BASAHKAN HATI DENGAN IKHLAS

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." ( Surah Az-Zumar 39: Ayat 2)

TAK PERLU TAKUT

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya." [Surah al-Araf 7: Ayat 42]

MENJADI RENDAH ?

Dalam dunia ini, ada yang tingg dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya. Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia.

DUNIA HANYA SEBENTAR

Bilamana kehidupan di dunia yang seketika dan sementara ini dapat melalaikan umat manusia daripada mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi, pastinya dunia ini benar-benar merupakan godaan dan penghalang paling besar yang akhirnya mnyesatkan manusia itu sendiri. Dunia bukannya tempat bagi manusia hidup kekal dan menjadikannya syurga.

SEKADAR MANUSIA BIASAKAH KITA?

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'" [Surah Fussilat, 41:33]

CUTI YANG MEMBOSANKAN..HELP, HELP! I'M DYING..

Bismillahirrahmanirrahim..




KOSONG

Hari berlalu satu persatu, bermula dari Isnin bertukar ke Selasa, dari hari Selasa melompat pula ke hari rabu dan seterusnya hari sentiasa bersilih ganti. Masa yang kebiasaanya rasa sangat pantas berlalu bertukar menjadi slow dan panjang, terbayang mode 'bullet time' yang biasa digunakan sewaktu zaman kanak-kanak ketika bermain satu permainan komputer bernama 'Max Payne'. Rutin harian bergerak kerja dalam sistem pendidikan yang compact dengan hanya selama 10 bulan untuk dikhatamkan mata pelajaran sains (math, bio, fizik, kimia) rasanya sangat padat bila dicampur dengan meeting, study group, smart circle, counseling session bersama rakan di masjid, interaksi dinamik dan segala.


Nah! Sekarang, masa yang sebelum ini diisi dan dimuatkan dengan program-program tarbiyah menjadi lengang dan tak terurus. Kosong. Tiada pengisian yang memberikan penekan berbentuk 'fikrah', tiada kefahaman mengenai 'fiqh' dan terus tiada. Tiada siapa yang nak spoon feed kita dengan makanan-makanan rohani. Ya, tentu sahaja kita tidak mati dek kerana makanan keperluan kita sentiasa di'supply' dan mungkin yang diberikan kepada kita ialah yang 'terbaik dari ladang', namun kita bimbang saat kita hidup dalam 'zon selesa' begini, hati kita MATI. "Tidak, I'm dying..Help, help" rintih hati yang kosong.

LUBUK ILMU SENTIASA ADA

Seketika di bilik, menghalakan pandangan kesegenap ruang bilik, merenung buku-buku dan artikel-artikel yang bersepah di atas meja menyajikan pelbagai jenis ilmu. Ada yang mengisahkan tentang  sejarah-sejarah perjuangan, ada yang menyentuh berkenaan ilmu-ilmu tasauf, ada novel-novel yang memaparkan epilog seorang pendakwah dan tak ketinggalan ada yang memaparkan ilmu-ilmu perubatan secara umum. Pointnya, kesemua bahan-bahan ilmiah tersebut memberi nilai yang tersendiri untuk dibaca, dihayati dan dirangkul kesemuanya untuk menjadi bekalan kehidupan. Akan tetapi, muncul lah barrier dan resistance buat saya dengan timbulnya perasaan malas sementara, berat untuk mengusiknya dan pelbagai lagi perasaan-perasaan yang menidakkan untuk mengambil tindakkan yang murni terhadap bahan-bahan pembacaan itu tadi.

"Shuh..shuh..pergi main jauh-jauh.."..tertarik dengan khayalan imaginasi, mengumpamakan sifat malas itu sebagai sifat yang cuba menggoda diri ini, so saya mengharap dengan mengatakan sedemikian, perasaan tersebut taat dan patu pada saya. Satu anologi baru yang saya dapat kelmarin, kata-kata seorang ulama, daripada perkongsian seorang guru juga ketika mengajar kitab 'Riyadhus Solihin' di masjid, katanya, "nafsu itu ibarat anak kecil, sekiranya kamu membiarkan dia untuk terus menyusu, nescya pasti dia sentiasa mahu menyusu darimu walaupun sesudah 2 tahun, justeru perlu untuk dipaksa agar si anak kecil itu biasa untuk tidak menyusu lagi" . Jadi, cuba kita paksa nafsu kita, malas dan sebagainya dengan cara dan kretiviti kita masing-masing. Selamat nencuba!


KUNCI BAGI DIRI SAYA

Suka saya untuk memetik kata-kata seorang mujahid, yang mempunyai tadhiyyah dan semangat juang yang tinggi dalam menegakkan dan membela agama Islam, mungkin ada diantara kita yang cukup mengenali mujahid ini, malahan saya sendiri turut mengagumi semangat dan perjuangan yang beliau bawa dan tonjolkan.

"Aku merasa seperti baru berusia sembilan tahun, tujuh setengah tahun berjihad di Afghan, satu setengah tahun berjihad di Palestin, dan selebihnya tidak bernilai apa-apa"

-As Syahid Dr Abdullah Azzam-

Saya merasakan perlu untuk kita semua melihat dan memahami konsep 'Jihad' ini dari skop yang jelas dan nyata. Jihad dalam islam bukan hanya digesa untuk berjihad dengan cara mengangkat senjata semata-mata, walaupun itulah jihad yang utama. Akan tetapi, konsep jihad yang boleh kita pamerkan hari ini ialah berjihad dalam kita melawan hawa nafsu, berjihad dalam menjadi anak yang soleh, berjihad dalam aspek cemerlang akademik, berjihad untuk mendapatkan keluaga Islam yang cemerlang kelak dan pelbagai lagi unsur-unsur jihad yang perlu kita terapkan dalam aspek hidup kita.

Jihad di mata masyarakat hari ini dilihat ekstrime di mata masyarakat oleh kerana mereka memandangnya dari angle yang salah dan serong. Lantaran itu, ramai remaja kita dan kawan-kawan kita sendiri hari ini yang kecundang dan leka, sibuk bercouple, sana sini berdating  dan segala. Pengalaman 'ops couple' yang sama-sama rakan masjid gerakkan di matrik dah cukup memberi pengalaman bersama mereka yang hanyut. Dah!, stop..Cukuplah tu kawan-kawan. Biarkan sejarah hitam yang berlaku di matrik berlalu. Kita berubah di Universiti dan buktikan anda mahasiswa terbaik. Contohi kawan-kawan Chinese kita yang ber'jihad' dalam mereka study. JIhad=Bersungguh-sungguh, jangan jumud   dalam penggunaan bahasa ni kay. Peranan siapa jika bukan kita yang  memberikan pencerahan kepada masyarakat. Cuba dengar lagu ni, menarik saya rasa untuk dikongsikan bersama.."Ku Berlari" oleh Firdaus.

APA PERLU AKU BUAT?

"Pada siapa lagi umat ini akan bergantung harap? Jika penggerak agama Allah, Da'ie ini imannya sentiasa lemah, tadabbur Al-Quran terkadang tidak ada, bangun tahajjud terkadang berbulan-bulan tak dilaksana, bacaan Al-Mathurat bila ingat baru nak dibaca, masa banyak terbuang dengan video-video yang melalaikan dan dengan main games yang entah apa-apa, pergaulan muslimin muslimat selalu tak terjaga"

"Huuu...mengeluh panjang bila memikirkan apa yang diperkatakan"..Meskipun tidak main game dan tak berapa gemar menonton video-video apatah lagi movie untuk di download dan ditonton, namun peringatan yang naqib merangkap ustaz ana ini sangat menusuk kalbu, habis semua functinal unit of liver dan dan lain-lain bagai terkesima dengan apa yang dihujahkan. Bimbang sebenarnya dengan kondisi hari ini. So, apa yang kena buat, kita step further untuk kebaikan. Apa kata kita bersungguh-sungguh dan sentiasa tanam perasaan nak buat kebaikan dalam diri kita, even kita as manusia banyak kelemahan, tak nak pandang jauh, pandang kita sendiri pun cukup.kan?

Bila tiap-tiap malam, pasanglah niat, "aku nak bangun awal malam niat, paling tidak dapat tahajjud 2 rakaat pun jadilah", sebelum kita main bola atau berjogging, atau pun tolong mak masak, "aku nak baca Al-Mathurat kejapla lepas asar ni"..malam pulak, "malam ni ada kuliah kat masjid, baik pergi dari duk kat umah, xde kawan pn tak kesahla, janji bermanfaat! "..
Cuba kita tanamkan kata-kata macam ni, saya amalkan..Hopefully dengan cara macam ni,walaupun usaha ini kecil, moga dapat selamatkan kita dari terlalu terdedah dengan kelalaian dan terleka dibuai angan-angan dunia. Sayangi diri kita..ni, serangkap lirik lagi ku berlari untuk anda..jangan lupa dengar kay!! 
WAllahua'alam

Special thanks to:

ALBUM: DUNIA YANG LEBIH INDAH
MUNSYID: FIRDAUS

Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi 
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu memulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
...


Ar-Rijalul Islah ©

WHAT IS THE MEANING OF MY LIFE..

Bismillahirrahmanirrahim..





KENAPA HIDUP DAN DICIPTAKAN?

Indah hari ini,cuaca tidak terlalu mendung dan tidak pula terlalu cerah. Dalam bahasa arabnya disebut sebagai 'yaumul jumua'h' iaitu hari Jumaat, suatu hari yang sememangnya terdapat banyak limpahan rahmat dan berkat dan turut dikenali sebagai penghulu hari. Malahan, dalam Al-Quran juga turut terdapat satu surah yang menyebut tentang adanya hari jumaat ini. Hebat bukan. Akan tetapi, buat post yang pembukaan dalam satu blog yang saya namakan sebagai "Nothing Is Impossible" ini, bukanlah untuk semata-mata menyatakan hasrat dan isi hati tentang kebesaran hari Jumaat yang cukup indah, tetapi untuk pertama kalinya, lebih cenderung isi hati kali ini untuk berbicara soal 'matlamat hidup kita'.

"Duhai hati, mana mungkin Allah itu menciptakan engkau tanpa tujuan", "mana mungkin bumi dan seisinya ini Allah ciptakan dek kerana melihat indahnya Alam fauna yang Allah hadirkan bersama-samanya", "Bukankah Allah juga yang menciptakan tumbuh-tumbuhan itu, yang sebahagianya menjadi sumber makanan kepada golongan manusia", dan yakinlah "wahai pemilik hati, mustahil Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan itu menciptakan sesuatu dengan sia-sia"

Acap kali kita malafazkan ahdaf yakni tujuan dan matlamat kita hidup atas muka bumi yang Allah sediakan ini dalam solat kita semasa membaca doa iftitah, persoalannya, berapa ramai dikalangan kita dan juga sahabat-sahabat kita yang faham, cakna, menghayati dan seterusnya menjiwai apa yang kita lafazkan??

"Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, kehidupan dan kematianku, hanyalah untuk Allah tuhan sekelian alam"

Saat menghadiri kuliah baru-baru ni, seorang penceramah ini mengajar soal asma' Allah alhusna, lalu dalam pada pengajarannya, ustaz menimbulkan persoalan, "berapa ramai dikalangan kita hari ini, yang ingin mencari  redha Allah, tetapi adakah anda semua redha bila mana Allah mencabut nyawa pada ketika ini?"..pasti akan terdapat hati-hati yang akan menimbulkan rasa keraguan terhadap redha mereka kepada pencipta, kerana ramai manusia hari ini hidup tanpa tujuan, dan matlamat yang jelas, malahan hampir majoriti daripada mereka seperti lalang yang apabila ditiup angin kekanan, mereka ikut kekanan tanpa mengira Halal dan Haram, Haq atau pun Batil, kononnya setia dengan beberapa dasar perjuangan yang bersifat Nasionalis dan seumpamanya. Untuk mendapatkan redhanya, mestilah dengan syarat kita terlebih dahulu kena redha dengan setiap yang datang darinya.

Peringatan tentang matlamat hidup ini sewajarnya sentiasa dekat dengan kita lebih-lebih lagi kita yang sering melafazkan dalam solat harian kita. Apa yang saya rencanakan hari ini secara jelasnya adalah untuk memberikan peringatan kepada diri saya sendiri khususnya dan untuk manfaat kita semua bersama. 
Sesungguhnya kita kena yakin bahawa setiap apa yang kita lakukan atas muka bumi Alah ini akan dipersoalkan dan mungkin rakaman perbuatan kita akan diulang tayang kelak dihadapan keseluruhan umat manusia.
Hatta, saya yang menulis ini juga akan disoal, apakah matlamat utama dan manfaatnya pada ummat dan sahabat-sahabat saya tentang apa yang saya lakukan ketika ini?mungkin antum akan mejadi saksi terhadap apa yang saya rencanakan hari ini.

KENAPA BER'BLOGGING'?

Mungkin timbul persoalan, "kenapa ini post yang pertama? dan ke mana menghilangnya post-post lama yang saya tulis semenjak di bangku sekolah?"..Jawapannya teman-teman, ada beberapa faktor saya bertindak sedemikian. Pertamanya, masa di matrikulasi bagi saya tidak banyak jika dibandingkan dengan sistem pendidikan sebelumnya, mungkin waktu di 'U' kelak akan lebih padat dan pack, tapi takpe, kita cuba cari masa sama-sama, me'manage' masa kita dengan study, leadership, derdakwah dan kelak, mungkin untuk mengurus atur keluarga kita sendiri.

Yang keduanya, penting saya rasa bagi saya untuk 'tajdid niat' yakni memperbahurui niat saya, tentang kenapa saya mengarang dan mencurahkankan idea dan pendapat saya dengan menggunakan media elektronik.. Bagi saya sendiri, ini salah satu cara dakwah yang interaktif, uslub yang dinamik dan 'bil hikmah' iaitu ada kebijaksanaan pada jalannya yang perlu ramai di kalangan kita ceburi dan juga kelak, saya sangat-sangat mengharap ada alasan yang cukup kukuh tentang apa yang saya perlakukan dengan menggunakan nikmat yang dikurniaanya, bukan mem'blogging' kerana trend mungkin, adat ataupun apa-apa sahaja.



Ketiganya, hati manusia ini sifatnya berbolak balik. Allah yang menciptakannya sedemikian. Dari satu blog, saya berpindah dan membuka blog baru, bukan hanya blog yang baru, tetapi dengan azam dan semangat yang baru. Begitulah kita dalam kehidupan ini, Islam tidak mengajar untuk lari dari masalah, tetapi Islam sentiasa mempunyai jalan penyelesaian dalam mengajar penganutnya untuk terus bermotivasi and never 'give up' waimma never 'stop' dari mempunyai harapan kerana mereka sentiasa ada tempat untuk berharap iaitu Allah subhanahu wata'ala..terus berharap teman-teman, sementara masa masih ada.

Moga setiap apa yang saya titipkan kali ini dapat sama-sama kita mengambil ibrah dan pengajaran, dan membuatkan kita berfikir dan menimba ilmu dan seterusnya, kita sama-sama dapat mengetuk hati sahabat-sahabat kita yang mungkin tertidur seketika dek terlena dengan arus kemodenan hari ini.."Sesungguhnya Allah berasa kagum dengan pemuda yang tidak dilalaikan dengan arus zamannya". Sama-sama kita semua mengislah diri dan jiwa untuk mendapatkan keredhaannya. Sesungguhnya, penyusunan Allahlah yang terbaik.
WAllahua'alam

Ar-Rijalul Islah ©

AL-AQLUS SALIM FIL JISMIS SALIM


Sahabat2 sekelian, dalam masa kita melakukan ibadat dalam seharian, lebih-lebih lagi bila kita bersemangat untuk melakukan aktiviti dan rutin harian dalam kehidupan seharian yang padat, dengan assignment lagi,tutorial dan lab report, hendak membahagikan masa sebagai pelajar, sebagai ketua dan tidak kiralah apa-apa taklifan yang dipertanggungjawabkan kepada kita, maka semestinya kesihatan dan kebajikan diri perlu dijaga dan diselia dengan cemerlang. Hal ini kerana dengan tubuh badan yang sihat, sudah pasti kualiti kehidupan kita akan meningkat dan seterusnya ibadah kita juga dapat diselia atur sebaik mungkin.

Justeru kerana itulah, sebagai seorang dai'e yang cemerlang, dan juga dalam masa kita berada dalam kepompong tarbiyah, kita perlulah mampu untuk mencukupkan diri kita ini dengan sifat-sifat ataupun ciri-ciri mereka yang ditarbiyah...ataupun dikenali sebagai 'Muwassafat Tarbiyah'..dalam 10 perkara y digariskan oleh  'Muwassafat Tarbiyah', salah satunya ialah 'Qawiyyul Jism' iaitu kuat atau pun sihat tubuh badan. Oleh itu sahabat-sahabat, kali ini saya bawakan perkongsian Ilmu yang digariskan oleh Al Imam As-Syafi'ie dalam kehidupan seharian. Moga bermanfaat :

BUKAN 2,3 DAN 4, KENAPA 5?


"SubhanaAllah"...indahnya pagi hari yang cahaya mataharinya menyinari bumi..Burung-burung berterbangan menghiasi langit, dan sekali sekala hinggap diats pohon di tepi susur gajah untuk ke anjung siswa..hari demi hari, masa berlalu begitu pantas, kadang-kala, nak 'update' blog pun tidak mencukupi masa..Akan tetapi, bukankah manusia diperuntukkan jumlah waktu yang sama iaitu 24 jam sehari??

Huhu, beruntunglah bagi mereka yang benar-benar beriman dan mampu melawan hawa nafsu di pagi hari..Sahabat-sahabat, sedar atau tidak akan kita terhadap kepentingan iman ini??..sebagai analoginya, seorang ahli angkat berat mampu mengangkat 'dumble' gergasi yang beratnya bertan-tan dan berkilo-kilo..."mak aii, gagahnya mamat tue...peewiiit"...tapi sahabat-sahabat, adakah mereka mampu untuk mengangkat kain selimut yang beratnya apalah sangat jikalau dibandingkan dengan benda yang saya sebutkan tadi, sekiranya ZERO iman mereka, lantas mereka bangun mendirikan solat subuh 2 rakaat?? Saya kira disini suatu yang mustahil..

'ASYURA NAK KENA PUASA? APAKAH !


Jom pakat ramai-ramai puase ari ahad dan isnin ni... Sempena dgn hari tasu'a dan 'asyura (9 n 10 muharram)... Banyak fadhilatnye... Jgn lupe ajak kengkawan n ahli keluarga sekali..
Sebelum tu,, jom kite study cikit sal peristiwa yg berlaku pada 10 muharram ni..

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi 
Adam a.s.