebagai seorang wanita solehah dan sebagai penceramah. Dia sangat dihormati oleh orang-orang soleh semasanya. Tarikh kematiannya terdapat berbagai pendapat: tahun 135H/752M atau tahun 185H/801M.
Rabi’ah al-Adawiyah yang seumur hidupnya tidak pernah berkahwin dianggap mendapat pahala yang besar dalam memperkenalkan cinta Allah ke dalam mistisme Islam. Orang-orang mengatakan bahawa ia dikuburkan berhampiran kota Jerussalem.

Kisah Para Wali - Ibrahim bin Adham

Kisah Para Wali


Episod dari Tazkirat Al-Auliya

“Orang yang cinta Allah itu hilang, dalam melihat Allah hingga lenyap dirinya, dan dia tidak boleh membezakan yang mana penderitaan dan yang mana kesenangan.”

Diambil dari buku yang ditulis oleh Farid Al-Din Attar

Ibrahim bin Adham (Bahagian 1)

Abu Ishak Ibrahim bin Adham, lahir di Balkh dari keluarga bangsawan Arab di dalam sejarah sufi disebutkan sebagai seorang raja yang meninggalkan kerajaannya – sama dengan kisah Gautama Buddha – lalu mengembara ke arah Barat untuk menjalani hidup bersendirian yang sempurna sambil mencari nafkah melalui kerja kasar yang halal hingga ia meninggal dunia di negeria Persia kira-kira tahun 165H/782M. Beberapa sumber mengatakan bahawa Ibrahim terbunuh ketika mengikuti angkatan laut yang menyerang Bizantium. Taubatnya Ibrahim merupakan sebuat kisah yang unik dalam kehidupan kaum muslimin.

Kisah mengenai diri Ibrahim bin Adham

Ibrahim bin Adham adalah Raja Balkh dan memiliki daerah kekuasannya yang sangat luas. Ke mana pun ia pergi, empat puluh buah pedang emas dan empat puluh buat tongkat kebesaran emas diusing di depan dan di belakangnya. Pada suatu malam ketika ia tertidur di bilik istananya, atas bilik itu berderak-derik seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Sahabatmu. Untaku hilang dan aku sedang mencarinya di atas atap ini,” terdengar sebuah sahutan.

“Bodoh, engkau handak mencari unta di atas atap?” seru Ibrahim.

“Wahai manusia yang lalai,” suara itu menjawab. “Apakah engkau hendak mencari Allah dengan berpakaian sutera dan tidur di atas katil emas?” suara itu menjawab.