BASAHKAN HATI DENGAN IKHLAS

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya." ( Surah Az-Zumar 39: Ayat 2)

EH, BAITUL HARAKI DAH?

Fasa study week untuk imtihan yang akan menjelma tidak lama lagi seringkali membuatkan kita banyak terfikir perkara dan aktiviti selain akademik. Ada yang terfikir berkaitan resepi, ada yang terfikir untuk bersukan, ada yang terfikir untuk membaca dan macam-macam lagi. Saya? Saya terfikir untuk membuat 'double degree' di masa hadapan. Tidak semena-mena beberapa minit masa study week saya peruntukkan sedikit untuk membuat kajian...